Isnin, 22 Jun 2009

mari kita bakar KAPAL kita...

Julius Caesar adalah seorang Kamandon perang yg berjaya menawan Brittnia kerana strateginya yang unik.
Dalam sejarah , ada tercatat ketika Caesar berjaya mendarat pasukannya pada satu tengah malam , dia diam , sementara pasukannya sibuk merapat dan menyembunyikan
perahu - perahu yang mereka naiki.
Mereka berfikir tentu mereka memerlukan perahu - perahu itu untuk pulang nanti.
Tetapi mereka terkejut apabila mendengar perintah ketua mereka
' BAKAR SEMUA PERAHU YANG SUDAH KAMU DARATKAN TADI..'
Akhirnya mereka membakar semua kapal sehingga hangus
( oleh kerana mereka beranggapan mereka tidak boleh kembali , maka mereka pun bertempur habis - habisan. Mereka merasakan yg mereka perlu menang.)
KITA FIKIRKAN BEGINI

perjalanan menuju puncak kerap kali diwarnai kekhuatiran sehingga kadangkala membuatkan kita cenderung menyerah kalah.
Menurut John Maxwell
Kekhuatiran akan menghambat tindakan
tiadanya tindakan menunjukkan tiadanya pengalaman ,
tiada pengalaman menunjukkan tiadanya pengetahuan
tiadanya pengetahuan akan melahirkan kekhuatiran

Menurut Denis Waitly ( buku seed greatness )

60 % kekhuatiran kita sama sekali tidak berasas.
20 % kekhuatiran kita berfokus pada pengalaman lampau dan yang berada diluar kawalan kita.
20 % kekhuatiran kita kepada benda yang remeh temeh

Hikmah untuk KITA

kehidupan ini ibarat satu perjalanan yang sehala.
Seberapa banyak pun perubahan laluan yang kita alami,
tidak satu pun yang akan membawa kita kembali.
Apabila kita mengetahui dan menerima hakikat ini , kehidupan akan kelihatan lebih mudah....untuk itu mari kita
MEMBAKAR JAMBATAN...

4 ulasan:

~Insan Biasa~ berkata...

kekhuatiran adalah penghalang pergerakan / tindakan yang seterusnya.
Risiko yang akan dihadapi hasil drpd tindakan yang diambil seringkali mewujudkan kekhuatiran.

wujudnya adalah daripada hasil pemikiran yang negatif. Betul ke macamtu?

~ a m a ~ berkata...

mari bakar kapal!!!!
hehe,,,

peluang hanya datang sekali..

Unknown berkata...

cgu anis

kerana SUARA KECIL lah kadang2 kita jadi macam2...
mengawal suara kecil bermakna kena kawal QALBU.....

bukan senang.

Unknown berkata...

ama...

mari kita membakar kapal...
moral
peluang tidak akan datang 2 kali dalam semua hal...

Eco Kid Adventure on Facebook