Rabu, 17 Jun 2009

kita renung pulak yg ini

Cinta bukanlah daripada kata-kata tetapi segumpal keinginan yang diberikan kepada hati yang memerlukan
CINTAILAH seseorang itu atas dasar siapa dirinya sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya.
Malah, kisah lampau yang berlaku tidak perlu diungkit lagi sekiranya hati benar-benar menyintai dirinya.
Sememangnya hidup bercinta dan untuk dicintai amat mudah, tetapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai sukar diperoleh. Ikuti tip bagi memelihara cinta sejati.
Pilih pasangan yang sesuai
Janganlah sesekali jatuh cinta dengan seseorang yang sangat berpotensi. Wang dan rupa bukannya penyuntik cinta sejati. Terlalu banyak pasangan memilih teman hidup yang sebegini dengan harapan mereka berpeluang menikmati segalanya.
Secara jujur, tanyalah pada diri sendiri: "Dapatkah aku mencintai dia dengan cara yang sebenarnya tanpa harapan untuk berubah?" Jika tidak, buatlah keputusan untuk cari yang lain
.
Jangan terburu-buru
Jangan menurut kehendak nafsu seks. Pasangan yang melakukan hubungan seksual akan mencipta suatu keintiman yang salah dan boleh menuju ke arah kekecewaan.
Percaya akan kelemahannya
Jangan mengabaikan keputusan untuk memiliki sesuatu hubungan atau perkara yang diingininya. Misalnya, jika pasangan membuat suatu penyataan seperti, 'saya tidak melaksanakan komitmen dengan baik," percayalah dia.
Anda seharusnya tanya pada diri sendiri; 'adakah dia sudah bersdia menghabiskan waktu untuk aku atau semata-mata untuk hobinya kemudian baru mengingati aku.
'
Tutup mulut
Jangan cuba menceritakan tentang keburukan atau kelemahan pasangan kepada rakan. Bertanggung jawab dalam mengungkap perasaan anda terhadapnya dan saling merahsiakan antara satu sama lain. Cara sebegini dapat mengelakkan daripada berlakunya sesuatu konflik dan hubungan emosional anda berdua.
Terima seadanya
Terima pasangan dengan niat hati yang ikhlas. Bukan hanya sewaktu bercinta, pada awal perkahwinan dan sewaktu berbulan madu, tetapi amalkan date night sekali seminggu.
Jadi pemerhati
Bersikap pemerhati terhadap pasangan. Cuba memerhati dan memahami tingkah laku dan pemikirannya. Paling penting, sentiasa mengambil berat setiap apa yang berlaku. Ini mengelakkan daripada pasangan berani menipu dan cuba melakukan sesuatu di luar jangkaan.
Buktikan siapa diri anda
Fokus pada setiap perkara yang anda gemari dan tidak daripada pasangan, serta cuba berbincang cara bagaimana menyelesaikan masalah tersebut berdua.
Mr . Right kembali
Sedang asyik bercinta, orang yang pernah berpaut di hati anda suatu masa dahulu, tiba-tiba muncul di hadapan. Bagi anda yang menghadapi masalah sebegini, adalah suatu perkara sukar untuk diselesaikan, bukan?
Perasaan buntu dan bercelaru tentunya datang dan memaksa diri membuat keputusan. Buat keputusan agar tidak menyintainya lagi. Lupakan segala sejarah silam dengan memulakan kehidupan dan cinta baru.
Hargailah diri sendiri dan pasangan
Hubungan yang sihat akan meningkatkan penghargaan diri dan pasangan.
Untuk memperoleh hubungan yang lebih harmoni, setiap pasangan perlu menghargai diri sendiri dengan cuba mengungkapkan kata-kata romantis atau lakukan sesuatu kejutan terhadap dirinya

15 ulasan:

~Insan Biasa~ berkata...

masih lagi belajar bab ini....dok renung2 lagi nie. Kalau dapat cinta yang sepadan dengan hati alangkah seronoknya..

