Selasa, 26 Januari 2010

saya dah praktikkan......

Potensi diri begitu unik sebenarnya. Ramai yang menyatakan potensi sebagai nasib atau tuah yang berlaku di luar kawalan individu. Sebenarnya potensi boleh dikesan,
dipupuk seterusnya digilap untuk
menghasilkan kejayaan yang cemerlang.
Melalui kekuatan dan kelemahan yang kita ketahui memudahkan kita membuat perancangan. Sebarang kesilapan perlu diperbaiki dan kekuatan wajar dikekalkan.
Individu yang gagal berkemungkinan
tidak kenal dirinya sendiri.
Sebaliknya, mereka yang terus mencipta kejayaan demi
kejayaan faham dan tahu tentang kehendak diri .
Ketua Pegawai Eksekutif Richworks Resources Sdn. Bhd., Dr. Azizan Osman berkata, setiap individu perlu mengenalpasti potensi diri dan mencari kekuatan serta
mengetengahnya secara positif.
Tidak dinafikan manusia memiliki sifat-sifat negatif, namun ia boleh dikurangkan. Apa yang penting ialah kita perlu mendalami diri sendiri, cuba melakukan terbaik dan
seterusnya menerima diri seadanya.
Lafazkan kata-kata seronok
Sementara itu, seseorang itu perlu sentiasa melafazkan kata-kata seronok bagi
memberi lonjakan semangat kepada diri, keluarga atau rakan.
''Mulakan melafazkan kata-kata seronok atau puji-pujian kepada pasangan atau anak-anak. Insya-Allah apabila sifat-sifat positif itu telah tertanam di dalam minda, maka kejayaan akan menyusul kemudian dan seterusnya kekayaan,'' ujarnya.

Menurut Dr. Azizan, kata-kata pujian atau seronok memang agak susah untuk diterima. Bagaimanapun, kita harus memulakannya kerana inilah sebenarnya kunci kepada menaikkan semangat kita dalam mencapai kejayaan dan matlamat yang diimpikan.
''Selalunya, saya akan menasihatkan pasangan suami isteri untuk menulis kata-kata seronok atau impian mereka. Contohnya suami buat kenyataan; saya kacak, saya kaya, saya berjaya. Buat dalam lima hingga 10 kenyataan.
Isteri juga buat seperti; saya cantik, saya kurus, saya berjaya.
''Lepas tu tukar kenyataan-kenyataan itu. Suruh suami baring dan usap kepala dan baca kenyataan yang suami buat. Suami juga lakukan untuk isteri.
Seeloknya buat sebelum tidur selama 21 hari.
Lakukan selama 21 hari
''Kenapa 21 hari kerana kitaran lengkap sel di dalam minda lengkap selama 21 hari. Setiap sel ada ingatan kepada apa yang selalu diperkatakan atau diprogramkan. Sekiranya dilakukan selalu, insya-Allah apa yang dihajati akan menjadi realiti dan
hubungan suami isteri lebih rapat, kurang bergaduh dan lebih memahami,''
contoh, jika anak susah hendak mendengar cakap atau susah hendak belajar, dinasihatkan semasa anak itu tidur, usap kepalanya lalu katakan seperti dia anak yang baik, dengar cakap ibu,
dia anak yang pandai dan kata-kata positif yang lain.
''Ramai ibu bapa silap jika anaknya nakal, dia cakap jangan nakal, psikologi itu tidak betul.
Cara yang betul ialah kamu anak yang baik, kamu ini anak yang dengar cakap.
''Kenyataan positif ini penting sebab minda ini mempunyai berjuta-juta sel yang mengeluarkan bahan kimia yang dipanggil serotonin. Bila kita menyatakan perkataan yang gembira, serotonin ini akan mengeluarkan sel-sel yang padu yang boleh menerima kenyataanbagi disimpan di dalam minda. Waktu tidur dipilih kerana pada masa inilah alpha brain wave berada pada tahap tenang dan maksimum. Bila buat seterusnya selama 21 hari, anda akan lihat perubahannya.
''Jika tidak gembira, minda akan mengeluarkan ceretin. Bila keluar ceretin negatif, dia menarik situasi negatif. Sebagai contoh, bangun pagi dah terlambat, kelam kabut, pergi pula gosok baju, bocor pula, ada sahaja yang tidak kena sepanjang hari. Ini kerana bangun pagi pada frekuensi alpha, minda kita sudah negatif lalu akan menarik lebih banyak perbuatan menjadi huru hara.
Bodoh, nakal jangan disebut
Pemegang Ijazah Doktor Falsafah Sains Metafizik Gordon University, Florida, Amerika Syarikat ini turut menegaskan, kesan sekiranya disebut 'bodoh', 'nakal' berulangkali kepada isteri atau anak-anak turut akan tertanam di dalam minda mereka. Akhirnya mereka mengakui sendiri bahawanya mereka sememangnya bodoh dan nakal.
DARI JINGGO
terus terang sahajalah
saya bukan terkelompok diantaran pelajar yang menyenangkan sekolah dulu
MUNGKIN PERSEKITARAN NAK JADI HERO.
kena tangkap hisap rokok dalam tandas
lari balik asrama.
tak puasa : makan meegie dalam loker.
panjat pagar asrama
' skodeng ' asrama perempuan.
SEMUA MENJADI TIDAK SEMPURNA.
mana ada ' awek ' yang nak berkawan
dengan orang yang namanya selalu disebut diperhimpunan.
TAPI KAMI HERO.
tapi dimana berubahan berlaku.
DIRI SENDIRI VC POTENSI DIRI
berubah berlaku dan berlaku dan terus berlaku.
dan terus berlaku.dan terus berlaku.
SEMUA DARI DALAM
kekuatan dalam berdasarkan kajian yang terlalu detail
berdasarkan persoalan
jinggo - lahir 13.March.
1+3 adalah 4.
kekuatan March - Pisces
kekuatan anak ke2.
dan kajian berdasarkan pembacaan yang detail.
AKHIRNYA SAYA YAKIN
berubah ada seni nya
SENI INI HARUS DIKUASAI.
mari kita kongsikan bagaimana.
saya menampal gambar bandar Perth.
dan akhirnya 6 tahun selepas itu.
saya menjadi sebahagian dari bandari itu.
DAN APA YANG BERLAKU HARI INI
semua berdasarkan apa yang saya percaya
kekuatan dari potensi diri.

