Isnin, 30 November 2009

tangan yang memberi


MEREKA YANG MENERIMA
memperolehi sedikit
MEREKA YANG MEMBERI
memperolehi banyak
itu kata seorang ahli falsafah cina LaoTzu
APAKAH ERTI MEMBERI
dalam konteks hubungan sosial
memberi dilihat sebagai satu hubungan yang mampu
meningkatkan kasih sayang.
seorang ahli sufi menyatakan
KITA MEMPEROLEH KEHIDUPAN DENGAN APA
YANG KITA DAPAT.
KITA MENIKMATI KEHIDUPAN
DENGAN APA YANG KITA BERI.
memberi akan membuka laluan kepada orang lain menerima
DAN LAGI
ahli teologi terkemuka dalam buku hebatnya
Albert Schweitzer.
kita perlu membuat sesuatu untuk orang lain pada
setiap hari dimana kita
tidak dibayar untuknya.
Itu memang berbaloi di cuba - tiada
orang yang jatuh miskin dengan
memberi sesuatu pada orang lain.
TAPI INGAT
kita tidak akan dikatakan memberi
KALAU
kita memberi barang2 yang tidak bermakna pada diri
kita masih mengingati ( mengunkit ) hadiah yang diberi.
mengingatkan orang yang kita pernah memberi - kita harapkan sesuatu.
DARI JINGGO
dalam perjalanan sebagai seorang ' pemberi '.
mungkin itu yang boleh saya katakan berdasarkan ' pulangan ' yang saya terima
tidak seperti ' orang2 yang sekerjaya ' dengan saya.
APA YANG SAYA BELAJAR
melalui proses ini saya melihat.
hidup ini macam gema.
kita memberi dan kita menerima.
PERCAYALAH.
ada kalanya kita rugi disini
ada kalanya kita untung disana.
untuk itu kepada rakan2.
MARI LAH KITA MEMBERI
apa yang kita suka dan senang.
kerana yakinlah itu nikmatNya dan dipinjamkan pada kita.

21 ulasan:

ONE ZABA berkata...

wah, itu bukan tangan yang memberi. tangan yang menolak namanya tu. bebudak tu mesti rasa seronok dapat ramai-ramai menolak kereta. mesti ada satu kepuasan dalam diri mereka.

ZOOL@TOD berkata...

Nak beri biar ikhlas. Ada orang nak menderma ribuan ringgit tetapi dengan syarat mesti ada liputan media.

Ikhlas ke?

Che' Pit berkata...

kalau x silap lagu herman tino kot

"tangan kanan memberi, sorokkan tangan kiri"

hmm betul lah kan sbb kalau beri tangan kanan, tangan kanan tu gak yg sorok, hmm mcm ne nak beri.. takkan guna kaki lak kot..

Tirana berkata...

Kita mesti ada sesuatu untuk diberikan kepada orang lain. 'Sesuatu' itu tidak semestinya wang ringgit dan kekayaan semata-mata. Malah senyuman yang diberikan secara ikhlas pun boleh dianggap sebagai 'pemberian'

Unknown berkata...

cguone
kereta tu tersadai.
lalulah si budak2 ni..
seronoknya diaorang dapat tolong dan..........puas kut.

Unknown berkata...

enzool
itu yang berlaku hari ini.
nak sumbang sesuatu
mesti ada SINAR...he..
satu lagi sumbangan kerajaan.......

Unknown berkata...

chepit

sebagai pendidik
percayalah kita memberi.
kalau kita menerima kembali - itu gift - apa yg mahu dikongsikan...
keihlasan

Unknown berkata...

dan puan tirana
sesuatu yang kita sayang..
dan saya yakin pada pandangan tu..

Che' Pit berkata...

hehe betul tu.. sikit hari lagi penuh lah bilik ni dengan hadiah2 yg diorg bagi.. kita x pernah minta, tapi org bagi takkan nak tolak.. selagi x de unsur rasuh sudah lah, haha..

yg plg best 2 kali dpt towel kaler pink, huwaaaaaaaaa.. jambu tul

Kamsiah yusoff berkata...

kalau 'memberi'...biarlah seikhlas hati..jgn mengharap puji diberi...jgn terasa hati..jika jasa kita dilupai...

Adinda Amy Sensei berkata...

memberi dan menerima..
satu amalan yang mulia..

MaizaC'Joe berkata...

Salam Jinggo

memberi dengan keikhlasan pasti tenang puas hati.. seronok buat orang gembira, walau tak menerima nikmatnya serta merta tapi.. pasti ada.. seronok beri senyuman, mengambil berat sesama.. semua itu berharga.. hati pun akan senang gembira ja.. mudah-mudahan...

-maiza-

Abd Razak berkata...

Salam...

Allah SWT menjelaskan bahawa hendaklah sedekah (pemberian) itu adalah daripada harta kita yang terbaik atau usaha kita yang terbaik dan bukannya daripada harta atau usaha kita yang buruk-buruk di mana seandainya kita sendiri yang menjadi penerima, sebelah mata pun kita tak ingin memandangnya apatah lagi menerimanya.

Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbukan tujuh bulir; pada tiap-tiap bulir; seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (karunianya) lagi Maha mengatahui.

zaijb berkata...

salam,

Nak membantu tak semesti nya di taburkan wang ringgit..
tapi kata2 semangat pun dah cukup memberi satu kekuatan, kepercayaan dan keyakinan pada diri seseorg itu.

so bantulah ape yg termampu....

Unknown berkata...

en ngeh...
hidup macam main boomerang..
kita memberi dan menerima.....

Unknown berkata...

puan kamsiah

saya percaya kedua2nya ada penyumbang.
satu memberi
satunya pengambil.
satu bercakap soal keiklhlasan
satunya bercakap - apa aku akan dapat..

Unknown berkata...

cik amy

saya akan terus memberi...sedayanya

Unknown berkata...

maiza
percayalah
sampai bila...
hidup macam main boomerang - kita menerima apa yang kita beri.....

Unknown berkata...

enrazak
terima kasih
kerana mengukuhkan kefahaman saya dengan pandangan yang begini..
saya saya semakin yakin dengan pandangan ni

Unknown berkata...

zaijb
saya apa2 yang boleh saya bantu............he...

Madam Norfiza berkata...

sy berprinsip bahawa memberi pertolongan pasti akan ada balasan namun biarlah dipanjangkan balasan itu kepada orang lain kerana apabila kita saling memberi nikmat yg dirasai adalah kepada ramai orang..dgn erti kata mudah..aku tolong kau..dan kau tolong orang lain sebagai balasan...akhirnya kita saling memberi dan menerima...

Eco Kid Adventure on Facebook