Khamis, 21 Januari 2010

dari kisah demi kisah

dari satu persatu kisah
YANG DATANG
dan dibaca.
BEGINI.
berkenalan.berkasih.berkahwin.
DAN SELEPAS ITU ADALAH SATU PERSOALAN
PENCERAIAN @ PERPISAHAN
mungkin tidak dimasukkan dalam agenda
dalam mana2 perhubungan
ada yang merancang untuk bercerai
ada yang datang secara tidak di ' undang '
UNTUK MEMULAKAN SATU CERITA BARU
BUKAN MUDAH.
persoalan lagi
SETELAH SUDAH ADA SATU CERITA
tidak mustahil ada dua tiga cerita yang sama
PENCERAIAN.
puan z bercerai dah kahwin lagi dan bercerai lagi
puan x bercerai dan kahwin dan kahwin dan kahwin dan kahwin.cerai.
puan v edah belum habis sudah nak kahwin
puan y dan beberapa yang lain cerita nya sama.
dan beberapa tuan - yang begitu.
KENAPA CEPAT NAK MEMULAKAN CERITA BARU.
persoalannya kenapa.
faktornya adalah
SUNYI.
kesunyian tidak semestinya menyendiri.
kita mungkin sunyi kerana
bersendirian tetapi enggan berkeadaan begitu
terasa hilang hubungan yang sebelum ini anda miliki
menghadapi perubahan hidup baru
merasa tidak ada sesiapa untuk mengadu , berkongsi.
terasa diri tidak diterima orang lain.
SEORANG AHLI FALSAFAH MENYATAKAN
perkara yang paling teruk di dunia ialah hidup sendirian.
menurut psikologis
kita merasa sunyi apabila merasa diri tidak disayangi
KESUNYIAN MENCERMINKAN
KEINGINAN KITA UNTUK
DIPUNYAI DAN DIKENALI
DARI JINGGO
menjadi orang yang yang kesunyian
AMAT MENAKUTKAN
dalam konteks hubungan sosial
cepat2 kesunyian mahu di' tutup ' berasaskan apa yang hilang.
INI ADALAH PUNCANYA.
HILANG PERKAHWINAN
ganti dengan perkahwinan lain.
ASAS NYA ADALAH UNTUK ' MENUTUP '.
sebab tidak ada salah dimana menjadi orang yang sunyi.
kita yang memberi MAKNA dalam semua kehidupan.
kita membuat tafsiran.
jangan TUTUP kesunyian dengan apa yang HILANG
berasaskan fakta yang tidak jelas.
CARI KESIBUKAN LAIN.
cuba skill ini dari buku Kekuatan Emosi
kenalpasti perasaan anda dan luahkan
menulis di blog.diari.berbual umpamananya
jangan salahkan diri sendiri.
kesunyian bukan hasil dari kelemahan diri sendiri
kesunyian adalah perkara yang boleh diubah
menjalinkan persahabatan.
MAJUKAN DIRI.
secara peribadi saya jumpa ramai
orang yang sunyi kehilangan
menjadi orang yang amat berjaya.

18 ulasan:

Kunang-Kunang berkata...

Dulu ketika membuat keputusan untuk bersara saya impikan ketenangan yang saya cari akan saya temui di rumah.

Bila dah bersara saya rasa bukan ketenangan yang saya dapat tapi kesunyian. Jadi ni tak mudah menyesuaikan corak kehidupan dari yang kita lalui bertahun2 dengan suasana kehidupan yang baru.
Saya rasa kehidupan saya tertutup dari dunia luar.

Saya masih berusaha menyesuaikan diri dengan keadaan yang ada.

zai berkata...

Hidup saya belum pernah rasa kesunyian lagi..mungkin juga kerana faktor kerjaya dan rumahtangga yang sentiasa menjadikan diri ini sentiasa sibuk..

tak dapat bayangkan tiba2 kita yang sering dikelilingi suami, anak2, keluarga dan rakan2 tiba-tiba tinggal bersendirian dan kesunyian..mungkin ia tetap akan terjadi satu hari nanti bila dah tua kot agaknya..tapi mampukah ??? Rasanya tak sanggup utk hidup bersendirian dan kesunyian..

ONE ZABA berkata...

kalau anak dan isteri balik kampung...kita tinggal sorang-sorang kat rumah pun rasa nak gila sunyinya.

