Jumaat, 12 Jun 2009

lelaki memang macam tu...

Perkara pertama yang akan dilakukan oleh kebanyakan perempuan setiap kali
kalau bangun tidur adalah

membasuh muka – tengok cermin. Tengok cermin basuh muka.
Kenapa – kecantikan.
Untuk siapa – Lelaki.
Kerana lelaki perempuan nak cantik – dan mesti kelihatan cantik

SEJARAH LELAKI DAN KECANTIKKAN

Lelaki2 di Babylon pada zaman purba misalnya , suka membubuh minyak pada rambut mereka , dan kemudian mengkerintingkan kerana bagi mereka ‘ kerinting itu menawan ‘.
Di Era kegemilangan kerajaan Mesir Purba pula ujud tradisi mencelup janggut dengan emas , khususnya dikalangan bangsawan . ketika itu janggut memang menjadi kebanggaan lelaki. Orang yg tak berjanggut tidak mendapat tempat dalam sistem kemasyarakatan.
Di Mecedones – sebelum kemunculan Alexander the Great hampir setiap lelaki berusaha menyimpan janggut.Tradisi ini berubah bila Alexander menitahkan askar2nya memotong dan mencukur janggut. Raja dan panglima perkasa itu berpendapat – janggut boleh membawa celaka ketika bertempur.

LELAKI MEMANG SUKA YANG CANTIK

Kerana itulah Countess Elizabveth b’athory ( 1560 – 1614 ) wanita kenamaan Hungary yang menculik dan membunuh kira2 650 orang gadis untuk diambil darahnya. Dengan darah itulah dia mandi kerana percaya melalui cara itu kejelitaannya dapat dikekalkan.Kerana lelaki memang hanya nak yg cantik – gadis2 yang tak cantik dalam suku kaum Iralas di Tamil Nadu dan Kerala , India biasanya akan dikahwinkan dengan sepohon pokok atau sebilah pedang kerana resam lelaki dalam masyarakat itu menolak wanita hodoh.
PEREMPUAN SANGGUP LAKUKAN APA SAHAJA

UNTUK MEMUASKAN HATI LELAKI ( untuk menyempurnakan mata lelaki )
Kaum Manbetu di Zaire menhimpit kepala bayi2 yang dilahirkan dengan batu supaya menjadi tirus kerana sejak zaman dahulu mereka menganggap kepada yang paling cantik adalah yang tirus – tirus.tubuh mereka pula diwarnai , kadangkala dicucuk2 sehingga berparut sebab parut pun mereka anggap cantik
BAGAIMANA LELAKI KITA.
Kerana lelaki adalah lelaki – fitrahnya sama.Sukakan kecantikan.Adakah itu penyudah dalam segala urusan.Menurut Mr Donald Trump memang perempuan cantik ada magnet untuk menarik perhatian ( dalam kontek perniagaan ) tapi sering orang membeli bukan disebabkan kuanliti barang tapi ‘ fitrah ‘ kecantikan.
Untuk itu kita sama2 sedar dan tahu – biarkan cerita fitrah sekadar cerita.Yang perlu kita tahu - diantara kecantikan fizikal dan lagi satu kecantikkan…Kecantikan sosial.
Kemampuan untuk mengimbangi keperluan diri sendiri dan keperluan orang lain dalam konteks sosial dan mampu membezakan antara PERCAYA dan KEPERCAYAAN dalam konteks agama.
Untuk itu jangan jadi kecantikan diri sebagai tiket untuk menjadikan diri kita berbeza
Untuk itu jangan jadikan keburukan diri sebagai tiket untuk menjadi kita kita berbeza

Sumber dari buku ANAK JANTAN ( minahleter )

7 ulasan:

~Insan Biasa~ berkata...

Cantik....Apapun fizikal itu yang nampak dulu. Maka fizikal itu yang selalu dicantikkan dulu.
dan Cantik itu sendiri subjektif....tak kira lelaki atau perempuan. Semua suka pada cantik.
Ah...c.a.n.t.i.k
kesiannya pada yang dikata tidak cantik! selalu kat belakang.

he saya selain nak diri cantik...beratnya tugas nak cantikkan markah anak-anak murid nie...supaya diaorang tak di pandang sipi2 lagi!

~Insan Biasa~ berkata...

cantik dan x cantik wujud sebab manusia sangat suka membuat perbandingan antara dua,tiga dan empat mungkin! Cantik atau tak cantik ....salah satunya adalah kerana manusia sangat mahu mencari kesempurnaan kan...?

Unknown berkata...

cgu anis.

cantiknya sampai 2 kali komen.
kerana itulah fitrah manusia - kehausannya kita bergerak kearah itu..
tapi tidak sepatutnya mendahului hukum tuhan.

Unknown berkata...

cgu anis lagi

kerana itu hari ini mari kita cantikkan diri..

dimana

dengan membaca.
satu darinya.

Tanpa Nama berkata...

Cikgu Tirana,
Saya teringat cerita Kak Tirana tentang isu kecantikan ini.. Kecantikan dalaman dan minda akan menyebabkan orang tertarik pada kita..

Tapi kalau ada dua-dua kira bonuslah.. hehe

Unknown berkata...

cgu zana

saya semakin percaya pada kecantikakan sosial...
sebab kerana itu pengikat pada hubungan seterusnya....

end berkata...

hhmmmmm... cantik entry nie..

Eco Kid Adventure on Facebook