Khamis, 5 Februari 2009

kisah orang dah menang

Menang bermadsud ada yang kalah
itu sudah menjadi adat dunia
yang memang akan suka
yang kalah tentunya - mencari - kenapa aku kalah.
MACAM MANA MENANG
kalau orang yang jujur dalam pertandingan tentunya ada asas PERTANDINGAN
kalau orang hanya memang nak menang - persetankan soal asas2 :
yang penting macamana nak menang.
DAN LAGI
yang menang akan terus nak menang
yang kalau akan terus - nak menang ( sebab aku pernah menang )
JANGAN
inilah masa untuk yang menang untuk MEMBALAS DENDAM
dulu masa kau menang - macam korang buat....
semua korang sapu....
sekarang PADAN MUKA KORANG
YANG KALAH
fikir semula.
salah dimana.kadang2 bukan semua orang kalah disebab dia bertindak untuk kalah -
mungkin ini kemenangan yang tertangguh ataupun untuk pengajaran KALAU MENANG sekali lagi jangan buat silap.
KEPADA YANG KALAH DAN MENANG
yang menang tak menang semua
yang kalah tak kalah semua
kita kembali bertaut - mungkin ada kala ketika ada hati yang tersinggul ,
ada kata yang mengguris : ada mata yang tak sedap ditonjolkan - ada hati yang dipedihnya.
kalian memperjudikan masa depan kami

SEMUA ORANG PERAK.

16 ulasan:

ckLah @xiiinam berkata...

Cklah juga ingin merakam situasi dari senario yang sedang hangat ini...cara CkLah...kerana CkLah bukan orang politik. Hanya rakyat kecil Perak Darul Ridzuan...

Unknown berkata...

cgu cikla

biarlah orang politik dengan cara deme - kita menharapkan keuntungan dihujungnya.sejauhmana kepimpinan yg ada mampu menyempurnakan tanggungjawab.

kita hanya orang kecil yg menharap perak bumi tok sagor terus cemerlang..

hidup mastan ghandi !!!!

Tirana berkata...

Tahniah pada yang menang...makin lebarlah senyum tu nanti sampai tertutup biji mata... hehehe...

Unknown berkata...

Puan tirana

diulang semula : yang memang tak menang semua.
yang kalah tak kalah semus....

kita fikirkan sesama.

Tirana berkata...

Jinggo..

Itu kata kita: yang menang tak menang semua, yang kalah tak kalah semua.

Tapi kata yang menang: aku dah menang..aku boleh buat apa saja sebab aku dah menang...

Tak pe..kita tunggu dan lihat saja kerana itu saja yang mampu kita buat..

Unknown berkata...

puan tirana.

kita hanya orang kecil yang hanya sekadar boleh cerita2...
ada orang2 besar YANG besar penghakimannya di Mahkamah Allah.

hari ini - berdoa semuga hukum Allah terus diperteguhkan....

Brahim Nyior berkata...

Bro jinggo, ada nada kecewa dalam ayat-ayat di entry, dan teman faham bebeno, sebab ada mata, lihat, ada telinga, dengo, ada mulut, diam...

Biolah, dah begitu putus Sultan, teman ghase PR pun kena terima lah.

Tak banyak pilihan, sebab kalu membantah, ia akan jadi modal untuk dijadikan peluru BN,.. yang dah lepas, biole lepas.

Rakyat memang kecewa, tapi kita kan ada kuasa ngundi. Gunalah secara bijak.

Sayang, Nizar sangat sesuai menjadi MB, tapi hakikat tetap hakikat. Sejarah negeri Perak tercipta dengan pelantikannya sebagai MB biarpun 11 bulan..

noriza berkata...

Al-Kabir -Maha Besar.Kebesaran Allah tidak dapat diukur oleh fikiran manusia. Semoga kita dilindungi dari bahaya dan mati sebagai orang beriman. Akhirnya kita semua dan mereka ini akan masuk syurga di hari Kiamat kelak.Amin.

Unknown berkata...

Yop Brahim

saya melihat semuanya dari sudut yg berbeza.
ada cerita lain....
rasanya kita berbaik sangka - yang penting kesan dari perubahan ini cukup menakutkan untuk dikenang.

jarak antara kita dan kita akan lebih terjurang selepas ini.
kita risaukan politik balas dendam dari atas ke bawah.....

Unknown berkata...

cgu ija.

cerita yg sudah macam boleh diduga - maaf kalau dikatakan cara kita membuat tafsiran tentang politik cukup menakutkan.

kita membuat tafsiran politik berdasarkan label - niat jauh dihumban jauh2...

saya ada pandangan tersendiri yg tidak molek kita kongsikan disini.

Unknown berkata...

Menang biarlah bermaruah, kalah biarlah berpada.

Unknown berkata...

tuan

kalau ini pandangan semua orang kita tidak kisah berurusan dengan orang2 yg kalah dan orang2 yang menang.

sebab menang dan kalah adalah kerja Allah.

Unknown berkata...

yang menang kena la buat keja.... yang kalah kena la redha.... (cuma masalahnye, yg kalah macam tak nak mengaku kalah... ni yg payah)

Tanpa Nama berkata...

"Tokoh penting yg dianggap pelopor pembanggunan islam seperti Uthman, Ali, Zubir dan Talhah tewas bukan kerana perang dengan musuh dari luar melainkan kerana pedang kawan sendiri."


P/s hanya mampu untuk menjadi pemerhati dalam keadaan haru biru ni....

Unknown berkata...

saudara shifu

kita bersangkabaik pada semua keadaan...

terima kasih kerana komen

nurdaniella berkata...

apapun, hidup umno!!

Eco Kid Adventure on Facebook