- jinggo - berkata...

kak hanim
saya sunyi
untuk itu cari benda baru
yang lain...........
hari ini sibuk dengan dunia baru..ha....

- jinggo - berkata...

kak zai
menjadi orang yg sunyi bukan mudah nak lalui kepada orang yg pernah ada aktiviti bising2....

faktornya kehilangan.
sujektif tu..
mari kita fikirkan

- jinggo - berkata...

cguone

kalau sunyi buat apa...
ha....

Ruby berkata...

salam cgu

setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya...

kadang2 kita perlu orang lain untuk menyedarkan kita dari terus lena...

wpun sakit dengan situasi semasa tapi itu bukan alasan untuk kita tidak melangkah ke depan...

bersyukur merasai pelbagai situasi yang tidak dirasai oleh semua orang...

~Insan Biasa~ berkata...

kita buat seperti kata2 ini :
"buatlah minuman yang sedap dari limau nipis yang masam"

"akan ada khabar gembira kepada malam hari bhw fajar pasti datang menghalaunya dari puncak gunung dan dasar2 lembah. kepada yang dilanda kesusahan ingatlah bhw bantuan akan dtg secepat kilat dan kerdipan mata,kepada yangditindas ketahuilah bhw kelembutan dan dakapan hangat akan segera tiba."

"ketika melihat hamparan padang pasir yg seolah2 memanjang tanpa batas, ketahuilah disebalik kejauhan itu terdapat kebun yg rimbun penuh hijau dedaunan."

"setiap tangisan akan berkesudahan dengan senyuman,ketakutan berakhir dengan rasa aman dan kegelisahan akan lenyap dengan kedamaian."

yang pentingnya , belajarlah untuk sabar kerana ada ganjaran yang dijanjikan kepada mereka yang bersabar.

arryani berkata...

Saya bg 5 bintang tuk N3 ini..

Saya tak tau kenapa..

tapi..5/5 bintang sudah cukup untuk menyatakan yg N3 ini amat melapangkan dada..

- jinggo - berkata...

ruby
asas menutup kesunyian kena kuat.
dalam konteks diatas.
terutamnya yang menghadapi keruntuhan...
faktor kenapa ditutup dengan faktor yang sama...

ada jalan lain kan

- jinggo - berkata...

wak anis

aduhai - mencurah perasaan ke...
saya baca dan faham keseluruhannya.....
baca buku yang saya bagi tu

dalam bab sunyi.

- jinggo - berkata...

puan arryani
sunyi ke
sekali aku tidak deritai sudah kira ok...
rasanya dari blog - puan sibuk mencari ruang2...betul tak

zaijb berkata...

sesekali sunyi itu menyeronokkan... tapi jika ia berlarutan perasaan akan berubah bermacam2....

semalam kena tinggal umah sorang2... dah rasa tak sedap hati bukan nye lama 3 jam jeee...

telinga rasa macam berdesing kerana sunyi... nasib baik kucing2 buat peneman...

kekadang baru buat kita sedar... seronok kalau ada kebisingan dan ada orang di rumah....

mmm... saya tak suka ditinggalkan...huhu...

Syd berkata...

ada orang kata.. saya gila.. over..

tapi ini jadual saya...

isnin- jumaat di tempat kerja
sabtu- berkerja pagi sekejap ptg sekejap dan malam sekejap
ahad - pagi 8 kelas alquran
945 kelas alquran satu lagi
malam keje sekejap

saya bahagia.. kerna berjaya mengisi kesunyian dengan perkara yang berfaedah utk dua dunia..

semoga yang menerima saya, bakal memberi lagi byk ruang utk saya berjaya di dua dunia.. kongsikan bersama..

bila saya rehat?..kihkihkih.. waktu berfacebook.. h

setiakasih berkata...

aku suka posting ini...
TQ.

- jinggo - berkata...

zaijb
saya tak boleh sunyi
sebab tu on9 ' memanjang '....

aku ada kerana kau ada....

- jinggo - berkata...

syaidah

ada rehat
jangan tak rehat
ada masa kita kena bersunyian....

- jinggo - berkata...

stiakasih

terima kasih kerana penghargaaan.....

Eco Kid Adventure on Facebook