Khamis, 19 Februari 2009

siapa tak buat silap

Semalam duduk bercerita panjang dengan seorang bekas pelatih saya - perempuan.
SAYA DAH TERLANJUR CGU.
KAMI SUKA SAMA SUKA - DAN SEKARANG MACAMANA NAK BUAT.
mungkin begini.
SIAPA TAK BUAT SILAP
dalam hidup ini kadang2 kita terperangkap dalam banyak perkara yang kadang2 kita rasa
kita betul . dan kita percaya perkara itu betul.
dan kita sedaya cuba untuk menyatakan TIDAK pada pandangan yang BETUL
dari orang lain.
DIKALA ITU.
itulah kita.dikala ini - mungkin hari ini - kita tersedar yang ...
kita percaya betul itu sebenarnya tidak betul.
SIAPA TAK BUAT SILAP
kadang2 dalam dunia hari ini kita dilingkari oleh ramai orang2 yang menjadi hakim -
yang mungkin menyatakan itu dan ini - menjatuhkan itu dan ini.
dikala itu - kekiri kita kena kekanan kita kena.
Dunia seakan mahu menyatakan
PADAN MUKA KAMU.
itukah berakhirnya dunia.
Kepada ramai rakan - rakan ( termasuk diri sendiri ) yang membuat silap dalam memilih kehidupan. Diam seketika mungkin terbaik. Duduk dan susur semula satu persatu kisah2 yang ditinggalkan. Mungkin ada hati yang terguris.
Mungkin ada hati yang tercalar sepanjang susuran itu.
KITA ADALAH ORANG BUAT SILAP
orang buat silap - jangan dilebarkan kesilapan.untuk itu diam.
Semuga semua rakan2 yang buat silap - tahu dah sedar kita disini bukan untuk dihakimi : kita disini untuk belajar dan diajar. semuga apa yang berlaku menjadi kita semakin tahu : kadang2 apa yang kita percaya tidak semestinya betul.

kesilapan kita bukan bermakna berakhirnya dunia.

semuga F membaca N3 ni.

26 ulasan:

Tirana berkata...

Siapa tak buat silap?

Semua orang buat silap tapi orang-orang yang beriman selepas melakukan kesilapan, mereka akan cepat tersedar dan segera bertaubat dan memohon ampun daripada Allah dengan linangan airmata.

nurdaniella berkata...

salam cikgu, sekali tersilap bukan bermakna kita akan silap untuk selamanya.. cuma jangan diulangi kesilapan yang sama berulang2 kali.. teringat hadis rasulullah, 'tidak akan masuk seorang muslim itu ke dalam satu lubang, dua kali'..

azlin hashim berkata...

Salam bertemu kembali cikgu, terima kasih dgn N3 ni. Ya! Semua org buat silap, kesilapan tu mmg kita tak dpt lari.

Betul2 kata cikgu, dunia hari ini kita dilingkari oleh ramai orang2 yang menjadi hakim - yang mungkin menyatakan itu dan ini.

Sehinggakan adakalanya kita terpaksa menepikan hati dan perasaan sendiri sehingga kita sendiri terjerat dalam segala keputusan yg dibuat.. Adilkah?

Mak Su berkata...

saya ada kenal seseorang, yg buat silap sebegitu. saya tak kata padan muka, saya cuba fikir cara nak approach dia moga dia tak terasa hati dan simpati saya padanya (kesalahan begitu terjadi mungkin kerana kurang pengalaman, mungkin kerana naive, selain dari 'mentah')

Tanpa Nama berkata...

Cikgu, saya tahu perasaan F kini,

Dia sebenarnya terhukum dek perbuatannya sendiri. Tetapi dia kena sedar, tiada manusia yg sempurna.

Dalam keadaan sekarang, F perlukan sokongan dan sedikit teguran. Itu pun bergantung di atas penerimaannya pulak. Walau bagaimanapun setiap kesilapan kena ada rasa tanggungjawab.

Pada F, itu bukan pengakhiran untuk dunia adik. Yang menjadi baiknya pula ialah adik sudah sedar.Kerana apa kakak cakap begitu??

Kerana beribu orang yang buat silap masih belum sedarkan diri. Adik antara salah seorang yg di sayangiNYA kerana telah diberikan kesedaran tu.

Tentang masa depan...ditangan tuhan. Jangan berhenti dari berdoa yang terbaik untuk diri kita.

Kalau kita renung-renungkan, kesilapan itu yg akan mematangkan kita. Dan ambil iktibar daripada apa yang berlaku.

Dunia bukan untuk ditangisi. Ada berapa ramai lagi insan kat luar sana yang terumbang-ambing tanpa haluan dan arah. Tidak tahu mana hendak dituju. Sekurang-kurangnya adik masih ada orang sekeliling di sini yang sudi memberikan semangat untuk meneruskan kehidupan.

Yang berlalu biarkan berlalu.

Semoga kejadian itu memberikan impak yang mampu merubah hidup adik untuk terus hidup berlandaskan pegangan kita.

