Isnin, 16 Februari 2009

PENANTIAN SETERUSNYA

rasanya macam nak marah sangat.masa menunggu JANJI yang tak reti nak dilunasi oleh orang yang berjanji.
tapi setelah berlalu 4 jam saya bercadang untuk menulis
semuga kita sama jadikan ingatan
JANJI.
kita biasa berjanji
kekasih kepada kekasih
suami kepada isteri
anak kepada makayah
pemimpin kepada kita
PERSOALAN KITA - ADAKAN SEMUA TU DI LUNASI.
ada dua subjek disini
orang yg berjanji
orang yg menunggu janji.
ADA SETENGAH ORANG SENTIASA BERSANGKABAIK - BERANGGAPAN SEMUA ORANG KALAU BERJANJI MACAM
DIRI SENDIRI.
jawapannya.tidak.jangan harap.kita akan kecewa.kecewa dan terus kecewa kalau kita sudah melatih diri untuk menetapi janji sorang2.
moral
saya menunggu 4 jam - hari ini :
4 jam saya tercongok sorang dengan bebalan dihati.....
apa boleh buat.
dalam situasi kekiri kita kena kekanan kita kena....
tunggu aja lah...
kesimpulannya - orang hebat dikatakan semuanya cukup takut
mempersendakan masa.

18 ulasan:

Tirana berkata...

4 jam bukan satu jangka waktu yang singkat. Kalau saya di tempat jinggo, dah lama saya cabut pulang. Tak kuasa menunggu 4 jam..buang masa saya.

jane berkata...

salam encik jinggo,

kalau saya, saya dah makan, sempat lelap, minum pulak, sempat pi nature's call, baca majalah, main game lam henpon, apa2 saja....tapi, moral of the story, bersangka baik itu penting. tetapi, menepati janji paling dituntut. jangan berjanji jika tidak mahu menepatinya...

kesian ya! 4 jam yg sia2

noriza berkata...

Kemungkinan yang berjanji punya masalah besar. Accident ke. Nak call bateri habis atau temoat tak ada lineke . Memangle marah sangat bila saya berada ditempat itu, tapi kita kena juga perlu bersangka baik.Sabarle sikit Tuan Harun. U kan profesional.Kan seorang pemimpin itu perlu sesesuaikan diri kepada keperluan dan situasi masa..... Masa mengubah segalanya.

Tanpa Nama berkata...

Kenapa sanggup menunggu sehingga 4 jam???

Oh...pasti pertemuan penting. Kalau tidak masakan sanggup menunggu kan??

Yang pasti, berbaloikah penantian itu??

Ternyata, ada lelaki yang sanggup menunggu sehingga 4 jam. Walau atas apa urusan sekalipun. Saya jarang jumpa....

azlanlin berkata...

Ermm..kekadang begitulah putaran kehidupan..

Siksa, tersiksa, terperdaya, mencemuh, menggerutu..semuanya bercampur-baur apabila situasi itu berlaku dan terjadi pada diri kita yang menanti dgn penuh harapan dan amat mengharapkan...

Kekadang juga, situasi itu kita wujudkan pada orang lain...cuma kita terlupa dan tidak tahu bahawa mmg situasi itu, kita yang lakukan utk org lain...

Tanpa Nama berkata...

Jinggo,
Ada beberapa perkara yang saya nak tau tentang ecokid tu. Tapi lepas interview saya tu settle.. bleh ye..

IndukYati berkata...

Salam Jinggo

Almarhum guru saya selalu berkata kepada anak- anak muridnya berkata benar...dia melatih anak muridnya secara praktikal..jika dia nak pergi ke sesuatu tempat, dan katanya jam 5 petang hendak bergerak(contoh laa) maka sesiapa yang nak ikut kena siap sedia sebelum jam 5 lagi,supaya dapat ikut..dan begitulah seterusnya didalam banyak hal.
Pengajaran sebegini juga diteruskan oleh guru saya sekarang..ianya dapat membentuk hati,lisan dan perbuatan seiring..bukan senang yer..tapi kalau tak dididik sebegini...beginilah apa yg telah berlaku kepada Jinggo...
Pastinya orang yang lewat datang itu akan membuat seribu satu alasan..biasalah dah namanya manusia...sobar ajo lah!!!

