Ahad, 22 Februari 2009

kisah BON dan kawan - kawan

Ya Allah Ya Tuhan - semuga apa yang berlaku hari ini - Jumaat - Ahad : memberikan sesuatu kepada kami.Kami tahu mungkin selama ini kami seakan lupa - yang kami menjadi harapan kepada guru- guru , ibubapa terutama. Mungkin selama ini kami lupa.Hari ini - kami zahirkan keikhlasan :
berikan hidayahMu Ya Allah
Mungkin ini yang dikatakan dihidupan : kami kadang2 terlalu manja dengan persekitaran yang mengadakan semua kemahuan kami.Kami menjadi anak yang mungkin pernah menguriskan hati ibubapa , kami menjadi guru2 kami menitis airmata dengan kenakalan kami
dan hari ini kami tahu.
Susahnya kehidupan
Tidak ada apa bezakan kami dengan orang lain - kami hebat.Mungkin persekitaran menjadikan kami seakan lupa - bukan kami tidak diberi tahu.Kami lupa yang kami yang akan mewarisi kepimpinan yang ada pada hari ini.Kami tahu yang kami perlu persiapkan diri.
Tidak ada yang kurangnya sekolah ' kita ' -
yang kurang mungkin secara fizikalnya
sekolah ' kita ' tak macam sekolah orang lain yang ada ' macam2 '.
tapi sekolah kita sebarisan guru2 yang tidak ada lain NIAT nya selainnya - untuk mempastikan BON dan kawan mendapat apa yg sekolah lain dapat.
apa yang sekolah lain dapat - kecemerlangan.itu yang sekolah BON ada...

Dari Cgu Jinggo

Tahniah Cgu Linda dan Cgu Wan dan lain2 - yang saya tahu bukan sedikit komitmen diberikan untuk mempastikan kecemerlangan berlaku.Dan tentunya bukan mudah - berdasarkan persekitaran yang saya yakin tidak banyak membantu. Anak2 ini lahir dari sistem yang tidak banyak membantu : tapi itu bukan menyudahnya. Semuga Allah memberkati cgu - cgu yang amat2 komited. terima kasih kerana kerjasama sepanjang perjalanan kem. cerita seterusnya buka :http://jinggo-komitmenaku.blogspot.com/

19 ulasan:

kakyong berkata...

Salam jinggo. Saya pun tumpang gembira dengan jinggo di atas kesungguhan melaksanakan program untuk anak bangsa. Semoga segalanya dipermudahkan.

jane berkata...

salam tuan jinggo,

teringat kisah sendiri dulu2 bila melihat gambar anak2 ini. inilah saya dahulu. jauh diceruk kg...tidak mengenali kemewahan dan lumpur selut memang jadi rakan sepermainan!!

terimakasih kepada guru2 yg menyedarkan saya adanya cahaya di hujung jalan.

erisya nor berkata...

tuan J....tingat nostalgia di kampung....anak2 bandar tak de peluang main lumpur :)

Rashid berkata...

salam jinggo.
Kepuasan dalam melaksanakan sesuatu pasti menghasilkan satu sentuhan dan aktiviti yang menarik sekali.

huhuu.. seronoknya tengok bebudak mandi lumpur. Teringat kenangan lama..

Unknown berkata...

kak yong

saya amat yakin - bahawa segala sesuatu seharusnya didahlui dengan NIAT - dan hari ini setelah 15 tahun meletakkan diri dalam industri yang semakin mencabar - saya semakin melihat saya dan kita seharusnya melihat program latihan sebagai satu idustri yg perlu dilihat dari sudut yg berbeza...

madsudnya pendekatan dan perlaksanaan......

Unknown berkata...

cgu jane

saya tidak tahu orang lain.
cerita saya untuk naik keatas - adalah berliku.
saya dibesarkan dalam lingkungan yang serba kekurangan - dan hari ini sedikit kekurangan itu mahu dikongsikan...

yang menaikkan belon bukan warnanya - tapi isi dalam belon...

Unknown berkata...

puan erisya.

main lumpur - itu orang KL dan itu juga orang kampung : hari ini.
jauh dari kepayahan.
sebab semua depan mata.
nak suap - pun kadang2 tak mahu...

kita fikirkan..

Unknown berkata...

cgu rasyid

semuga kita diberkatiNya dengan usaha dan penglibatan kita : biarpun kadang2 kita terperangkap dengan sistem sosial yg mungkin sedikit memeningkan kita...

mungkin itu ' lumpur2 ' kepada kita - dan jalan harus kedepan...

