Rabu, 13 Januari 2010

macam2 ada.....

Macam-macam fesyen tudung untuk kaum hawa. Biasanya dipopularkan oleh artis yang menjadi ikutan ramai. Si pereka tudung ni pun bijak manipulasi fesyen tudung artis . Dulu sibuk tudung Wardina , tudung awning (tiru Sinetron) , sekrang ni fesyen tudung Yuna pulak.
Seseorang telah membuat artikel pasal jenis-jenis tudung mengikut pemerhatiannya.
Marilah sama-sama memerhatikan beberapa gelaran jenis tudung yang boleh dilihat dalam realiti masyarakat hari ini yang perlu diperbetulkan oleh kalangan kaum hawa:
Tudung ‘Mickey Mouse’
Pemakaian tudung yang hanya menutup bahagian rambut dan kepala tanpa menutup kedua-dua telinga.Barangkali untuk menunjukkan subang atau apa-apa perhiasan. Pemakaian yang lebih teruk ialah apabila tudung tersebut dililit sehingga menampakkan leher.
Tudung Lilit
Jenis tudung ini jika dilihat telah menutup keseluruhan kepala termasuk telinga tetapi tidak dilabuhkan menutup dada dan hanya dililitkan di leher sahaja.Kriteria menutup dada tidak dipenuhi seolah-olah ingin menayangkan kurniaan yang tidak diberikan kepada kaum lelaki.
Tudung ‘See Through’
Salah satu jenis tudung yang popular ini banyak dilihat di merata tempat,kain tudung yang nipis menampakkan leher dan telinga walaupun telah menutup lengkap.Lebih teruk jika tidak memakai anak tudung kerana ianya seperti tiada beza dengan mereka yang tidak bertudung.
Tudung Jambul
Pemakaian jenis ini banyak dipromosikan dalam drama-drama Melayu yakni menutup separuh rambut di bahagian belakang dengan membiarkan yang depannya tersembul keluar seperti jambul unta.
Tudung ‘Singlet’
Tudung yang sempurna tetapi dengan hanya memakai lengan pendek menyebabkan aurat dan lain-lain perhiasan yang sepatutnya ditutup daripada menjadi tatapan umum.Tiada kelongaran hukum tentang penutupan aurat di kawasan awam hatta hanya untuk bersukan.
Tudung Saji
Sekejap pakai,sekejap tidak.Tudung atau lebih tepat dikatakan selendang yang hanya menjadi perhiasan leher.
Boleh dilihat di kenduri-kenduri kematian yang mana selendang tersebut akan turun dan naik diangkat si pemakai seolah-olah menjadikannya seperti tudung mengikut keperluan situasi.
DARI JINGGO
saya suka guna perkataan ini
ADA BEZA
antara percaya dan kepercayaan.

20 ulasan:

amirasoy berkata...

salam..
zaman sekarang kaum hawa anggap tudung tu satu trend,,bukannya satu tuntutan agama

Mak Su berkata...

hahaha, mcm2 jenis

zaijb berkata...

macam2 tudung saya ada... dah penuh kat almari... tak tahu nak simpan kat mana lagi...he..

blueCITY berkata...

saya pakai tudung ekin bukan tudung mawi,
saya tak suka tudung datuk k, apa kes sulam2 mcm misai datuk k, geli..
apa? tudung datuk siti? tak kuasa den, nampak jambul. huh!!
nak gak dulu2 pakai tudung wardina dan tudung waheeda, tapi cam penin kena lilit2. tudung yuna? budak2 sekolah je kot sesuai pake tudung yuna nih.
tudung saji mini cute mmg saya ada.
hakhakhak..
pake lah tudung aurat, leh?

- jinggo - berkata...

amira
anak2 hari ni akan ikut siapa yg ajar di bertudung...
kalau datang dari kesedaran lain ceritanya....

- jinggo - berkata...

dan mak su
terbaru
tudung YUNA.....
macamana tu.

