Jumaat, 15 Januari 2010

soal hati - susah !

gambar ini tidak ada kena mengena dengan N3 ini
Hukum Alam menyatakan semua makhluk berubah
yang tidak berubah hanya Allah s.w.t.
YANG TIDAK BERUBAH HANYALAH PERUBAHAN
Ada 2 bentuk perubahan
kearah lebih baik dan sebaliknya.
Orang Berjaya berubah dengan pilihan yakni dengan memilih untuk berubah.
tidak berubah atas faktor paksaaan.
DIMANA HENDAK MULAKAN
Perubahan harus bermula dari dalam diri sendiri.
3 faktor besar yang menentukan bagaimana perubahan itu berlaku.
AKAL.HATI DAN NAFSU.
ini akan membentuk sistem nilai.keyakinan.paragdigma.tindaklaku dan sikap seseorang.
RAJA.BENDAHARA DAN PENJAHAT DALAM DIRI.
Hati – raja pada segalanya dalam diri kita.
Akal – bendahara kepada raja
semua ‘ nasihat ‘ datang daripadanya.
akallah yang member input.untuk mendapat hati yang baik –
akal mesti baik.
Nafsu – nafsu secara tabii adalah jahat.
nafsu jika tidak dikawal akan mempengaruhi hati dan akal.
bolehkan nafsu di hilangkan !
nafsu amat penting : ini cabaran buat kita untuk mendidik ,melatih dan menguruskan hati.
menurut iman al- ghazali
nafsu umpama nafsu sebagai kuda liar – jika mampu dijinakkan , ia akan menjadi kuda tunggangan yang baik.
DAN LAGI
HATI – pemandu
AKAL – konduktor
NAFSU – penumpang
DAN LAGI2
Untuk mengubah semuanya mesti melalui melalui tiga proses.
AKAL
mestilah diproses agar tahu.
untuk tahu akan perlukan ilmu.
ilmu tidak akan menjadi apa – keharusannya ditanam dalam akal.
HATI
ilmu sahaja tidak mencukupi sebagai agen perubahan seandainya tidak diiringiri dengan ‘ kemahuan ‘
faktor kemahuan lebih kuat dari pengatahuan @ ilmu.
untuk itu hati harus dididik dengan keyakinan agar mahu berubah.
untuk mahu hati diberi input keyakinan.
Setelah TAHU dan MAHU – nafsu perlu dilatih dan dibiasakan dengan rutin perubahan – keharusan hati dididik agar mampu melaksana perubahan.
HARI INI
DARI JINGGO
semua orang bercakap soal perubahan
tapi hari ini.
orang yang bercakap soal moral
DIALAH TIDAK BERMORAL
orang bercakap soal rasuah
DIA LAH PERASUAH
orang bercakap soal keadilan
DIALAH PERAKUS KEADILAN
orang bercakap pasal kehidupan beragama
DIALAH MERUBAH SISTEM.
dan kita
BERCAKAP SOAL PERUBAHAN.
mungkin sekadar cakap2.
ini soal hati.

12 ulasan:

Mak Su berkata...

jinggo, ada orang penah kata, hati bagaikan raja di dalam tubuh yang perlukan bendahara (akal) untuk membimbingnya... betul kah?

Che' Pit berkata...

soalnya hati
sukar dimengerti
semua terjadi
di luar kawalan diri..

lalalalala nak kul 5 dah, nak balik..

ONE ZABA berkata...

hati-hati menjaga hati.... jangan sampai makan hati!!!

blueCITY berkata...

soal hati...

kita boleh jadi kawan
kita boleh juga jadi lawan

kenyataan:
manusia memeng berubah2

annie berkata...

Assalamualaikum, sorry, saya menyimpang dari tajuk, nampak gaya nya pada hemat saya yg tak cerdik ni, ada insan biul cuba mencemarkan blog sdr Jinggo.. Bertindak segera sebelum PARAH!!!

Ampunnnn, bukan tunjuk pandai.

- jinggo - berkata...

mak su

itu yang yang dibaca
itu yg saya salinkan disini....

- jinggo - berkata...

ngeh...

didikan yang paling susah
adalah persoalan hati...
sebab cuba kita berapa pepatah kita menyebut hati
susah hati
sakit hati
makan hati.....

- jinggo - berkata...

cgu one

saya dah lama tak makan hati

- jinggo - berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
- jinggo - berkata...

blue city

kerana kita ada hati
macama boleh jadi....

- jinggo - berkata...

anie

kenapa.
saya buat salah apa.
pada sapa.
kalau tulisan saya menguris hati sapa2 - saya minta maaf.
saya menulis berdasarkan keinginan untuk berkongsi......

~Insan Biasa~ berkata...

apabila menyentuh soal hati - memang susah sebab akan melibatkan pelbagai jenis emosi...

Eco Kid Adventure on Facebook