Selasa, 30 Jun 2009

bina jambatan disini




seorang pemuda menyusuri lebuhraya seorang diri
datang pada suatu petang , sejuk dan kelabu
jurang dilalui - luas terbentang dalam dan luas
melalui air pasang surut yang muram
pemuda itu menyeberanginya didalam kesamaran cahaya
ia menoleh sebaik sahaja berjaya menyeberanginya
lalu membina jambatan untuk merentasi air pasang surut
Orang Muda - kata seorang penziarah
Kamu membuang tenaga dengan membina disini
perjalanan kamu akan tamat dengan berakhirnya hari ini
kamu tidak mungkin melalui jalan ini lagi
kamu telah berjaya melepasi jurang , dalam dan lebar
MENGAPA MEMBINA JAMBATAN DISINI !
sahabat - didalam perjalanan yang saya lalui : kata anak muda itu
terdapat pengikut selepas saya dikemudian hari.
ada kaki2 yang melintasi jalan ini
DAN SAYA MEMBINA JAMBATAN UNTUKNYA.

sumber : u can win - shiv kera

12 ulasan:

CITY® berkata...

aku seorg wanita pernah menyusuri seorg diri lebuh raya.
bermcm2 keadaan cemas yg aku alami. tapi semua tu mayb petunjuk2 dari tuhan agar aku sentiasa beringat, sabar, dan tidak lakukan kesilapan d lain hari...

pernah rasa mcm diri ini paling malang. pernah rasa diri ini paling teruk, paling down....

tapi, cepat2 pikiranku berkata2 lak, mayb ada lagi org yg teruk, susah n malang dari ku...

aku terus, terus hidup.... =)

cuma , siapalah aku utuk membina jambtan . aku bukan hartawan or pemimpin, heheheh..

jambatan persahabatan leh jerk, ekekekk=P

ONE ZABA berkata...

awas!!!bawah jambatan kat lebuhraya banyak ada speedtrap.

Unknown berkata...

blue

komen yg penuh bermakna....
jambatan.

saya bina jambatan untuk dijalan anak bangsa kita sendiri....

nak katakan jambatan saya dah sempurna - tidak juga - tapi saya dah lalui......

mungkin kita boleh tolong ' anak2 tu ' melalui jambatan yg lebih kukuh......

Unknown berkata...

cgu one

kat mana jambatan yg tak ada PAK POLISI ni.....
elok juga ada - sekurang jangan tersunggur....

addyaholix berkata...

sama perumpamaannya dengan membakar diri untuk menerangi hidup manusia lain?

Rashid berkata...

Perlunya kita menjadi sebahagian dari masyarakat.. menyumbangkan sesuatu. Tak kisahlah janji ada sesuatu yang dapat kita berikan ...

Teringat kata-kata;

"berikan mawar pada sesiapapun..."

Unknown berkata...

addy

ceritanya sama - satu membakar benda yg dah ada - agar tak patahbalik dan satu lagi - bina benda yg tak ada lagi - jambatan........

Unknown berkata...

cgu rasyid

berikan mawar pada sesesiapa...
kalau ada mawar..
kalau tak ada mawarnya.....

cari
tanam
dan kongsikan...

terima kasih cgu.

Tanpa Nama berkata...

Kalau tak silap dulu ada lagu aku jambatan buat mu..ingat lagi tak..Lagu dari pelangi ke apa tah? ngeee. Teringat balik lagu tu...

Apapun, bila melalui satu jambatan, ramai org tertanya2 berapa panjangkah jambatan itu...Namun saya pulak asik terpikir, siapakah yang membina jambatan yang panjang tu...ngeee.

Unknown berkata...

...puan.

saya suka nak jampatan kat KL.
cepat sampai - selamat
dan jarang ada PAK POLISI.....

hari ini saya nak bina jambatan seterusnya....

v berkata...

Tugas seorang guru rasanya sama ler ngan membina jambatan agar muridnya dapat menyeberangi dengan jaya ...

Unknown berkata...

lili...

begitulah seterusnya...
kita membina jambatan yang dah dilalui.....

Eco Kid Adventure on Facebook