Isnin, 25 Januari 2010

tercemar lagi !

BIAR DIMANA PUN
asasnya sama
KITA BETUL ATAS KAPASITI KITA.
semua berlaku dengan asas yang kita rasakan betul
dan pihak yang menyaman
pihak yang kena saman
YANG MEMBEZAKAN
asasnya.
HARI INI KITA DIHIDANGKAN DENGAN CERITA YANG SAMA.
menyudahkan ketidakpuasan di meja pengadilan dunia.
KAMU HARUS DI HUKUM.
cgu oh cgu.
satu kerjaya yang menjadi idaman.
kepada orang kampung
INI LAH KERJA MENANTU IDAMAN.
seorang guru.seorang pendidik.
seorang yang memulakan langkah 1 untuk semua orang.
PENGALAMAN DI KAMPUNG.
disekitar zaman 70 an.
INILAH KELOMPOK TERBIJAK YANG ADA
dalam kampung masa tu
jadi semua pada kelompok ini
ketua belia 4B cgu
ketua kompang cgu
SU masjid cgu
MC semua majlis cgu
Jurulatih apa2 pun cgu.
orang bergaduh.pendamainya cgu.
durian yang pertama gugur. untuk cgu.
MENANTU PILIHAN.
cgu nak anak sapa.
KERANA MULIA INSTITUSI INI.
terlalu mulia.
sehinggalah saya sendiri.
TIDAK DIBERI RUANG KE SEKOLAH
tapi diberi ruang ke media lain.
masih dalam kontek Pendidikan.
mendidik.
jiwa kita sama skop berbeza.
SEBAB MULIA KERJAYA INI.
hari ini.
persekitaran sudah mengubah pandangan.
MAAF KALAU KETERLALUAN
ini saya meminjam kata2 seorang rakan di PPD
JATI DIRI.
keinginan untuk memberi tidak sebesar
keinginan untuk menerima
PULANGAN RM
katanya cgu baru ( sekolah rendah ) masuk
ke sekolah dah DG41
guru besar baru DG36.
kadang2 mahu ke orang DG41 dengan cakap orang DG36.
walaupun 36 berjela pengalamannya.
( maaf kalau salah maklumat )
AKHIRNYA.
seperti yang kita lihat
cabaran dan pandangan berbeza.
komitmen dan keinginan juga harus berbeza.
rencamnya persekitaran hari ini memerlukan kita ada anjakan lain.

19 ulasan:

zai berkata...

kalau dulu ingat nak galakkan anak2 jadi pendidik..tapi melihat tekanan yang dialami oleh pendidik zaman sekarang..rasa2nya tak nak lagi anak pilih profession guru sekolah tapi biarlah guru dibidang lain yg lebih kurang tekanannya..mmg tak mudah utk memuaskan hati semua pihak terutama guru2 yg diberi tanggungjawap berat untuk mendidik dan mendisplinkan anak2 yg semakin tidak dipedulikan oleh ibu bapa yg berkerja.

zan-xray berkata...

Macam-masam kisah di dunia pendidikan ni.
cepat meletakkan guru lebih tinggi gred daripada guru besar pun masalah juga. Bukan semua boleh mendengar kata.
Boss pun jangan beranggapan mereka di atas mereka berkuasa sepenuhnya.
kalau tidak yang bawah menyokong takkan menjadi apa yang dirancang

ONE ZABA berkata...

lucu betul tak....

guru besar dg 34 (gaji mati pada gred pun dah mati. tak boleh ke mana dah)...nak menguruskan guru-guru dg 41 yang masih panjang langkah grednya. hanya ada pada kuasa je la.

itulah sistem....

Pn Kartini berkata...

Salam...
Alangkah malang andai minat guru mendidik tergugat dek pihak pengurusan/pihak lain yang terkdg memberi rasa tertekan !
...........uuhh!Ni..,Sedang bina semula smngat!!!

blueCITY berkata...

wah!!
gred 36 leh jadi cikgu besar werk?
saya leh jadi gak la
ekekkekek...

tapi tu la,
dulu lain sekarang lain
zaman dah berubah
pegawai2 baru lebih hot
lebih semangat kerja dan inginkan perubahan,
pegawai2 lama mcm nak tunggu pencen sahaja, padahal 10 tahun lagi nak pencen?
adehla....

saman jangan tak saman
heeeeeee

Tirana berkata...

