Selasa, 16 Jun 2009

mungkin kita salur begini sahajalah......

Wajah yang cantik - mudah membuatkan orang tertarik dan ingin berkenalan - ini dikaitkan dengan pengaruh.
Tapi adakah ini satu penyudah dalam penyempurnaan satu hubungan sosial.
kita mungkin biasa mendengar
KETAMPANAN FIZIKAL
KETAMPANAN SOSIAL

mulut seseorang adalah aspek sosial yang amat penting pengaruhnya dari sudut aspek keupayaan menampat hati orang lain.
kita biasa mendengar
kerana mulut badan binasa.
satu kajian menyatakan begini
sesetengah orang memiliki wajah yg cantik tetapi gagal mendapat kekasih selayaknya disebabkan tidak suka dengan mulutnya.
sesetengah orang yang memiliki wajah sederhana - ramai kenalan
ini dikaitkan dengan kejelitaan sosial
pakar2 psikologi menyatakan orang yang pandai berbahasa dipandang
lebih tampan dari wajah mereka yg sebenar
BAGI SESETENGAH ORANG - MUNGKIN DILUAR KESEDARAN MEREKA SEDANG MENGGUNAKAN JENIS2 GAYA BAHASA YANG
MEMBAHAYAKAN PERHUBUNGAN
.
gaya bahasa tuduhan
dihujung gaya bahasa ini akan mencetuskan rasa sakit hati ,
marah , perselisihan , pertengkaran.
kita kerap bercakap bahasa tuduhan apabila timbul masalah
itulah...
kenapa awak macam tu
ini semua sikap awak
awak sepatutnya tahu
saya dah kata awak.....

awak.awak dan awak.gaya penuduhan mengandungi unsu
r
PENGHAKIMAN , HUKUMAN , KEPUTUSAN DAN TUDUHAN.
bahayanya : orang yang mendengar akan menjadi defensif.

MORAL UNTUK KITA

Elakkan menggunakan ayat2 yang mengandungi tuduhan
tuduhan tidak menyelesaikan masalah
tuduhan akan dijawab dengan tuduhan balas
kajian menyatakan wanita lebih kerap menggunakan ayat2 jenis ini jika
dibanding dengan lelaki

Dari buku Seks dan Psikologi - Prof Abdullah Hassan

18 ulasan:

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr berkata...

pd sy, kecantikan rupa sebenarnya tak menjamin kebahagiaan hidup di dunia tp kecantikan hati bisa mengubati hati yg sakit....

- jinggo - berkata...

la hang...

pandainya berbahasa...
kerana begitulah sepatutnya semua orang tau....
sebab kepincangan dan ketidakmahuan untuk tahu bahawa cantiknya orang bukan pada fizikal...
menjadikan dunia komunikasi haru biru.

ASYIQ berkata...

Saya lebih senang dengan orang yang tak hensem atau jelita tetapi amat cemerlang dalam tuturkata....

...dan saya amat suka pada lelaki yang tak pandai komplen orang perempuan dan tidak juga pandai puji orang perempuan....tak tau kenapa!

blueCITY berkata...

nasib baik i tak cantik, ahaks! =p

- jinggo - berkata...

cgu asyiq

ayat yg hujung tu saya sedang berfikir.berfikir.
...lelaki yang tak pandai komplen orang perempuan dan tidak juga pandai puji orang perempuan....

macamana agaknya lelaki tu.

- jinggo - berkata...

blue

nasib baik juga saya tak handsome.....terima ajalah sesiapa : he...rendah diri.

sebaiknya fizikal bukan ukuran..

arryani berkata...

Saya tak pandai nak susun ayat yg cantik..

Tapi, saya nak andaikan begini sahaja, cantik tu kelebihan. Tetapi, tidak semua dikurniakan kelebihan dgn sempurna. Maka kekurangannya pulak ialah mungkin ada segelintir dari nya yang gagal mempamer perhubungan sosial seperti yang dikehendaki.

Maka ada lebih, adalah kurangnye...

- jinggo - berkata...

puan aryani

saya menonton racangan Donald Trumph - dihantar perempuan cantik dan tidak cantik menjual...

yang cantik - jualan laku sebab fizikal
yang tdk cantik - jualan laku sebab kemahiran menjual...

akhirnya jualan laku dan laku pada yg tdk cantik.

sebab hari ini kemahiran sosial harus diatas.....

LotsOfLove-Pearls berkata...

aku wanita dan aku tergolong menggunakan perkataan tersebut...
adoilah....

mayb kot..
hehe..

- jinggo - berkata...

LoL

saya sedang berfikir : satu persatu ayat yg dikomen....

Arianni berkata...

Memang bahaya gaya bahasa sebegitu sebab boleh meruntuhkan perhubungan, akhlak dan peribadi seseorang..nampaknya kena pergi kelas bahasa..kecantikan dan ketampanan tidak akan dapat bertahan lama dan memerlukan modal utk mengekalkannya..budibahasa jua yang akan bertahan buat selamanya..

- jinggo - berkata...

ariani

maka begitulah tafsiran bijak pandai hari ini.
70 % hidup kita ada berjumpa dengan orang setiap hari - kegagalan dimana2 akan memberi kesan yg tidak baik dalam hubungan sosial.

untuk itu belajar.

ari berkata...

Hanya memetik drpd buku " Seni bercakap -cakap & berbual -bual" tulisan Abdullah Hassan & Ainon Ahmad..........

"Ramai org fasih dan petah bercakap, tetapi semakin banyak mereka becakap, semakin banyak mereka menyakitkan hati org yg mendengar percakapan mereka......"

hazlin berkata...

Cantik itu subjektif.Jika luaran cantik, itu anugerah yang jangan dipersiakan.

kadang-kadang jiwa manusia sukar dimegertikan. ada jerawat batupun katanya cantik..

hehe..

chimera berkata...

sebab pulut santan binasa - orang dulu-dulu kata


salam ziarah

- jinggo - berkata...

cgu ari

hanya memetik dari buku....
tidak hanya kut.
saya merujuk kepada beberapa buah buku besar mengenai komunikasi - hasil saya simpulkan dl N3 tu......

ayat yg hujung tu menarik.

- jinggo - berkata...

cgu...

jerawat cantik
kentut pun cantik..

itu individu kepada individu.
bagaimana dengan yang lain...

kita fikirkan bersama

- jinggo - berkata...

sebab pulut santan binasa - orang dulu-dulu kata

salam kenal...

kerana itulah kita kena berhati2 untuk seterusnya

Eco Kid Adventure on Facebook