Salam sayang dari kakak....

addyaholix berkata...

ya! siapa yang tak buat silap.
kita cuma manusia, dan kita pasti ada buat silap. bohonglah kalau kita kata kita tak pernah buat silap. kalau betul barangkali kita malaikat.

saya juga selalu buat silap. saya selalu silap dalam buat keputusan. dan saya juga sering ulang kesilapan yang sama. penat pujuk hati, tapi masih sama.

habis macam mana?

sakurasa 2 berkata...

"siapa tak buat silap"
kita insan biasa tak lepas dari membuat kesilapan...

buat adik F jangan mudah terpedaya... n tidak mengulangi kesilapan....

Allah maha pengasih mohonlah keampunan, moga Allah meampunkan dosa kita.

Unknown berkata...

puan tirana

saya tak cerita kat blog : sister F cuma bertanya - macamana tak mahu ' terkantoi ' dalam hubungan terlarangnya.
bukan nak berhenti...

saya rasanya tidak praktikal untuk menasihat dia - dikala dia percaya apa yg dia buat tu betul

semuga Allah buka pintu hatinya dan bersedia untuk mendengar...
tindakan dia salah...

Unknown berkata...

puan nur

macamana dengan adik...
dia pun buat silap kan...
macamana 'kita' menhakimi dia......

kadang2 ( pengalaman kut ) kita terlalu memikirkan bagaimana untuk berhadapan dengan hakim2 yg AMAT bijaksana - sebab hakim2 ini sekadar menhukum.

sebab saya yakin - semuanya berlaku atas faktor sebab..
untuk kita : mereka yg 'buat silap' adalah mangsa pada penafsiran sendiri...

yang dia sangka betul.

semuga kita dan kita tidak masuk lubang kali ke2...

Unknown berkata...

lin

jawapannya tak adil..
kita lebih risau dengan hakim2 tu : bukan kepada asas pemasalahan @ kesilapan kita.

dalam situasi kita : orang buat silap dilihat dari sudut negetif.
sebab situasi dan pemikiran yang silap tidak sama dengan kita yg sedar...

apa yang terfkir : bagaimana mahu selamat sahaja.....

Unknown berkata...

mak su

komen paling best dari mak su...
terima kasih.

di PLKN saya berhadapan dengan kesongsangan hidup ni bukan satu.Kes F tu terbaru...
apa yg saya mampu : mendengar dan sedikit pandangan yg pastinya.....
kena jaga hati orang yg buat silap...

semuga kita diberkatiNya dengan usaha kita

Unknown berkata...

puan aryani
saya tak tulis kat blog - dia bukan meminta kesedaran.
meminta skill - agar tidak terkantoi.
dia di UKM.

hubungan terlarang masih berlangsung.
dan dia suka dengan aktiviti tu...

jadi apa yg kita boleh buat.
terkantoi didunia
terkantoi diakhirat...

terkantoi didunia terus kepada jawapan.
terkantoi diakhir....tunggu !

itulah peranan kita untuk seterusnya. Hakim2 yg bijak sana dikiri kanan kadang2 menjadi sister F semakin jauh....

dia tahu dia silap
tapi tak suka untuk berubah..

hanya hidayah Allah memungkin segalanya...

Unknown berkata...

addy

macam kata puan nur - jangan jatuh lubang 2 kali.
kita fitrahnya alpa dan lemah....
fikir - fkirkan...

untuk hari seterusnya kita dipertekuhkan keinginan untuk berada dalam paksi yg betul.

Unknown berkata...

sakura

F yg saya kenal terlalu kerashati.
buat silap pun masih kata betul.....

semuga Allah permudahkan dia.
jangan jatuh lubang kali ke2 @ mengali lubang lebih dalam - nanti tertimbus...........

tak siapa yg tahu
tak sia[a yg nampak...

jangan risau apa yg org lain akan kata...
siapa yg tak buat silap.

Dearie Pearls berkata...

Ya..
siapa yang tak buat silap..

**sesat dihujung jalan, balik ke pangkal jalan..

Tanpa Nama berkata...

Oh Begitu ceritanya. Baru saya faham.

Kalau macam tu, dia sahaja yang mampu mengubah nasib diri dia.

Orang lain hanya mampu menghulur kan tangan.

Samaada dia mahu sambut tangan-tangan itu...atau dia mahu terus terjun ke bawah yang membinasakan dia sendiri.

Pada F, Masih ada jalan untuk berpatah balik. Belum terlewat untuk bertaubat sebelum anda dipanggil mengadapNYA...

Unknown berkata...

LotofLove

saya pernah buat silap ( besar )
pernah dihakimi teruk...

hari ni - sesekali susuri kebelakang....

agar orang lain jangan masuk ' lubang ' sama untuk kali kedua....

Unknown berkata...

puan aryani

kita kongsi sedikit.F pelatih dari terangganu - seorang yg tak pernah mendapat cinta dan memberi cinta sehingga Otber 2008.

dalam kelas juga tidak pernah bercakap banyak.
diam dan tersenyum.
pemalu...

dia satu2 pelatih yg menjadikan saya penting melalui email selpas kami berpisah.....

setelah mendapat cinta - dan menyerahkan diri - pada cinta pada Nov 2008 - dan secara detail kami bercerita itu dan ini....

sekarang di Bangi ( study )
dia macam bingung.
sesekali macam menyesal
sesekali macam bebal
sesekali macam nak menhukum diri...

semuga allah membuka pintu hatinya - jangan menhukum diri.
jangan menhukum diri....