Dearie Pearls berkata...

wawwaa..
seronoknyer men lumpur..
nak main jugak..

aduh, rindu plak zaman kecik2 aku..

seronokkkkkkkkkkkkkkkkk!

Unknown berkata...

lotoflove..

datanglah ke gombak.
anda dialu2kan...
dalam kem tu ada lima batang pokok durian - yang masih aktif...( jangan kone ke lain ).

he...terima kasih kerana kita berurusan

Mak Su berkata...

adakah di sini jinggo menegaskan tentang anak2 yg lahir dari latarbelakang yang tidak membantu untuk tumbesaran mereka dari segi dalaman?

kerana saya selalu merasakan/melihat susah payah yang dialami oleh ibubapa yang tidak ada latarbelakang pendidikan yang bagus untuk bersaing melahirkan anak2 yang hebat aka cemerlang.

Jadi di sinilah pengorbanan dan kesungguhan guru2 dan pembimbing di sekolah atau di pusat kecemerlangan seperti edukid amat diperlukan :)

Tahniah!

:)

Unknown berkata...

mak su.

maaf kalau ada yg tak kena dengan N3 tu - sebab tidak ada mana silapnya mak ayah : cuma kadang2 sikap kita terhadap pembanggunan diri dan insan bergantung besar kepada persekitaran yg berfaktor siapa mak ayah.

susah senang.pendidikan mak ayah subjektif - cuma warnanya makayah dikaitkan dengan kesedaran.

sekali lagi : pendidikan.kaya miskin makayah bukan faktor besar -tapi kesedaran berasaskan faktor itu...

Unknown berkata...

Syabas di atas daya dan usaha saudara membentuk minda positif kepada anak-anak watan kita. Kekurangan tidak mestinya jadi halangan menuju kejayaan.

Kemahuan di dada menongkah gagah melawan arus kepayahan yang menentukan kejayaan.

Unknown berkata...

tuan

itu yg sepatutnya anak2 ini tahu : sistem pembinaan diri boleh diubah berdasarkan pada kemahuan - dan orang dikiri kanan seharusnya menjadi pendorong - kena yakin bahawa untuk naik keatas - tidak ada bedanya kita dan kita

Mak Su berkata...

ooh, bukan itu maksud saya, maksud saya, memang ada parents yg kurang ilmunya dan anak2 mereka kurang terbela, saya nak elaborate pasal ni tapi malas pulak, macam mengata plaks jadinya. tapi saya simpati ada, nak menjauhkan diri ada, nak tolong ada, perasaan bercampur-campur sebab kat sekolah, pelbagai peel ada. ada parents yang kurang ilmu sekolahnya, tapi tinggi tahap kesedarannya, maka anak2 mereka akan diarahkan ke arah yang baik2, mana-mana parents yang kurang ilmu sekolahnya, kurang pergaulan dan kurang pula membaca atau ambil tahu xtvt sekitaran, kita lihat keciciran pada anak-anak itu.

alamak ! saya rasa saya dah terkeluar topik!

ASYIQ berkata...

Salam jinggo...
Saya suka tema blog yang sebegini...bolehlah kita berkongsi ilmu dan pengalaman. Saya blogger baru..baru bertatih.Silalah ziarah blog saya.

Unknown berkata...

mak su

komen paling panjang yg mak su pernah tulis.
hebat mak su ni - cuma selalu bersembunyi aja..
itulah kita sebagai parent.mahukan yg terbaik untuk anak2 - kita berada dalam 2 sistem yang dihujungnya sama.....kejayaan anak2.
dirumah ada kita
disekolah ada cgu
dikem ada jinggo...

kita kena berkerjasama..
cari titik persamanaan

betul tak mak su

Unknown berkata...

asyiq

terima kasih - semuga kita terus diberkatiNya.

terima kasih

HaSz berkata...

salam en. jinggo...
ade gak gambar kami dlm blog nie. hehehe...
by the way, thanks coz sudi layan krenah anak2 murid kami yg sememangnye nakal2 semuanye. n thanks coz sediakan aktiviti yang menarik tuk mereka yg susah nak kuar dr 'area' diorg tu.
insyaalah...kita akan jumpe n bekerjasama lagi...

~tice haz~
sk seri perak

Eco Kid Adventure on Facebook