Khamis, 25 Jun 2009

kita bersedekah ajalah.....

Pada suatu hari, ketika sepasang suami isteri duduk makan.
Diruang tamu, datang seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka. ''Tolonglah Encik ,saya lapar ,sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi.
'Dengan muka bengis,si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu .
Dalam hatinya berkata ''Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain,tapi untuk diri dan keluargaku.'
' Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah.
Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia terus menceraikan isterinya kerana tidak mahu isterinya turut menderita sepertinya. Setahun kemudian, isterinya yang masih cantik itu berkahwin pula dengan lelaki lain.
Pada suatu hari, sedang si isteri dan suami barunya mengadap makanan, tiba-tiba seorang pengemis mengetuk pintu sambil meminta belas kasihan.
Mendengar rayuan pengemis itu, si suami menyuruh isterinya menghidangkan sepinggan nasi berlaukkan seperti yang mereka makan. Setelah memberi sepinggan nasi kepada pengemis, si isteri menangkup muka sambil menangis
.Si isteri mengadu, si pengemis itu sebenarnya adalah bekas suaminya yang dulu pernah menengking seorang pengemis .
Suami yang baru itu menjawab dengan tenang : ''Demi ALLAH ,akulah pengemis yang dihalau dan ditengking itu .
RASULULLAH S.A.W Bersabda: ''Sedekah itu dapat menutup 70ribu kejahatan''.Anas Malik pula meriwayatkan bahawa NABI MUHAMMAD S.A.W ada bersabda yang bermaksud ;
''Barang siapa mempunyai harta, maka bersedekahlah dia dengan kekayaanmu. Barang siapa yang mempunyai ilmu, maka sedekahlah dengan ilmunya dan barang siapa yang mempunyai tenaga bersedekahlah dengan tenaganya''.
dari jinggo
hidup kita memang macam tu.hari ini kita diatas siapa yg tahu besok kita dimana.
sebab itu saya memujuk diri dan kawan2 - nikmat yang diberikan kepada kita ada ujian dariNya.terkadang kita terlupa - kita terleka.
saya nak berkongsi kerana ini juga sedekah dari saya untuk kawan2.
sumber : blog isu hangat

11 ulasan:

Tirana berkata...

Pernah terbaca cerita ini tapi tak ingat di mana..

Untuk memberi, yang pertamanya kena ikhlas...Itu syarat penting. Bila dah ikhlas, kita tak perlu tanya dan tak perlu tengok kepada siapa kita nak bagi tapi keutamaannya tentulah kepada yang memerlukan dan tak perlu hitung banyak mana kita nak bagi dan lepas tu tak perlu ingat pun kepada siapa dan dah berapa banyak kita bagi. Maksudnya tak perlu diungkit tentang apa yang telah kita sedekahkan. Dan last sekali jangan mengharapkan sesuatu dari pemberian tersebut. Macam cerita yang saya tulis di blog saya "Harga Segelas Susu"...You get back what you give..kalau bukan di dunia ini, insyaAllah ada bahagian kita di akhirat kelak. Itu janji Allah kepada orang yang bersedekah dengan ikhlas.

Unknown berkata...

begitulah puan.
minta tidak dipesongkan niat saya dan kami berkongsi ilmu di kem - sebab saya yakin kepada ilmu yg mengalir - mampu memberi sedikit impak...
kalau esok saya bukan disini lagi.
itu niat.
saya memberi jiwa untuk prgram ni.

sebab saya amat yakin.
apa yg kita beri kita akan terima semula.......

sedekah ilmu.

Ummu Mishkah berkata...

sedekah ilmu yer...
setuju 100% points kak tirana tu!

Unknown berkata...

dan puan ummu

kita sama2 berniat sedekah - duduk dalam media yg semakin menarik ni......

minta jangan dipesongkan nikmat ni

~Insan Biasa~ berkata...

Umum telah tahu hidup ini umpama roda. apapun, yang memberi itu lebih mulia dari yang menerima. tapi walau di mana kita...ingatlah bahawa setiap kita akan berpeluang merasai setiap posisi.

Arianni berkata...

Betul tu..sedekah ajalah sebab sedekah itu memadam kesilapan seperti air memadam api...

Unknown berkata...

Bukankah Rasulallah sendiri mengikat perut kerana makan yang ada disedekahkan?

Unknown berkata...

cgu anis

saya akhirnya buat keputusan..
hari ini
saya nak memberi aja....
sedekah ilmu dan sedikit bayaran untuk menyara hidup diatas komitmen....

he......

Unknown berkata...

ariani

mendalamnya madsud.
kita sedekah apa yg lebih pada kita.....

Unknown berkata...

tuan.

lama menghilang.
kemana.......
menjalankan ' prgram sedekah ' ke......

kita pun bersedekah ilmu kan...

white rose berkata...

"bila kita mula memandu, pastikan keselamatan spnjg perjalanan kta terjamin...cermin sisi berfungsi dgn baik, cermin pndg belakang pun pastikan nmpk apa terjdi diblkg kta, pndg depan dgn tekun..."

kta yg diberi rezqi, jgn lupa pd yg tiada...

Eco Kid Adventure on Facebook