Ahad, 17 Januari 2010

tidak ada tajuk............

Sekiranya seseorang anak hidup dengan kritikan
Dia belajar untuk mengutuk.
Sekiranya seseorang anak hidup dengan memuji
Dia belajar untuk menhargai
Sekiranya seorang anak hidup dalam permusuhan
Dia belajar berkelahi
Sekiranya seorang anak hidup dengan toleransi
Dia belajar menjadi sabar
Sekiranya seorang anak hidup dengan cemuhan
Dia belajar untuk jadi pemalu
Sekiranya seorang anak hidup dengan dorongan
Dia mempelajari keyakinan
Sekiranya seorang anak hidup dengan rasa malu
Dia belajar untuk merasa bersalah
Sekiranya seorang anak hidup dengan keizinan
Dia belajar untuk menyukai diri
Sekiranya seorang anak hidup dengan keadilan
Dia belajar menghargai dirinya
Sekiranya seorang anak hidup dengan penerimaan dan persahabatan
Dia belajar untuk mencari kasih sayang di dalam dunia.
DARI JINGGO
Anak2 mudah di pengaruhi.
Bila mereka melihat mentor mereka
DAN BEGITULAH
anak ini satu2 nya yang cukup berbeza.
inilah satu2 nya anak yang copy pemikiran orang yang paling rapat dengan dia.
dan tentunya dia tidak mendapat pandangan yang sempurna mengenai siapa abi nya.
didalam pemikirannya.
KITA KONGSIKAN.
pertemuan.jodoh.cinta dan perkahwinan dan seterusnya
seandainya ada mana2 yang tidak sempurna dihujung.
KITA FIKIRKAN
anak2 membesar dengan apa yang mereka
PERCAYA
DIPERCAYAKAN.

12 ulasan:

annie berkata...

Salam SDR Jinggo,

Berulangkali saya baca n3 ni, mencari2 di mana kedudukkan keempat2 org anak2 saya. Bimbang sungguh klu dlm diri mereka ada nombor 1 & 3, mohon dijauhkanlah...tak sanggup melihat darah daging hidup dlm cemuhan. Nauzubillah.

Zuraini bt Kamarudin berkata...

Pepatah mengatakan...
Bagaimana acuan begitulah kuihnya...
jadi kitalah yg mencorakkan anak2 kita..jgn biarkan no 1 dan no 3 mempengaruhi kehidupan anak2..
kerana bimbang memberi kesan tidak baik pd anak itu sendiri..
apapun jinggo...
abinya ttp seorang yg baik dimata anak2...

- jinggo - berkata...

anie
kita mungkin diajar dari cara yang berbeza dalam melihat dan membesarkan anak2....

cerita kita berbeza.
kita berkongsi dan belajar sesuatu.

- jinggo - berkata...

kak zu
terima kasih kerana pandangan - kita berdoakan yg terbaik untuk masa depan anak2...

TeacherNunu berkata...

insyaALLAH saya baakal bergelar seorang ibu tak lama lagi..sekranga ni saya rasa suspen betul.macam mana sy nak didik anak saya.mampukah saya? saya takut kalau saya tersalah didik.taku kalau sy tak mamapu jadi teladan yg baik..sy harap sy mampu dan dapat mendidik anak2 saya :)

p/s:salam kenalan cikgu jinggo

- jinggo - berkata...

teachernunu

salam kenal.
mendidik anak: diyakini ada seninya seharus kita tahu dan ambil tahu...
sebab seni yang akan memberi warna2pada hari2 seterusnya anak2 tu

ONE ZABA berkata...

anak-anak perhati je tingkah laku mak ayah. lepas tu mereka ikut secara spontan.

Abd Razak berkata...

Salam...

Anak-anak merupakan amanah Allah yang perlu dididik dengan sebaiknya sejak ia kecil lagi supaya apabila besar kelak menjadi anak yang soleh dan sentiasa taat kepada kedua ibubapanya.

Mereka ibarat kain putih dan ibubapa lah yang berperanan mencorak dan melukiskannya dengan warna-warna menarik yang menjadi amalan dan cara hidup Islam.

- jinggo - berkata...

cgu one
macam saya
kalau mak tak 'suka ' ayah..
anak akan join...
alahai...sedih nak kongsikan...

- jinggo - berkata...

Mereka ibarat kain putih dan ibubapa lah yang berperanan mencorak dan melukiskannya dengan warna-warna menarik yang menjadi amalan dan cara hidup Islam.

en razak

terima kasih.

~Insan Biasa~ berkata...

anak2 membesar dengan apa yang mereka PERCAYA dan DIPERCAYAKAN...dan seterusnya bakal DIPERKUKUHKAN dengan pengalaman.

zai berkata...

Risau kak zai memikirkan keadaan dan persekitaran dizaman ini yang berbeza dgn zaman kita dahulu...Zaman sekarang semuanya terdedah dgn begitu ketara..bahan2 porno dan cerita dan gambar2 lucah boleh didapati dengan mudahnya diinternet..

Apapun sebagai ibubapa kita harus berikan didikan agama yang mantap kepada anak2 agar mereka tidak cepat lupa diri dan panik apabila berdepan situasi spt itu..

Eco Kid Adventure on Facebook