SRISUFI berkata...

salam cikgu...

selama 3 bulan sri berpraktikal di pusat perlindungan wanita teraniaya /menganiaya yang mengalami nasib seperti F.juga selama hampir 2 tahun sri bekerja di pusat itu sebagai {bidang kerja sri sekarang}..kala itu semua diserahkan pd sri utk susunatur program di pusat tersebut.dari temuramah media..astro..jua pemilihan pelatih (gelaran wanita yg mendapat perlindungan di pusat itu)juga jalan cerita yang harus disampaikan kepada wartawan.

kini saya masih menjadi SUKARELAWAN walau tdk lg berkhidmat d situ.

bukanlah nak citer pengalaman cuma kesimpulannya...

KESILAPAN DISENGAJA @ TIDAK cuma ada satu penyelesaian iaitu KEMBALI.kembali ke pangkal jalan...ROHANI kena diisi.menyesali kesilapan lalu.dekati sahabat yg boleh menarik tgn agar tdk mudah tergelincir kali ke-2...ada ...bukan takada..

kerana hampir 80% mereka yg begini mudah ulangi kesilapan tu balik...

dan sbg kenalan/kwn2/sahabat handai...IBU BAPA KAUM KERABAT...jgn HUKUM mereka..tindakan sebegini TIDAK WAJAR...kesannya 'sejarah akan berulang'

**terima apa yg berlaku sbg takdir dan ujian .

**F..semoga anda membaca ni.

---maaf saya bukan yg terbaik...sekadar berkongsi PERMISI--

Unknown berkata...

seri

terima kasih kerana perkongsian.

fitrah manusia itu sendiri akan menolak perubahan - sementelahan zon selesa itu menjanjikan APA YG DIA NAK....

bagaimana peranan kita...

rasanya tidak ada kuasa majik untuk kita laksanakan - selain dari mengabarkan yg sepatutnya bukan begitu dan begini.

dan banyak kes - seperti yg saya tulis diatas...perubahan yg diinginkan adalah perubahan agar tidak TERKANTOI.

bukan perubahan dalam bentuk penghijrahan secara total.

saya yakin - pengHAKIMAN.orang yg buat silap tidak dilihat dari sudut orang buat silap.mereka dihakimi berdasarkan kenapa buat silap - bukan mengapa buat silap....

kita fikir bersama...

Luth Textile berkata...

betul kata cikgu jinggo..
walaupun dah silap, tak semestinya hidup kita akan berakhir..

urm.. by the way,
semoga F bertaubat.. seronok hanya sekali..

sebelum buat apa- apa fikir dulu kesannya!

Tanpa Nama berkata...

Orang boleh cakap macam-macam tentangnya...(menjatuhkan hukuman)


TAPI...apa akan berlaku sekiranya ia terkena pada ahli keluarga sendiri.

Saya minta pada sesiapa yang berkesempatan, berikan sedikit panduan pada F agar dia berjaya keluar dari lubang itu.

Unknown berkata...

luth

terima kasih kerana perhatian.
kerana buat silap bukan bermakna dunia berakhir....

Unknown berkata...

aryani

hari ini - jumaat - saya membaca sinar.
luahan eli - kita kirakan mangsa dan buat silap..

kita terlalu banyak hakim.

ixora berkata...

mungkin susah mau berubah..dan kalau dia mahu berubah pn, perlu dr hati..bukan kerana org lain...walau sebakul nasihat bagi, sampai kering liur sekali pn, andai keras mcm berlian, susah bah...

tp andai dia cuma sekadar keras kerak nasi, mungkin senang nk di lembutkan..sentiasa dedahkan dia dengan kekesalan yg bakal dia hadapi...sentiasa di sisinya untuk membantu..agar dia tidak tersesat lagi..

Xora pun tidak tahu ape bakal berlaku dlm hidup XOra..namun, mintak dijauhkan dengan segala itu..tambahan lagi jauh di perantauan tanpa famili di sisi dan berbekalkan iman yang nipis..sangat susah..yup..susah...

Hani berkata...

siapa tak buat silap?

buat silap wajar, yg tak wajar bila tahu sstu itu silap tp msh kekal dgn kesilapan itu...

semua org blh menghakimi, berkata itu dan ini tp berapa ramai yg mahu menghulur tangan dan mendakapnya?

rasanya sekadar mndengar dan memberi sdkt pandgn @ pdpt, tdklah terlalu 'membantu' berbanding bila kita mahu dan mampu perkenalkan mereka dgn org2 yg wajar.. Kenali & dekati insan2 penting dlm hidupnya, yg tlh membentuk peribadinya scra sngja @pun luar sedar...

semua org suka zon selesa walau ia menuju kehancuran, jrg sekali yg mahu memilih jalan berduri meski hujungnya bahagia...

>semoga bertemu hidayah-Nya

Eco Kid Adventure on Facebook