- jinggo - berkata...

zaijb
kalau dah banyak.
sedekah aja kat rumah anak2 yatim.....
dia orang tu memang nak cari tudung2 yang lawa ni..
kesian.

- jinggo - berkata...

blue
memang lawak
saya kalau diberi pilihan -
ana - anak saya akan pakai semua tudung yg saya suka....
tgklah gambar dia...

Ruby berkata...

salam cgu...

jelas antara kehendak, keperluan atau tuntutan agama... kehendak dan keperluan itu sudah menjadi kebiasaan masyarakat sekarang tetapi yang bertudung kerana tuntutan agama itu sudah pudar ...

membetulkan yang biasa, dan membiasakan yang betul...

perlu usaha dan kesedaran...

MaizaC'Joe berkata...

Salam Jinggo

aduss.. hebatnya jinggo.. tau mcm2 jenis. maiza pun xtau nih.. hee.. maiza bertudung asal nmpak kemas dan pastinya orang yg akan komen sesuai atau tak 'mak n ayah' kalau sekali di tegur tak sesuai.. comfirm dh xpakai dah tudung tue.. biasanya suka tudung stail wardina... hee... yg simple.. asalkan menutup aurat...

- jinggo - berkata...

ruby
terima kasih kerana perhatian.
ini isu yg sensitif
kita ambil logik..
kenapa menutup aurat itu diwajibkan...

kalau pemakaian tidak menetapi asas agama - bagaimana.....

- jinggo - berkata...

maiza
yang penting - zahirnya wanita ni banyak ' fitnah ' yang mengekori...betul tak.
jadi untuk itu.
tutup dimana perlunya...

Tirana berkata...

hehehe..tudung saji pun ada. Saya ingat tudung saji tu untuk tutup makanan aje..

Kebanyakan perempuan pakai tudung bukan dengan kefahaman..sebab tu timbul macam2 jenis tudung tu..

Ruby berkata...

kalau pemakaian tidak menetapi asas agama - bagaimana.....

pendapat saya...disitu kita boleh lihat pendirian seseorang individu itu sendiri. dia nak dilihat daripada pandangan siapa? manusia atau Penciptanya... kerana kita hidup kerana Allah.. dan sudah pasti setiap gerak geri kita bermula dengan niat dan pelaksanaannya hanya kerana DIA...

ikut kesesuaian tapi tidak membelakangkan agama secara terperinci...

ONE ZABA berkata...

tudung periuk jugak yang pandai menari....

~Insan Biasa~ berkata...

hai macam2 eh....tudung ikut-ikutan semuanya tu...

a kl citizen berkata...

assalammualaikum jinggo

tudung singlet?
ada juga istilah ni ya...

bila nak ke sekolah?
nama kaunselor sek saya yang seeloknya berjumpa ialah En Sofian atau Pn Siti Khatijah

maiyah berkata...

skrg mmg mcm2 pesen.. kalo bab shopping mesti x miss beli tudung yg murah2 tu je 2=Rm10 heeee

ViLdA FiDa berkata...

mcm2 pesennn

Brahim Nyior berkata...

Salam Bro Jinggo,

pemakaian tudng hari ini lebih kepada gaya dan trend, bukan kerana tuntutan agama.

Tak salah wanita muslim hendak bergaya. Islam bukannya konservatif, tetapi ia mesti memenuhi kehdk agama.

Ada wanita beri alasan,"Saya akan bertudung bila tiba masanya nanti,"

Persoalannya, ajal maut bukan di tangan kita. Tak sempat bertaubat, nyawa terlebih dahulu diambil Tuan Punya, tidakkah menyesal?

Bait lagu Ungu (Andaiku Tahu):

"Andaiku tahu, kapan tiba ajalku, ku akan memohon Tuhan tolong panjangkan umurku.."

Moga kita dijauhkan daripada siksa kubur.

Eco Kid Adventure on Facebook