Unknown berkata...

kerana itu - hari ini mari kita belajar...
kerana nak kongsi pun nak suruh kita belajar

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr berkata...

masih mencari......

mencari......

mencari......

dan

terus mencari.....

insyaallah pasti akan jumpa apa yang dicari suatu hari nanti...

Unknown berkata...

hang jangan tak..

cari

cari

cari

kalau dah jumpa : jangan tersalah catur - kerana kita sesama ada 2 karektor yang berbeza.......lelaki dan perempuan.

CITY® berkata...

bercinta?

i pernah bercinta kot. tapi dulu2 la, heheheh....

i suka dia sebab apa erk? tanpa sebab kot. perlu ke sebab untuk menyukai seseorg?

i suka dia dulu, walo i tahu dia tak bercakap benar dgn apa yg dia ada. tapi i tak kisah, kerana i suka dia. i suka cara dia pada i. so, dah i suka kan. heheheh....

bila lagi nak bercinto?
entah, ada jodoh , alhamdulillah! =)

Unknown berkata...

cik blue

cinta tu kan fitrah kita
kita berhak untuk bercinta dan dicinta..

yang membezakan
bagaimana ianya datang
dan pergi
dan datang lagi.....

ASYIQ berkata...

Pesan orang tua saya...sayangi orang yang sayang kat kita, InsyaAllah cina itu biasanya akan kekal...sebab perempuan ni kan mudah menerima dan menyayangi dan SETIA.


Pesan dia orang lagi...jangan cinta orang yang kita cinta sedangkan dia tak cinta kita...sebab cinta macam ni tak akan kekal....sebab LELAKI kan jenis susah nak dapat yang SETIA....


Jinggo jgn marah dgn pernyataan kedua tu...mungkin itu berdasarkan pengalaman orang tua yang dah hidup lama dan byk pengalaman ....


Saya ikut pesanan yang pertama...alhamdulillah saya bahagia kerana disayangi sampai sekarang...dan moga kekal sampai ke akhir hayat.

Mak Su berkata...

mr right? sometimes, mr right itu tak semestinya very right. hehehe

Tea Cha Hai berkata...

"Impian, Cinta, dan Kehidupan..Sederhana tapi luar biasa...ada dalam diri setiap manusia jika mahu menyakininya"...

AKU hanya memetik drpd buku
"5cm" oleh Donny Dhirggantoro

Andai Mr. Right dtg dikala waktu yg betul...Dia tercipta untuk mu.

Andai Mr. Right in wrong time, Dia tercipta bukan untuk mu..

***adakah lg peluang kedua?
:-)

Unknown berkata...

Pesan dia orang lagi...jangan cinta orang yang kita cinta sedangkan dia tak cinta kita....

cgu asyiq
saya setuju dengan komen ni....

Unknown berkata...

mak su

mr right - pada kita aja kut....
tidak semesti right pada orang lain....

betul tak

Unknown berkata...

Andai Mr. Right dtg dikala waktu yg betul...Dia tercipta untuk mu.

Andai Mr. Right in wrong time, Dia tercipta bukan untuk mu..

***adakah lg peluang kedua?

cgu ari...

terbukanya komen ni.

Marzalina berkata...

Cinta..apa yg diharapkan dari Cinta? kebahagiaan..? sampai ke harini belum ada lagi cinta yg sebenar Cinta singgah kat hati..tapi saya tak akan putus asa..berdoa semoga Tuhan temukan saya dgn Cinta sejati..eewaahh..mcm jiwang la pulak saya ni hehe..cikgu pula bagaimana..

Tanpa Nama berkata...

Cikgu Jinggo,
Dalam percintaan - perasaan adalah seiring dengan komitmen..

~ a m a ~ berkata...

..best n3 nih..!! :D

nobody perfect!!!
hehe..

Eco Kid Adventure on Facebook