17 ulasan:

ONE ZABA berkata...

itu zaman dulu, wak jinggo.

sekarang ni cuba pergi berjalan-jalan ke sekolah.

awek punyala cun...tapi boyprennya punya pakej lengkap dalam masalah disiplin. nak kata tampan tu pun tidak juga.

apa agak nya daya tarikan boypren tu.

mungkin glamor kut....

yangbaik berkata...

praktikal juga... suka
apa yang orang kata?
andai dia tak betul biarkan saja
andai kita yang salah... ikutlah yang betul.. kan?

- jinggo - berkata...

cguone
awek sekarang nak cari boifren yang ganas dalam serba serbi..
senang.
ha...
betul tak.
dulu tak kut...
ha....

- jinggo - berkata...

yang baik...
yang yg terbaik dari perkongsian ni kita jadikan ilmu.
saya dah praktis kan
menjadi

~Insan Biasa~ berkata...

ha..nak buat disiplin kena ade...semangat kena kuat...

DUN Behrang 2020 berkata...

Percayakan kekuatan potensi diri sgt perlu tapi kena 'hormatkan' persekitaran supaya kita juga dihormati dan disenangi...

Kunang-Kunang berkata...

Dalam mendidik anak dari waktu mereka sudah pandai dan faham berkata saya sudah tanam dalam jiwa dan pemikiran anak saya supaya jangan sebut perkataan "bodoh" dalam rumah ni dan pada siapa saja. Itu perkataan tidak baik.

Alhamdulillah paling tidak dihadapan saya (belakang Wallahuw'lam) saya tidak pernah mendengar mereka menyebut perkataan itu sehingga sekarang. Masa dia orang kecik2 kalau ada yang sebut perkataan tu didepan dia orang, mereka akan beritahu "jangan sebut 'bodoh' tak baik".

Kalau anak saya terlupa sesuatu, saya takkan kata "eeh pelupa betul" tapi saya akan kata "ingat betul2".

zai berkata...

nak kena kerap2 memujilah selepas ni dan gosok2 dan usap2 kepala anak dan bapaknya selalu..hehehe..mana tahu nanti berpotensi jadi Pak Menteri satu hari nanti..

Kak Zai lahir 1 Jun macammana tu ?? ada apa keistimewaan apa2 tak ?? hehehe..wahai nujum pak belalang..tolongla bagitau sat !!

- jinggo - berkata...

cgu anis
setelah tahu potensi
bergerak atas kapasiti tersebt
yang penting
komitmen dan dsiplin kena ikut serta...

- jinggo - berkata...

DUN..
kerana matlamat tidak menghalalkan semua cara kan............

- jinggo - berkata...

kak hanim
anak2 akan install apa jua perkataan - yg memberi sentapan pada emosi mereka - kalau baik - baiklah dihujungnya..

sebab tu kena hati2...

- jinggo - berkata...

kak zai
no1
dikaitkan dengan kepimpinan - dihadapan.
sukar untuk dikalah dalam apa juga bentuk tindakan.
fahamkan.
nak cerita selanjut.
kita YM nanti...
ha..
hebat

blueCITY berkata...

ada bau2 nasi minyak la kat sini
heeeeee

- jinggo - berkata...

blue
saya baru makan nasi minyak..ha........

zan-xray berkata...

puji2 nasihat masa budak tu kecil dan dengar kata senang..
yang keras kepala tu ikut nasib la kot.
apa apa pun lebih baik mencuba dari tiada berbuat apa-apa.

Syd berkata...

saya baik hati
saya cantik dam menarik
saya berjaya dalam apa saja bidang yang saya mahu
saya akan pasti berjaya dalam dunia dua
saya sayang awak

winkwink

"pagi ini saya akan dpt bangun awal dan dapat train dan dpt tempat duduk..." hehehe.. mantra baru setiap kali tidur sejak naik komuter

日月神教-任我行 berkata...

成人遊戲,免費成人影片,成人光碟,情色遊戲,情色a片,情色網,性愛自拍,美女寫真,亂倫,戀愛ING,免費視訊聊天,視訊聊天,成人短片,美女交友,美女遊戲,18禁,三級片,美女,成人圖片區,avdvd,色情遊戲,情色貼圖,女優,偷拍,情色視訊,愛情小說,85cc成人片,成人貼圖站,成人論壇,080聊天室,080苗栗人聊天室,免費a片,視訊美女,視訊做愛,免費視訊,伊莉討論區,sogo論壇,台灣論壇,plus論壇,維克斯論壇,情色論壇,性感影片,正妹,走光,色遊戲,情色自拍,kk俱樂部,好玩遊戲,免費遊戲,貼圖區,好玩遊戲區,中部人聊天室,情色視訊聊天室,聊天室ut,自拍,後宮電影院,85cc,免費影片,a片

Eco Kid Adventure on Facebook