Khamis, 7 Januari 2010

ada satu kisah

dari satu pertemuan yang sememangnya dirancang.
SEORANG PEREMPUAN
mulanya begini...
perkahwinan mungkin atas dasar faktor rupa.
seorang cantik
seorang macho
maka berjalanlah perkahwinan ini. setahun ke setahun. dengan macam2 cerita.
seorang yang cantik berjanji untuk meletakkan diri ditempat yang betul.
isteri ibu- tugasnya dirumah.
seorang yang macho masih gagal. rumah macam hotel. selagi belum 3 pagi. dia masih lagi diluar.
namun perkahwinan terus berjalan.
SEHINGGA
seorang yang cantik ini melahirkan anak yang ke 3
dan dihantar ke kampung untuk urusan seterusnya.
SEORANG YG MACHO MENJADI LELAKI BUJANG
yang bergaya.amat bergaya.
dipendek cerita....
AKTIVITI BERLAWANAN HUKUM SEORANG SUAMI
telah menjadi kebiasaan selama ini.
apa perasaan seorang isteri yang menyerah kepercayaannya...
seorang isteri yg telah menjadi ibu...
seorang isteri yang semakin tidak ada banyak pilihan
keluar dari sistem.
ADAKAH INI PENYUDAHNYA.
dikala beginilah.
sekadar pandangan.
seorang yang cantik mencari kerja yang sesuai dan berkerja sebagai
aktivitis sosial yang memerlukan dia berjumpa dengan ramai orang.
DIKALA BEGINILAH
hadirnya ' kaunselor ' yang tidak bertauliah
dan ia tentunya seorang lelaki
IA MEMBANTU ATAS DASAR
simpati @ kesian @ sebab dia memang cantik....
dari jinggo
saya orang asing dalam situasi ini.
kita sekadar berurusan atas beberapa perkara tertentu.
cuma ini sekadar pandangan.
DALAM HIDUP DIKATAKAN ADA
2 PERKARA YANG PERLU KITA DAHULUKAN
pembanggunan diri
pembanggunan sosial.
apa2 pun kita kena mulakan dlm diri kita. bagaimana kita mahu menjadikan hari2 kita....
lebih baik dari semalam. bagaimana meningkatan kualiti keinsanan kita mampu menjadi
satu cerminan kepada orang lain.
dan ada lebihnya barulah kita ' serahkan ' diri kita kepada persekitaran.
maka begitulah kisah kehidupan yang semakin menakutkan.

12 ulasan:

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr berkata...

ya kehidupan semakin menakutkan..

dan manusia yg membuatkan kehidupan seperti satu yg menakutkan

~Insan Biasa~ berkata...

setiap yang baik itu datangnya dari Allah....dan setiap yang kurang sempurna itu adalah dari manusia sendiri...

dunia hari ini begitulah...
semakin menakutkan...

MaizaC'Joe berkata...

Salam Jinggo

risau memang menakutkan, begitulah akan terjadi jika terus di abaikan. masing-masing ke kiri kanan haluan. Semuanya salah manusia.. salah diri yg tak tahu nak menjaga.Bila kepercayaan sudah tak ada, susah hati mula menimpa diri keluar untuk bekerja mungkin untuk damaikan hati. Tanpa di sedari yg ketiga hadir sbg teman berbicara atau mungkin juga mencari peluang... wallahua'alam.. semuanya berpunca dari diri yg mungkin 'terlalu sibuk' hingga mengabaikan. Terlupa akan tanggungjawab, kasih sayang masing2. Kepada yg terlibat dlm n3 ini... sabarlah.. ada hikmah di sebalik apa yg telah terjadi.. sesungguhnya manusia tidak sempurna. Ada sesuatu yg perlu di fikirkan bersama.
sekadar pandangan org yg tak ada pengalaman + kenangan..

zaijb berkata...

walaupun ia semakin menakutkan... namun kehidupan ini perlu di teruskan...
kepercayaan, kejujuran dan tanggungjawab....
adalah perkara terpenting... jika tiada punahlah segala kasih...impian dan harapan...

izzah berkata...

berfikir sebaik2knya..bersedia menghadapi segala kemungkinan...menerima kelamahan dan kelebihan..mungkin itu antara perkara penting sebelum melangkah ke alam baru..setiap pembaharuan perlu perubahan..jika bujang lain corak hidupnya..bila sudah berkahwin,lain pula tanggungjawabnya..sepatutnya si macho itu berfikir dan merancang sebaik2nya sebelum mengambil keputusan untuk sehidup semati dengan si cantik..dia perlu berani untuk mengubah dirinya untuk kebaikan rumah tangga mereka..bila masalah dah berakar2..itu yang susah untuk diuraikan..

*hanya pendapat..bukan dari pengalaman...

salam cikgu..harap sihat2 selalu..

:)

- jinggo - berkata...

dan anys
kehidupan tidak setakut mana..
asas kehidupan yang menjadikannya warna yang menakutkan.....

- jinggo - berkata...

setiap yang baik itu datangnya dari Allah....dan setiap yang kurang sempurna itu adalah dari manusia sendiri...

wak anis

saya setuju.

- jinggo - berkata...

maiza
saya kenal baik dengan orang dalam cerita ni
semua diberikan kesabaran dan untuk dia sendiri
jangan tersasar

- jinggo - berkata...

walaupun ia semakin menakutkan... namun kehidupan ini perlu di teruskan...
kepercayaan, kejujuran dan tanggungjawab....

zaijb

dia pun org JB...ha....org dalam N3 tu

Asmnie berkata...

salam cgu...

kehidupan memang semakin menakutkan kerana kita sering leka, lalai dan lupa ....

percaturan hidup yang cukup mencabar perlu diiringi usaha yang gigih untuk melakukan perubahan... kegagalan membuatkan individu itu kuat dan tabah dalam meneruskan kehidupan...

'learn from your mistake is good, learn from others is wisdom....'

fareast berkata...

salam kepada cikgu jinggo,

artikel yang menarik, salam ziarah dari saya.

paiwuban berkata...

baca yg baru sy post..

Eco Kid Adventure on Facebook