Khamis, 24 Disember 2009

berbaloi ke....

SATU LAGI PERKONGSIAN
yang mahu saya mulakan dengan
MAAF
sudah 5 orang rakan mendatang bertanya dengan saya
JINGGO BERBALOI KE PERKAHWINAN KAMI
kisahnya sama
seorang isteri + seorang suami
isteri berkerja + suami duduk rumah
dunia sudah mula berpusing fitrahnya
ISTERI SIBUK2 MEMIKIRKAN KEBAJIKAN RUMAHTANGGA
segala urusan telah dibebankan.
dari kos bayaran ansuran rumah
sehingga bayar bill
KITA MULAKAN BEGINI.
keputusan peperiksaan
hasil kecemerlangan dalam bidang akademik hari ini
kebanyakkan adalah perempuan.
KEPUTUSAN KECEMERLANGAN
dikaitkan dengan pekerjaan yang baik
kemana perginya pelajar lelaki...
DARI SEKOLAH RENDAH
ke sekolah menengah ke Universiti.
komitmen pelajar lelaki di persoalkan
HASILNYA
semua yang terhebat adalah perempuan.
BUDAYA MELAYU SEAKAN2 TIDAK ' MEMBENARKAN '
WANITA MELAYU TIDAK BERKAHWIN
budaya sudah menyediakan label2 tertentu.
mahu tidak mahu berkahwinlah wanita cemerlang dengan lelaki yang biasa2.
hasilnya juga
BUDAYA MELAYU TIDAK ' MEMBENARKAN '
penceraian.
budaya melayu sering menyatakan kekuatan wanita melayu untuk bersangkabaik dengan keperluan persekitaran.... ini lah hebatnya wanita melayu yang mampu meletakkan ' cinta ' pada asas agama dan adat.
DARI JINGGO UNTUK RAKAN2
kesannya untuk cukup besar rosaknya sistem sosial bila kecemerlangan akademik dikaitkan dengan kerja yang bagus2. sistem pekerjaaan kita
masih tidak membenarkan bakat + potensi diatas.
dan menarik untuk kita lebarkan pengalaman ini.
INI JUGA KESAN DARIPADA KETIDAKMAMPUAN PELAJAR LELAKI
untuk serius dalam bidang akademik.
runtuh dan rosaknya sistem sosial.
KEPADA RAKAN2 YANG SUDI BERCERITA.
bila dikaitkan dengan isteri menanggung suami
saya rasa ia tidak adil untuk di hakimi sesiapa...
cuma hukum seakan tidak membenarkan keadaan sebegitu.
kerana nak bercerai di sebabkan faktor di atas...
SEKALI LAGI.
berbaloi ke...

22 ulasan:

Mak Su berkata...

saya diam sajaah...
selamat bercuti panjang ya jinggo :)

- jinggo - berkata...

mak su
saya pun nak diam aja..
no komen - sebab isu ni tidak ada yg menang dan kalah....

ZOOL@TOD berkata...

ISTERI BEKERJA + SUAMI DUDUK RUMAH, TIDAK SESUAI UNTUK PASANGAN MUDA. Muka bumi yang Allah pinjamkan ini luas. Terokalah, pelbagai sumber rezeki dapat dihasilkan.

Untuk pasangan yang lebih matang pada saya ianya tiada masalah (kewangan stabil, perkahwinan stabil, persefahaman pun kuat).

Pendapat saya berdasarkan pengalaman rakan2 dan saudara-mara.

ONE ZABA berkata...

berbaloi la kalau kedua-duanya sedia berevolusi. tapi kalau ada masa jadi bahan ungkit mengungkit..tak lama la tu. bakal jadi asing-asing la pulak. kekadang pasangan ni kat luar je macam tak saling memahami..tapi kat dalam bilik saling kerjasama. beranak pinak jugak!!!!

SiR N berkata...

pabila sistem kita hanya mementingkan IQ bukan EQ ... perghh dimanakah keseimbangannya?

Brahim Nyior berkata...

