Isnin, 4 Januari 2010

kita lah tu...........

Manusia , daripada semua mahluk ,
dari segi fizikalnya paling tidak lengkap dalam dunia ini.
Manusia tidak boleh terbang seperti burung , tetapi boleh dibunuh oleh serangga yang sangat kecil , tidak boleh berlari lebih laju daripada seekor harimau bintang. , tidak boleh berenang seperti seekor buaya , tidak boleh memanjat pokok seperti seekor monyet ,
tidak mempunyai mata seperti helang ,
dan tidak pulaklah dia mempunyai
kuku dan gigi seekor kucing liar.
Dari segi fizikal , manusia tidak berdaya dan tidak berupaya mempertahankan diri.
Tetapi alam ini bertimbang rasa dan murah hati.
Hadiah terbesar ala ini kepada manusia adalah kemampuan berfikir.
Manusia boleh mewujudkan persekitaran sendiri ,
sedangkan haiwan menyesuaikan diri
kepada persekitaran mereka.
Yang menyedihkan pula , sangat sedikit individu menggunakan hadiah yg terbesar itu –kemampuan untuk berfikir – ketahap sepenuhnya.
DARI JINGGO
Kegagalan hadir dalam dua jenis
mereka yang melakukan tanpa memikirkannya dan
mereka yang memikirkannya dan tidak pernah melakukannya.
Menjalani kehidupan tanpa menggunakan
kemampuan berfikir
ibarat menembak tanpa membidik..
Renungkan : Kehidupan ini ibarat kaferia. Kita ambil dulang ,
pilih makanan kita dan bayar dihujungnya.
Kita boleh mendapat apa – apa sahaja yang kita mahu asalkan kita sanggup membayar.
Di dalam kafetaria , sekiranya kita menunggu seseorang menhidangkan kita ,
kita akan menunggu buat selamanya.
Dan itu lah hidup kita.
Kita membuat pilihan dan membayar harganya.
Akhirnya semua ditangan kita
Kita berhak memilih hidup bagaimana untuk seterusnya...

6 ulasan:

Asmnie berkata...

pilihan di tangan masing2... setiap pilihan ada risikonya.. so kena buat pilihan betul2 supaya risiko yang bakal dilalui dapat ditangani dengan sebaik mungkin...

Asmnie berkata...

kelebihan manusia pada akalnya... jika akal di depan mendahului yang lain.. maka eloklah kesudahannya, jika akal di belakang maka binasalah kesudahannya.. asah dan didik..

insan pendidik berkata...

manusia biase tak de yang sempurna
kerana itu kite saling melengkapi
walaupun dikurniakan akal
tapi ade kalanya perangai manusia ni
mengalahkan haiwan

ONE ZABA berkata...

aku rasa la kan...

faktor makanan sekarang ni banyak mempengaruhi akal fikiran manusia. manusia (termasuk aku la tu) semakin lemah dalam pemikiran nilai murni. manusia juga semakin lemah dalam ketahanan fizikal. baru kena pukul sikit je dah mati.

zaijb berkata...

kerana kita yg membuat pilihan... jadi kita juga mengambil risiko setiap ape yg kita lakukan...

jika gagal jgn kita menunding jari pada org lain... tapi lihat balik pada diri sendiri...betul ke cara kita... jika tidak... kita perlu membaiki diri ini...

GrEeNaPPLe berkata...

memperlu membaiki diri..ini saya setuju..
saya sendiri kecewa dengan seseorang,

kita akan berurusan kelak

Eco Kid Adventure on Facebook