Rabu, 24 Jun 2009

siapa musuh kita pulak....

Apakah musuh utama pohon?
Ketika manusia mulai pandai melebur biji besi menjadi batang besi, lalu menempa dan membentuk lempengan, kemudian mengasahnya menjadi sebilah mata kapak yang tajam; ketika itulah pohon-pohon di dunia mulai risau akan nasib mereka.
Pohon-pohon melihat semakin hari semakin banyak kerosakan yang dilakukan oleh manusia dengan kapak-kapaknya.
Apa jadinya bila dunia tanpa hutan yang lebat?
Apa jadinya bila dunia tanpa pohon. Namun pohon tak mampu berbuat apa2. Pohon hanya boleh menitikkan airmata dan geram saat memandang satu-per-satu pohon lain bertumbangan akibat dikapak.Kerosakan pohon sudah sedemikian dashyatnya.
Kini hanya tertinggal sebatang pohon di hutan itu yang merintih,
“Oh,mengapa manusia menciptakan kapak yang digunakan untuk menebangi pohon-pohon?
Sungguh kejam kapak itu.
Rintihan itu terdengar oleh seorang penebang yang menjawabnya sambil tertawa-tawa, “Ha..ha..wahai pohon lihatlah, sebilah mata kapak ini takkan boleh melukaimu begitu parah bila tak dilengkapi dengan
pegangan yang terbuat dari kayu yang kuat.
Sedarkah kau bahwa kayu itu berasal dari pohon- yaitu dirimu sendiri!”
APAKAH MORAL CERITA INI

kita sering menyalahkan itu dan ini
satu jari ke orang lain bermakna yg lain menhala kepada diri sendiri.
Musuh utama kita adalah diri sendiri.

16 ulasan:

~Insan Biasa~ berkata...

yess....
manusia sentiasa mahukan keselesaan.
Hasilnya tercipta teknologi-(penghasilan pemegang kapak tu) -dr manusia.
kita berbahagia kerana adanya teknologi menyenangkan hidup kita tanpa menyedari ia juga memberi kesan2 yang boleh memudaratkan diri kita balik dalam tempoh masa yang tertentu.

Tirana berkata...

Sebelum blame orang lain terhadap apa yang berlaku, cermin diri sndiri terlebih dahulu..takut2 kita juga menjadi sebahagian daripada penyumbang kepada kejadian tersebut..


Tapi dalam kes kerosakan alam sekitar, takkan kita nak salahkan pokok yang menyebabkan manusia pandai mencipta pemegang kapak. Pokok tiada akal dan dicipta oleh Allah untuk manusia tapi manusia, Allah beri akal yang boleh berfikir baik atau buruk. Ertinya manusia menyalahgunakan akal untuk membuat kerosakan di mukabumi ini.

Unknown berkata...

wak anis

saya membaca sejarah kemusnahan - disebabkan oleh faktor kita mengambil bukan hak kita......

kerana itu dalam banyak hal : berpada2....

Unknown berkata...

puan tirana.

macam komen diatas - kita tidak mengambil berdasarkan keperluan - mengambil hasil alam adalah keperluan - tapi mesti berdasarkan percaturan yg sesuai.....

tuding jari.
sepatutnya menjadi ingatan pada semua orang...

pagi saya call
SAYA SESAT DI HARTAMAS.....
tak angkat - redah aja ke SMK KiaraMas......

ASYIQ berkata...

Bagus cerita ni...sesekali nnti nk pinjam crita ini utk sy olah semula di blog saya. Boleh?

Sebenarnya Jinggo...cerita sy byk juga utk dikongsi tetapi masa sy terlalu terhad utk berada di dpn laptop ni.

Mcm kita tuding jari la ye Jinggo...satu tunjuk kat orang tapi yg tiga jari lg menghala kt kita. Terlalu sukar nak ubah habit ni.

~ a m a ~ berkata...

aiii cikgu?
ke kiaramas plakk??
hehe.
len mcm jew munyik tuuhh..
hehehehehe..:P

Ummu Mishkah berkata...

senang jer... kembali kepada ajaran ISLAM.. semua ada di ajarkan buat kita, pasal kerosakan di muka bumi pun ada disentuh dalam al-qur'an kan? :)

azlanlin berkata...

:: Kekadang, setelah melalui berbagai keperitan dan kesusahan membuatkan kita mudah mengenal tahap kualiti diri kita..

:: MUHASABAH DIRI satau cara mengenal diri. Juga mampu mencungkil kekuatan dan kelemahan diri..

:: Kita juga perlukan cermin diri.. APAKAH ITU?

Tirana berkata...

Padanla saya nampak ada miss call dari Jinggo..Ingatkan Jinggo tersalah dial number..nak call orang lain tercall saya..hehehe..(maklumlah tak pernah lagi dapat call dari Jinggo). Maaflah saya tak dengar ringing sebab hp tu duduk dalam handbag dan handbag tu pulak duduk dalam bilik tidur sedangkan saya di dapur barangkali.

chekdenoor berkata...

Salam perkenalan,

Memang best bila boleh buat alasan.... dapat lepaskan diri dari tekanan .... cumanyer ..... kalau sering beri alasan.... bila kita nak mula bertanggungjawab ....

Bagus catatan anda tu....

Unknown berkata...

cgu asyiq

kerana menyalahkan orang adalah sebahagian dari KITA - yang membedakan kita adalah ILMU.

saya suka cerita2 kat blog cgu...
teruskan berkongsi.

nanti saya macam nak singgah sekolah...

teman nak balik teluk anson

Unknown berkata...

ama...

kat SMK KiaraMas.
ada cerita...
macamana nak kongsikan.

Unknown berkata...

ummu

saya percaya dan yakin kepada kembali kepada agama.
persoalan kita
diantara percaya dan kepercayaan 2 perkara yg berbeza.....

kita bincangkan topik tu nanti.

Unknown berkata...

cgu azlan

kita perlu cermin
untuk apa.
nak tgk......
diri sendiri...

tapi macamana dengan orang yg takut tgk cermin....

Unknown berkata...

puan tirana

saya dari Masjid Wilayah.
dah bingung.
banyak sangat pembanggunan.
madsudnya cepat sangat....

saya call.
tak angkat....

Unknown berkata...

chek..

terima kasih kerana kita berurusan..
mungkin ada yg boleh kita kongsikan...

Eco Kid Adventure on Facebook