Rabu, 4 November 2009

jangan terlalu berprinsip.....

Berpegang pada satu prinsip dan tidak mudah terikut
dengan sebarang pengaruh adalah baik.
terutamanya dengan perubahan persekitaran hari ni.
TAPI BAGAIMANA
kalau terlalu berprinsip sehingga tidak mahu mendengar
pandangan orang lain.
dan kamu beranggap kamulah yang paling hebat atas dasar prinsip.
DALAM MANA2 HUBUNGAN SOSIAL
ini satu bahana yang wajib di singgirkan.
kerana percayalah
kamu bukan segalanya : serta tidak semua yang kamu anggap betul
adalah betuldan tidak semua yang kamu salah adalah salah.
TANDA2 ORANG YANG BER PRINSIP
kamu pantang dicabar
sesiapa yang mencabar dianggap musuh ketat.
kamu tidak berkawan dengan semua orang
hanya memilih kawan2 yang setaraf.
kamu sentiasa mahu menjadi ketua
suara kamu adalah pemutus
kamu sentiasa mahu beranggap keputusan kamu betul
walaupun melibatkan orang lain
kamu tidak pernah mahu menjaga hati orang lain
hati kamu perlu dijaga oleh orang lain
nasihat orang lain semua masuk tong sampah
aku yang betul semua
kamu suka mencari kesilapan orang lain
kerana mahu menjadikan kamu terbaik
KAMU SANGGUP LAKUKAN APA SAHAJA ASALKAN
APA YANG DIINGINKAN TERLAKSANA
dari jinggo
itu satu lagi karektor yang datang dari persekitaran kita.
sebagai guru tentunya.
bagaimana berhadapan dengan pengetua yang berprinsip begitu
sebagai suami / isteri
bagaimana berhadapan dengan keadaan yang dia aja yang betul
sebagai pasangan bersosial
bagaimana berhadapan dengan hari2 yang sukar.
PENGALAMAN JINGGO
orang2 begini akan menuai apa yang dia tanam.
dunia ini adil dipaksinya.
lihat perkongsian ini dari sudut hubungan sosial

24 ulasan:

farnaz berkata...

kita mesti ada prinsip tapi kena la berpada2.
susah gak kalau ada orang yang xde prinsip ni.
senang di tarik ke kanan ke kiri
di tolak ke bawah ke atas
tapi kalau terlalu berprinip pun susah gak..
silap2 jadi bahan kutukan orang sentiasa...

adnieyl achan berkata...

Prinsip adalah panduan hidup, maka hidup berprinsip adalah satu cara menetukan hala tuju hidup. hidup tanpa prinsip, umpama zombie yang tidak mempunyai arah tujuan. makanya, berprinsip lah dalam meneruskan tugas sebagai khalifah di muka bumi Allah SWT ini....

LotsOfLove-Pearls berkata...

Salam Bro,
Sesekali runtuhkan Prinsip utk berubah..

- jinggo - berkata...

farnaz

menarik pandangan ni.
konteks saya adalah dalam hubungan sosial...
dan saya percaya tanpa prinsip kita tidak akan menjadi apa....

prinsip diri sendiri VC prinsip orang lain harus ada pengatuan....

- jinggo - berkata...

adnie..

terima kasih kerana pandangan.
lihat dari konteks hubungan sosial.
dalam soal keagamaan.
jangan berkompromi bila dipersoalkan mengenai prinsip...

- jinggo - berkata...

Lol

dihujung segala perubahan adalah
menang - menang.

ONE ZABA berkata...

duduk di pejabat ni kena melayan karenah cikgu-cikgu yang tak ambil berat@ ingkar arahan. terutamanya kalau bab yang kena isi maklumat secara online. cukup malas diorang tu nak ngadap komputer. tapi bab chating tahan pulak ngadap komputer siang malam.

- jinggo - berkata...

ha cgu one
tu pun prinsip
prinsip tak mahu isi maklumat.........

macamana tu yek...

Kunang-Kunang berkata...

Rasanya berpegang pada perinsip lihat pada perkara dan keadaan, Kalau prinsip berubah2 takut dikatakan lalang pulang.

Apa pun ramai yang susah mengatakan maaf walaupun dibenak hati tahu dia salah. Susahnya nak ubah orang macam ni.

ASYIQ berkata...

Saya ni tak tahu samada sy jenis yg berprinsip atau tidak.

Mudah berubah sekiranya dipengaruhi dan golongan yg mempengaruhi pula ada 'power'.

