Khamis, 5 November 2009

ada idea tak...

MINGGU peperiksaan sudah berakhir. Buku-buku teks pinjaman juga telah dipulangkan. Inilah waktunya pelajar-pelajar 'berbulan madu' menunggu saat-saat akhir cuti persekolahan penggal yang akan tiba dua minggu lagi.
Jika di rumah, selain menonton televisyen, aktiviti yang paling popular ialah permainan komputer dan melayari Internet.
Penggunaan Internet yang keterlaluan telah menjadi satu masalah yang perlu dipandang serius oleh semua pihak terutama ibu bapa bukan sahaja di negara ini malah menjadi masalah sejagat.
Kanak-kanak dilihat sebagai paling terdedah apabila melayari web dan mudah menjadi mangsa gangguan dan pengintipan. Terdapat pelbagai sumber yang boleh didapati di dalam talian yang memberi tumpuan terhadap isu ini dan perkara lebih penting ialah pendekatan proaktif yang diambil oleh semua pihak untuk mendidik kanak-kanak.
Pakar Psikiatri Universiti Sains dan Kesihatan Oregon, di Portland, Amerika Syarikat, Dr. Jerald Block, dalam tulisan editorialnya untuk American Journal of Psychiatry berkata,
masalah penggunaan Internet kini sudah menjadi serius di seluruh dunia dan tidak mustahil suatu hari nanti ia akan dianggap sebagai salah satu penyakit mental.
Menurut Dr. Jerald, beberapa kajian yang telah dibuat di beberapa negara mendapati masalah ketagihan Internet di negara berkenaan sudah mencapai tahap yang sebegitu
serius sehingga kerajaan terpaksa mengambil langkah untuk
mengatasi dan membendung masalah tersebut.
Di Korea Selatan pula, bagi menangani masalah ketagihan Internet ini, kerajaannya telah melatih 1,043 kaunselor bagi merawat ketagihan Internet dan menyenaraikan kira-kira 190 hospital dan pusat rawatan untuk tujuan ini.
Malah sebahagian ibu bapa di China yang berhadapan dengan anak-anak yang ketagihan Internet sanggup menghabiskan kira-kira RM4,680 sebulan untuk merawat anak mereka di klinik yang dikhaskan oleh kerajaan untuk merawat ketagihan Internet .
DAN KITA BAGAIMANA
memang ini ' musim ' ni.internet kita dan anak2.
hari ini ini diantara kemudahan yang memberi kesan positif dan negetif pada kita.
teknologi dan informasi di luar batasan sempadan.
HASIL DARI PENGAMATAN.
terlalu sukar untuk menjauhkan anak2 dari
kesan perubahan ni.
INTERNET + BLOG + FACEBOOK DAN JINGGO
kesan dari 2 sudut yang berbeza.
dari sudut peningkatan minat membaca.
tidak dinafikan
peningkatan kerjaya
cukup menarik
peningkatan kawan sosial
cukup memberangsangkan.sehinggakan kadang2 hanya batasan
kewarasan sahaja yang membezakan.terlalu terbuka.
kita waras untuk memilih kawan
bagaimana dengan anak2.sejauhmana warasnya anak2 memilih persahabatan sosial.
ini yang berlaku pada apa yg pernah berlaku.
satu lagi punca gelaja sosial adalah teman sosial maya.
KITA SAMA FIKIRKAN BAGAIMANA.

14 ulasan:

ari berkata...

Sebagai org dewasa- waras memilih kawan.
Sebagai remaja - waras memilih cuma sedikit 'keghairahan' kawan siapa plg ramai..
Sebagai kanak-kanak- belum cukup waras- sekadar kerana inilah zaman mereka-zaman cyber-zaman FB.Tak boleh nak halang...cuba boleh mengawal...memantau...

Bagaimana pula sebagai isteri org, suami org, anak dara org, kekasih org, anak org, adik-beradik org, dll org ? - kita bersembang-larut dlm persembangan....

Abd Razak berkata...

Sebaiknya tak perlu ada internet di rumah jika kita tak mampu utk memantau aktiviti anak2 dlm melayari web.