Salam bang,

Suami tak bekerja, isteri berhempas pulas cari rezeki,.. apalagi istilah yang boleh diberi, kecuali DAYUS.

Maaflah bang.. Memang ada Melayu kita camni. Buat malu kaum jer..

ari berkata...

Perrghhhh bikin takut... dan perasaan ini membuat tergerak nak join komen... Dan... khuatir semakin ada.... Nak macam mana? Masih mahu bertegak pada budaya? Tersepit antara ego budaya dan diri...

MaizaC'Joe berkata...

Salam Jinggo

takut dan semakin banyak. tak ada keseimbangan dalam perhubungan khuatir juga. tak tahu nak komen apa.. diam saja..

ViLdA FiDa berkata...

hurmmm..patutlah pmpuan skang lambat kawen dan susahnya nak menemui org yg sesuaiii ngan kita.beruntungnya lelaki dpt kawen ngan pmpuan yg hebattt

Syd berkata...

salam jinggo

saya berpendapat dengan saudara zool.

pengalaman sendiri. 16tahun bersama ayah, 9 tahun menyaksikan dia bekerja, dan selebihnya menerima hakikat yang ibu menjadi penyumbang kewangan terbesar.

pun begitu, duduk di rumah bukan rehat sesaja,dia lah membasuh baju, menyidai baju.. hatta memasak dan membantu anak anak belajar. "house-husband"

perkongsian rumahtangga yang unik.

alhamdulillah, cinta itu kekal hidup subur sehingga 17 tahun ketiadaannya.

maiyah berkata...

ada yg bleh memberi kejesama dan fhm satu sama lain

tapi ada gak yg hampeh.. dan ini mmg ada

zan-xray berkata...

jika sudah setuju begitu caranya kena terima dan jangan diungkit.
tetapi eloklah si suami ada pekerjaan tetap juga agar anak tidak memandang rendah.
apa apapun kisah rumahtangga bermacam-macam ragam.

- jinggo - berkata...

enzool
satu pandangan yang cukup matang.
isteri menyara suami
ada juga kes yang saya lihat - isteri menyara suami berterusan.....
tapi kematangannya berbeza - orang yg saya maksudkan adalah seorang yg meletakkan Islam sebagai jalan hidup.......

- jinggo - berkata...

cguone
cerita dalam blik...ha..
itu subjek lain kut.
ha.....

- jinggo - berkata...

sis N
maka begitulah impak dihujung - kebagusan manusia diukur pada berapa A...
yang tidak ada A - dilabelkan tidak bagus..
maka begitulah label lain...

- jinggo - berkata...

cgu yop brahim
dayus - itu istilah dalam konteks kehidupan melayu kita cukup menakutkan..
untuk pelajar lelaki melayu....
kejor yop kejor..
semua perempuan yang buguih kat atas tu...

- jinggo - berkata...

cgu ari
belum kahwin hati2
cinta bukan segala2nya.
kerana kemahuan dari penyaraan nafkah zahir juga harus diambik kira...

- jinggo - berkata...

maiza
ingatan untuk orang bujang.
mula mungkin tak kisah menyara laki - bagaimana kalau berterusan -rasanya kena ada skill lain kut......

- jinggo - berkata...

vilda
beruntung lelaki dapat bini kaya
dan lagi beruntung kalau bini tak kisah...
tapi ada ke.
sesuai ke..
ha....

- jinggo - berkata...

syaidah
memang ada - tapi jarang2.
kalau ada - tahniah.
budaya dan persekitaran seakan belum membenarkan.
tapi macam enZoll komen.
kefahaman duduk diatas.
keredhaan duduk diatas..

- jinggo - berkata...

puan maiyah
dalam kes yg saya dengar - rata2 dah kahwin 5 tahun keatas.
mulanya bersangkabaik
akhirnya......

- jinggo - berkata...

zan
kita sebagai lelaki kena kemaskan diri....
perempuan dah banyak jadi boss dipejabat - tak kan nak jadi boss dirumah lagi...

Eco Kid Adventure on Facebook