Brahim Nyior berkata...

Buah pulasan buah keranji
Buah ramunia dalam pedati
Mudahnya insan mengucap janji
Yang sukarnya apabila tak ditepati

Buah keranji di atas peti
Dari Sitiawan, bawa ke Miri
Andainya janji terus dikhianati
Pastilah kawan jauhkan diri

* Bro Jinggo, kawan makan kawan pun, banyak dalam dunia ni..

Unknown berkata...

tirana

macam saya kata : orang yg ditunggu bawa duit - he....he...macamana tu.
kalau cabut tak merasa.
akhirnya diam ajalah kut

Unknown berkata...

cgu jane.

mula2.duduk.baca suratkhabar.duduk - pekena teh ais......duduk bangun.duduk.bangun - bosan.

akirnya datang - selamaba aja.

Unknown berkata...

cgu ija.

susah nan ditafsirkan kuanliti yang ada hari ni....
bab - remeh mungkin.
tapi impaknya besar.
janji.

bila masjid kampung teman tu nak disiapkan - dari zaman ramli sampai zaman tajuddin.

itu janji org politik

Unknown berkata...

aryani

kenapa tunggu sampai 4 jam - sebab orang yg ditunggu membawa duit dan akan membuatkan saya terus berduit.....

jadi kekiri kena kekanan pun kena.....

Unknown berkata...

cgu azlan.

mendalamnya falsafah - menyusuk kekalbu...he...he...
saya dah lama rasanya menjadi seorang yg takut nak berjanji - terutamanya melibatkan orang2 : sebab hidup ini aturannya macam bulatan.....

jadi sama2 kita berbaik sangka dengan semua orang.

Unknown berkata...

cgu cat

pergi temuduga dulu - relax - lepas tu kita berurusan....

semuga Allah permudahkan...
nanti ceritakan pengalaman ok.

Unknown berkata...

En Induk

sekali lagi saya mendapat komen yang amat2 teruja.terima kasih kerana pandangan.

dalam bab janji dan menepati - rasanya betul.semuanya bermula dengan didikan awal.
ini yg membezakan IQ.EQ dan ESQ - sebab nampak persoalannya kecil tapi impaknya besar....

semuga Allah memberkati pertemuan kita.

Unknown berkata...

yop brahim

macamana dengan janji orang politik agaknya - demenya masa ngempen bukan main sedap mulut......bila dah naik ateh sape2 pun sama aja....

elok benor kita jadi cgu aja.....

Rashid berkata...

salam jinggo,
ermm maaf.. sangat tak suka bila janji tak ditepati (tanpa sebab..)

Saya biasanya bagi peluang 3 kali kepada seseorang bila berjanji untuk berjumpa.. kali pertama sedia menunggu 30 minit, kali kedua 15 minit, kali ketiga.. 10 minit.

Masuk kali ke empat 5 minit takde terus blah... kali seterusnya tak nak berjanji lagi dengan orang seperti itu (maaf..)

Unknown berkata...

cgu rasyid

berjanji-itulah kita : berhadapan dengan orang yg macam2 bila dikaitkan dengan janji.
sebab disekolah tidak ada 'sukatan pelajaran ' berkaitan dengan janji maka semakin hari semakin ramai yg menjadikan janji benda yg boleh diperkotak katikkan....

tapi mestikah menunggu 'sukatan pelajaran' untuk ini semua....

mungkin cgu2 akan 'terangkat' lagi kalau ditambah lagi sukatan yg ada : rasanya sistem makayah mendahlui segalanya....

Eco Kid Adventure on Facebook