Selalu takut untuk jadi ketua.

Selalu takut buat keputusan terutamanya melibatkan orang yg lebih tua atau lebih berkuasa.

Hanya boleh pertahankan prinsip jika dgn kelompok kecil yg mana kita sbg ketua....anak2 dan ank murid shj....hihi.

Last2...bila kalah berprinsip, mengalah dan mengadu pd yang maha berkuasa. Itulah saya.

MaizaC'Joe berkata...

Salam Jinggo

berprinsip + tidak berprinsip

saya nie mcm itu la. kadang berprinsip, kadang tak. mudah sngat tak tetap pendirian. dalam satu2 hal sy lbh suka dengar pandangan orang lain kemudian fikir.. berbalik pada keadaan.. perlu atau tidak..

thanks Jinggo

-maiza-

ZOOL@TOD berkata...

Berprinsip menunjukkan kita berpendirian dan tidak terikut-ikut dengan trend atau keadaaan. Tetapi ruang mesti dibuka untuk kita menerima dan menilai trend dan keadaan. Mungkin prinsip kita juga patut dikembangkan.

- jinggo - berkata...

kak hanim

mungkin begini
orang yg berpegang pada prinsip ini tidak mungkin akan bertoleransi dengan pandangan org lain.
putih kata dia putih lah seterusnya

saya percaya : ada kala waktunya pendekatan ini betul - tapi secara keseluruhan keadaan ini tidak akan membantu dalam hubungan sosial.

- jinggo - berkata...

cgui asyik

ha.macam tu pulak
saya sendiri
terus terang.
hidup terlalu bertolak ansur dalam banyak perkara
sebab tu selalu kena buli...

terlalu nak menjaga hati orang mungkin.

- jinggo - berkata...

maiza

terima kasih kerana pandangan.
bertegas dengan prinsip ; tidak molek.
ada seorang rakan wanita.
nak kahwin dr.
datanglah sapa2 yg masuk meminang -semua ditolak.
sebab prinsip...

akhirnya tak kahwin.

- jinggo - berkata...

enzool
dah sihat.

saya yakin pada pandangan tu.
berprinsip biar pada asasnya.
sebagai bapa macamana kalau kita tidak berprinsip.
sebagai suami
sebagai guru.
cuma saya yakin kepada : mendengar pandangan orang lain...

Che' Pit berkata...

kalau duk beria tahankan prinsip sampai x hirau, x dengar ckp org lain, baik x yah berprinsip..

tapi kalau prinsip akaun? hmm mmg takleh nak lawan sbb dah debit tu tetap le debit, kredit tu kredit ler, ngeh ngeh neh

- jinggo - berkata...

ngeh...
kalau prinsip akauan memang - tepat.
kalau manusia.
kita masih ruang untuk - mendengar.

maiyah berkata...

mmg kene ada prinsip kan, tapi jgn sampai taknak dgr pandangan org lain dan slalu mrk ni akan rsa diri sentiasa betul dan angkuh :)

insan pendidik berkata...

salam jinggo,

berprinsip perlu ada untuk menjadi peraturan hidup. tapi dalam konteks hubungan sesama manusia jangan sampai prinsip ni menindas orang lain. Kesudahan nanti ada yang putus kawan, putus kasih dan...

- jinggo - berkata...

puan maiyah

selalu begitu
sebab susah kalau prinsip didahulukan dalam mana2 hubungan sosial..

kesannya.
saya dah tgk : boss yang garang - bila meningga orang sorang pun tak datang....ha...

- jinggo - berkata...

cgu insan pendidik

harap2 kita tidak tergolong dalam kelompok manusia yg begitu....menyakitkan.amat menyakitkan.

zai berkata...

Salam Jinggo..

Hidup wajib berprinsip barulah ada matlamat utk dicapai tapi tidak perlulah melampau2 sehingga tidak mahu menerima pandangan oranglain walaupun sebenarnya dia yang salah. Tapi mmg ada orang macam ni..terlalu yakin dengan kebolehan diri sendiri sehingga mengenepikan pandangan oranglain..selalunya yang jadi bos la yang kerap buat macam ni..asyik-asyik dia aja yang betul..rimas !!!

- jinggo - berkata...

kak zai

saya pernah ada boss
macam tu...
akhirnya ' jadi anak dara tua ' tak ada siapa yg berani dekat.
sebab prinsip itu penting
salurannya biar betul....

Eco Kid Adventure on Facebook