Jika mereka memerlukan internet kita bawa mereka ke CC & dpt sama-sama membaca dan mencari bahan utk kajian.

Soal kawan, ibubapa kena berkawan juga dgn kwn anak2 dan ibubapa mereka

arryani berkata...

kena bertegas dgn cakap,hanya laman web tertentu je boleh bukak...(saya buat cam ni kalo tk smpt teman dorang ngadap internet)

Tapi..

bnyk game lain yg saya sediakan kat umah..

Cntoh : PS2, PSP, Carom, Dart, Monopoly, Dam, Raket, Bola..dan mcm2..

jadik,
dorang lbih suka main benda2 tu semua dari ngadap internet...

ONE ZABA berkata...

inilah minggu-minggu ramai bebudak yang pecah kepala...berdarah lutut ... patah gigi...patah kerusi ... kecah cermin tingkap....banyak lagi la. kerana guru juga dah malas nak masuk kelas.

blueCITY berkata...

ada idea tak?

ingat nak pakai broadband, boleh surf tenet kat rumah or mana2 , time balik kampong ke?

tapi, bila difikir2 balik, dirumah, masaku akan diisi dgn berehat, buat keja rumah, masak, nonton2 tv, tidor.
jadi, mayb tak perlu kot?

- jinggo - berkata...

cgu ari.
dunia diluar sempadan.
kita tak nak - mungkin ketinggalan -
kalau kita nak - rasanya kita kena cukup berhati2.....

terutamanya kalau bersosial tanpa tgk orang...

- jinggo - berkata...

Sebaiknya tak perlu ada internet di rumah jika kita tak mampu utk memantau aktiviti anak2 dlm melayari web.

enrazak

saya suka ayat ni
kalau tak mampu nak kawal anak juga - jangan pasang astro...
rasanya cukup praktikal pandangan ni

- jinggo - berkata...

puan aryani

anak dan internet dan games + mengisi masa lapang + seronok...

rasanya kalau ada benda yang menyoronokkan anak2 mungkin tidak akan ke internet kut...

- jinggo - berkata...

cgu one
kemana cgu tu....
layan Fbook kut.
di Johor - arahan Jbt Pendidikan - semua laluan Fbook di sekolah kena ' potong '....he....

- jinggo - berkata...

blue..

saya dah melihat kesan pada diri sendiri..
elok tak usah kut...
kalau ada keperluan : ok.
tapi kalau nak - buat jadual yg beretika.

MaizaC'Joe berkata...

Salam Jinggo

internet dan saya tak dapat di pisahkan. manafaatkan dng sebaiknya. Tak ada internet entah la.. kelam la sikit cuma berpada-pada jng terlalu ghairah. zaman cyber.. utk kanak2 perlu di pantau jg.. takut di salah masuk website plak.. kpd ibubapa.. blog aja website yg tak senonoh.. setakat game apaslhnya tp main jng brlebih2 pl.. dah lps exam, nak hilangkan boring, kurangkn tansion ok jg main game. malangnya sy tak suka main game dr dulu smpai sekrng. Dunia cyber mnghubungkan kwn. ramai kwn (alam maya) brtukar2 fikiran (berfaedah sj) perlu bijak memilih siapa kwn kita.. janji selesa dan tak peningkan kepala...

-maiza-

tinta kasturi berkata...

agaknya nanti ada pusat serentu jenis baru..

khusus untuk penagih-penagih internet.

:)

LiNda berkata...

Salam Jinggo...

kupasan yang menarik dimusim cuti sekolah ..

Selain permainan out door, saya galakkan anak2 saya 'bermain' internet . Goggle ~ Terutama subjek yg mereka minati.

Namun dibawah pengawasan dan pemerhatian ibubapa .

zai berkata...

Ini lah isu yang memeningkan kepala kak zai setiap kali anak2 bercuti sekolah..tinggal dirumah tanpa pengawasan orangtua dahla tak ada pembantu pula..

Internet kat rumah terpaksa ada kalau tak mak diaorang yang jadi gila sbb tak leh nak berblogging selalu..

Teringin nak jadi surirumah sepenuh masa macam tirana tapi entah bila masanya akan tiba.

Eco Kid Adventure on Facebook