Ahad, 1 November 2009

bosan hari ini...

Menguap.bermain dengan jari - jemari.
melihat jam - lambatnya bergerak.
ITULAH CIRI2 ORANG YANG BOSAN.
keluhan yang biasanya kita dengar
bagaimana saya tak bosan - asyik melakukan perkara yang sama setiap hari.
KITA BOSAN
persahabatan yang hampar
perkahwinan yang tidak ditingkatkan motivasinya
melakukan kerja yang sama berulang2.
DIKATAKAN
mereka yang menguarakan kebosanan juga mungkin menyembunyikan
keinginan dalam diri untuk mencuba sesuatu yang baru.
ADA TEORI
tiga alasan kenapa orang bosan
pertama
tidak melakukan sesuatu yang menarik dan mencabar
kedua
terlalu banyak kerja yang datang berurutan.
ketiga
kerja yang mencabar sekalipun : apabila perlu mengambil keputusan -
boleh membosankan jika kita tidak memikirkan kerja itu sebagai yang wajar
AKHIRNYA KELUARLAH
saya bukan puncanya
saya sebenarnya mangsa
DARI JINGGO
penyelesaian untuk diri sendiri
selesaikan begini
pertama
bagaimana menceriakan hidup dengan sentiasa mencuba perkara baru
kedua
cari jalan untuk menyelesaikan kebosanan - cari punca.
KEBOSANAN SECARA PERLAHAN2 AKAN MENUTUP MINDA KITA
IANYA MERUPAKAN PERINGKAT AWAL TEKANAN.
penawar kebosanan ialah sifat ingin tahu.

20 ulasan:

Tirana berkata...

Jika kita ada matlamat dan wawasan yang hendak kita capai tentu kita tak bosan. Saya tak sempat merasa bosan pun kerana hari-hari saya sentiasa penuh dengan aktiviti..paling kurang pun aktiviti membaca dan menulis memang menghalang saya dari merasa bosan..

arryani berkata...

apa kata tmbh aktiviti..

samaada luar atau dalam rumah...

p/s saya slalu elak "bosan" dari mengintai saya..

ONE ZABA berkata...

kebosanan dan kedinginan buatku berkelubung dalam selimut....

catz_mafia berkata...

Cikgu Jinggo,
Kena tambah aktiviti lagi tu.. tak bleh mengadap dunia maya ni je.. lalalala..

sonata anak kancil berkata...

Dah biasa sibuk dengan aktiviti - hujung minggu ni rehat la En Jinggo....lepas tu dah tak bosan bila sibuk semula....saya sentiasa sibuk ! tak la bosan...macam2 yg dibuat.

- jinggo - berkata...

puan tirana

biasa hujung minggu saya sibuk kut
ahad - ni saya free
kem habis awal.
betul juga tu saya kena buat aktiviti baru....

- jinggo - berkata...

aryani

aktiviti baru - seperti apa agakya..
berkebun mungkin
dah selesai...
penat - ada juga akviti tidur....

- jinggo - berkata...

cgu one

macam nak layan cerita tamil kat TV2...hero boleh tahan gangster.....

- jinggo - berkata...

cgu zana

betul tu
mengadap alam maya ni
sesekali ok kut
kalau jadi ' urutan ' bosan...

- jinggo - berkata...

cgu sonata

biasanya ibu2 mana pernah bosan....kalau tak ada kerja.
mesti ada kerja
kerja marah anak2 - tak basuh kasut....ha....

Tirana berkata...

Jinggo, bosan atau tidak, semuanya dalam fikiran kita. Jika kita fikir bosan, maka bosanlah kita.. Kita yang memilih untuk merasa bosan atau sebaliknya.

Che' Pit berkata...

ada tv, ada internet, x le bosan.. main game kat fb, buka blog, chat ym..
uiks dah ptg? ngeh ngeh ngeh.. x le bosan sgt pun

mountdweller berkata...

Salam sdr. Jinggo

Saya sukakan cabaran oleh itu saya memang minat menyelesaikan kerja-kerja yang mencabar untuk kepuasan setelah berjaya.

Hari-hari kerja saya mempunyai plan dan check-list. Biasanya schedule ini saya buat sebaik sahaja saya akan meninggalkan pejabat setiap petang. Jadi esoknya tidaklah terpinga-pinga nak pegang yang mana satu.

Hasilnya semasa di rumah dengan keluarga akal kita releks dan mood kita ceria. membahagiakan keluarga dengan gurau dan jenaka dan sebagainya.

- jinggo - berkata...

puan tirana

saya yakin semua berpusat kepada apa yg kita fikirkan...
terima kasih kerana pandangan..

- jinggo - berkata...

ngeh...ngeh..
bosan sebab kem habis awal..
biasanya hari ahad meriah..
nak layan TV..
ok lah
nak layan internet....
pastinya
sekarang dah tak bosan..

- jinggo - berkata...

tuan
mengikut buku yang dirujuk..
bersedia dengan aktiviti baru dan mencabar - adalah salah satu dari penyelesaiannya.

terima kasih tuan kerapa pandangan yg tepat.

farnaz berkata...

kalau bosan sebab study camne lak?
sampai x larat dh nak tengok perkataan2 kat notes tu. huhuu..

- jinggo - berkata...

kalau bosan study..
dikatakan dikaitkan - dengan pilihan..
kita tidak memilih untuk study
kita MESTI study...
MESTI adalah perkara yg kita buat tetapi tidak memilih untuk lakukan.....

untuk itu - mari kita memilih...

maiyah berkata...

sy dan bosan macam teman setia plak.. tak bleh nak elak tapi sy dah set dlm kepala ni supaya dpt terima dan ada cara sendiri tuk mengelak dari jadi tensen :)

- jinggo - berkata...

puan maiyah
sebagaimana yg dikongsikan oleh puan tirana.
kita kawal semua sekali....
dalam minda..
tapi kadang2 kita lupa..

Eco Kid Adventure on Facebook