Rabu, 11 Februari 2009

jadilah diri sendiri...

menarik dari Tuan Mountdweller - dan tentunya saya tak layak terima bunga.
Seorang penceramah dijemput untuk memberi ceramah di sebuah perhimpunan
pembogel - pembogel.Kumpulan ini mengadakan persidangan di sebuah hotel terkenal .
Kepada penceramah - inilah adalah cabaran terbesar dalam kerjayanya.AJK perhimpunan menjemput penceramah itu di lapangan terbang sehari sebelum hari ceramahnya dan pihak AJK meminta penceramah melihat keadaan perhimpunan supaya penceramah
dapat menyesuaikan diri.
Di sebabkan mereka tinggal di hotel yg sama , dia dibawa masuk oleh AJK tadi ke dewan dimana seluruh peserta sedang asyik mengikuti perhimpunan. Apabila pintu dewan dibuka dan penceramah itu diperkenalkan kepada peserta , penceramah itu terkejut kerana semua peserta yg berada di dalam dewan itu tidak berpakaian sedangkan dia mengenakan kemeja lengan panjang dan bertali leher...
Setibanya di bilik , dia kebingunan. Pakaian apa yg harus digunakan untuk ceramahnya besok. Pada pengkiraannya , untuk mempasti keberkesanan ceramahnya dia perlu meletakkan dirinya supaya sama dengan peserta , iaitu berbogel sebagaimana yang lain. Akhirnya penceramah membuat keputusan untuk berbogel untuk
menyamaratakankan dirinya dengan peserta
Tiba masanya memberi ceramah , dia pun berjalan menuju ke dewan ceramah dengan penuh yakin tanpa mengenakan seurat pakaian. Apabila masuk dalam dewan dia terkejut kerana semua peserta yang hadir memakai pakaian yg kemas dan rapi , bagi mendengar ceramahnya , sedangkan penceramah jemputan satu2nya orang dalam dewan

Moral untuk aku dan kita

Persaingan hidup untuk memenuhi keperluan hedonisme ( mencari kesenangan hidup ) dan materialisme ( kebendaan )kita semakin hari menjadikan kita tidak menjadi kita. , kita cenderung menjadi manusia yang suka mengikut orang lain.
Menurut Ziz Ziglar ( dalam buku hebatnya - kena baca !!! ) ' anda akan gagal sekiranya cuba meniru orang lain , tetapi anda akan MENJADI ANDA YANG TERBAIK.ANDALAH SATU SATUNYA YANG DAPAT MENGUNAKAN KEMAMPUAN ANDA SENDIRI...DAN INI MERUPAKAN SATU TANGGUNGJAWAB YANG BESAR '....
Untuk Pengajaran - 3 teori besar menyatakan......
GIVE YOURSELF ( pada ketentuaNya ),
KNOW YOURSELF ( kenal siapa kita )
BE YOURSELF ( jadi diri sendiri )-
hidup ini adalah pilihan kita......
JADILAH DIRI SENDIRI

16 ulasan:

~Insan Biasa~ berkata...

Adakalanya manusia segan menjadi diri sendiri kerana tidak mahu berasa seperti terasing dari keadaan keliling.
Baiknya jadi diri sendiri-suatu masa mungkin akan ada orang lain yang ingin menjadi seperti kita.
So...jadi diri sendiri dan dengan perlahan2 kita akan tetap ada pengikut kita sendiri.Tetap berteman dan x perlupun jadi orang lain.
Mencontohi orang lain , tanpa menjadi orang lain...kan ckgu.

Brahim Nyior berkata...

Moral utk kita, jangan berbogel, nanti malu. eeeeeeeeeeeeeeeeee...

Hahahahahahahah

Tanpa Nama berkata...

Salam Cikgu,

Kadang-kadang kita perlu mengikut kesesuaian kot.

Nak ulas pnjg2 pun takut tersilap pulak.

Tapi, bagi saya sendiri, mengikut keperluan di waktu itu.

Unknown berkata...

Mencontohi orang lain , tanpa menjadi orang lain...kan ckgu.

cgu anis

betul2 - kadang sebelum nak jadi diri sendiri - kita kena pertimbangkan juga keperluan untuk menjadi orang lain ( sekejap ) sebab : kadangnya betul juga dikatakan..
hidup jangan terlalu ideal - kita kena praktikal.mungkin untuk seketika kita kena jadi orang lain - tapi untuk seterusnya JADILAH DIRI SENDIRI - kerana itu kepuasan kita.....betulkan cgu.

Unknown berkata...

yop

ha - dah agaknya mesti ada cakap macam tu - itu hanya cerita yop.
he - ngeri nak dibayangkan.
jadilah diri sendiri.
jangan jadi macam teman ( jinggo ) - nak sokong bulan : takut bisnes hilang.nak sokong mata lebam - risau dikatakan tak sayang melayu.nak sokong......

akhirnya jadilah diri sendiri.
sokong kerajaan yg memerintah.tak suka.diam ajalah......

Unknown berkata...

Puan Aryani

teori itu - teori barat yg diaorang sanggup jadi apa sahaja - sebab ruang yg terbuka.
dalam kontek kita , dengan persekitaran yg ada.
kena pertimbangkan banyak perkara....betul lah komen tu.

ada ketikanya kita kena jadi ORANG LAIN - tanpa membelakang keperluan untuk menjadi diri sendiri...

~Insan Biasa~ berkata...

emmmm...betul betul betul. yang baik kita ikut. yang x baik jangan dicontohi.

Unknown berkata...

cgu anis

betul tak : situasi kita berbeza.ikut keperluan - hidup jangan terlalu berprinsip...
kalau lelaki bersedialah jadi bujang terlajak
kalau perempuan pun bersedialah......tgk aja orang lain dodoi anak....
jangan terlalu berprinsip.

ada ketikanya jadi orang lain tapi bukan selamanya.

nurdaniella berkata...

salam cikgu, menarik n3 kali ni.. seeloknya biarlah kita menjadi diri kita sendiri.. tak perlu nak mengikut rentak orang lain..

Unknown berkata...

puan nur..

gitu ke - tapi kadang2 ( ini sekadar pandangan ) - dalam proses kita nak jadi diri sendiri ada kala ketikanya kita kena bertolakansur untuk menjadi orang lain - terutamanya dalam usaha untuk NAIK keatas.

kecuali kita dah berjaya - orang lain pulak nak jadi DIRI KITA....betul tak puan.

tapi berpada2 - sebab kepuasan dan kenikmatan menjadi diri sendiri tidak ada dua nya...

sakurasa 2 berkata...

Salam ziarah, terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog sakura

Unknown berkata...

sakura

terima kasih : semuga ruang ini dimampu manafaatkan bersama....

Mak Su berkata...

sokong Jinggo !

:D

Unknown berkata...

mak su

terus menjadi diri sendiri

ixora berkata...

jadi diri sendiri itu adalah lebih bagus..tapi tidak salah sesekali menjadi diri orang lain untuk kesempurnaan hidup.. =)

Unknown berkata...

ixora

satu pandangan terbaik
diakhir jadilah diri sendiri

Eco Kid Adventure on Facebook