Zaman sekarang, orang semakin cerdik, dah tahu macam mana nak saman orang..hehehe..zaman mak ayah kita dulu, mereka tak reti. Zaman sekarang orang kaya raya, mampu nak bayar peguam untuk masuk mahkamah..zaman dulu duit untuk makan pun kadang-kadang tak cukup. Zaman sekarang orang semakin jadi tidak sabar, tidak redha dan tidak ikhlas..sebab tu main saman menyaman, asyik mencari kesalahan orang saja..kesalahan sendiri tak pula ditelek...

MaizaC'Joe berkata...

Salam Jinggo

Akhirnya.. saman.. bertemu di mahkamah.. naik turun bicara bertahun2.. kalau tengok writ saman dr plaintif.. mcm defenden salah.. tapi.. secara realitinya.. entah la sapa salah.. cikgu ada tanggungjawab besar.. jg cth pada pelajar?? so.. masing2 kena faham snediri.. guru besar DG36.. br tau.. sian cikgu besar.. di suruh mengajar itu salah.. tak di suruh dia pula yg kena dng jabatan.. (memaksa plaintif pertama mengajar mata pelajaran di luar kepakaran??)
emm... mau tak mau ja kot.. try dulu br tau.. maiza pun dh rasa.. mula memang payah, tension nak marah2.. ya la krj brtimbun.. bkn dlm bidang.. tapi pelan2 la.. ilmu baru..

- jinggo - berkata...

kak zai
itu rasanya kisah beberapa individu sahaja - kena ingat
diantara amalan yg diberkati...
ilmu yang mengalir......
mulanya dari guru.

- jinggo - berkata...

brozan
cerita ni dah lama.
pendekatan ala2 saddam hussein
cuma dulu tidak ada orang yang membuka ruang
dan mungkin ada yang masih melihat mulia kerjaya ni untuk di hitam.....

hari ini anak pun dah berani saman makayah....

- jinggo - berkata...

cguone
kesian dg36
kesian
yang dg41 - kenalah faham...
dg tu hanya istilah sistam ajakan....
pengalaman nak buang kat mana.........

- jinggo - berkata...

cgu tini
jangan patah semangat
jangan saman menyaman.
biasalah
satu pengetua
nak layan berpuluh2 suara lain....
sabar.

- jinggo - berkata...

blue
saya akan saman kamu
sebab mengnggung perasaan saya yg tak ada dg ni.....
he...
he...

persoalannya adalah sistem sudah meletak begitu aturannya
kita hormat sistem.

- jinggo - berkata...

aduhai puan
ayat dihujung tu
satu jari pada orang lain
empat lagi kepada diri sendiri...
masing2 ada asas
prosesnya sahaja berbezakan....

- jinggo - berkata...

maiza
itulah pandangan seorang rakan dari DG36...
yang kita tak tahu
dikiri kanan semua tekanan
tekanan dan tekanan
nasib baik saya tak ada DG...........

ZOOL@TOD berkata...

Inilah antara contoh , kalah jadi abu, menang jadi arang.

Kedua-duanya tidak baik. Kenapa tidak dibawa berbincang? Mereka semuanya senior-senior belaka, bukannya guru muda.

Satu pengajaran buat saya, jangan cepat melatah.

~Insan Biasa~ berkata...

sibuk dgn DG...
29 ker...32 ker...34 ker....36 ker...41 ker...

pergi lah masuk kelas....mana-mana kelas ...mana-mana sekolah...

gelarannya sama juga..
"CIKGU"...
xdepun anak murid/pelajar panggil cikgu dg...(...)..

apalah nak beza2kan ntah...
rezeki masing2 ade Allah dah sediakan....apa nak gaduh2...issskkkk

- jinggo - berkata...

enzool
menarik
jangan cepat melatah

saya yakin ini persoalan karektor yg tidak menguntungkan.
jangan ada diantara kita macam tu

- jinggo - berkata...

ya cgu dg..berapa .
he...
cgu dg.
ada ke macam tu
cgu - tetap dipanggilkan ....

zan-xray berkata...

Dah baca semua ulasan.
akhirnya setuju dengan kata-kata Jinggo di salah satu respon komen di atas

"dg tu hanya istilah sistam ajakan....
pengalaman nak buang kat mana........."

Eco Kid Adventure on Facebook