Rabu, 9 Disember 2009

bezanya....

Seorang yang berjaya sentiasa ada kerja yang nak dibuat
Seorang yang gagal sentiasa ada alasan yang diberi
Seorang yang berjaya sentiasa berkata
“biar saya buat kerja ini untuk awak”
Seorang yang gagal sentiasa berkata “ini bukan kerja aku”
Seorang yang berjaya sentiasa melihat
jawapan terhadap setiap masalah
Seorang yang gagal sentiasa melihat masalah terhadap setiap jawapan

Seorang yang berjaya berkata “perkara ni susah,
tapi tak mustahil dilakukan”
Seorang yang gagal berkata “perkara ni
tak mustahil dilakukan tapi ia terlalu susah”
Seorang yang berjaya melakukan kesilapan akan berkata
“aku dah silap”
Seorang yang gagal melakukan kesilapan akan berkata
“ini bukan silap aku”
Seorang yang berjaya sentiasa memberikan komitmen
Seorang yang gagal sentiasa memberikan janji-janji
Seorang yang berjaya menyimpan azam & cita-cita
Seorang yang gagal menyimpan angan-angan tanpa usaha
Seorang yang berjaya berkata
"Aku mesti lakukan sesuatu"
Seorang yang gagal berkata
"Sesuatu mesti dilakukan"
Seorang yang berjaya sentiasa melihat peluang dalam masalah
Seorang yang gagal sentiasa melihat masalah dalam peluang

Seorang yang berjaya melakukan sesuatu hingga terjadi
Seorang yang gagal membiarkan sesuatu terjadi
Seorang yang berjaya belajar daripada kegagalannya
Seorang yang gagal hanya meratapi kegagalannya
Seorang yang berjaya menyaksikan keceriaan
Seorang yang gagal menyaksikan kesedihan

10 ulasan:

2_one berkata...

pemikiran org yg gagal berbeza dgn pemikiran org yg berjaya..ini lah yg org katakan "nak seribu daya tak nak seribu dalih"..zmn skrg bkn mse utk melihat org lain yg berjaya,tp skrg adlah utk melihat kita berjaya..

Kunang-Kunang berkata...

Saya selalu perhatikan apa yang berlaku pada diri saya. Bila saya menerima satu2 kerja dan saya menganggapnya susah, susahlah ketika menjalankan kerja tu. Tapi bila saya menerimanya dengan hati yang tenang dan mengganggap perkara tu senang dilakukan, selalunya saya akan dapat menyiapkan kerja tu dengan sempurna walaupun hakikatnya kerja tu bukan kerja mudah.

uNiqUe oRgaNisM berkata...

kiTA menGejar ap yg Orang lain trut kejar...kiTa cuBa mMbiNa sperti mn org lain cuba bina...kJyaan e 2 satu mtlamat... kGgalan e 2 satu uJian uTk kita meNingkat...sNtiAsa berfikir 'hIkmaH' kJayaan dan kggalan...

Tirana berkata...

Seseorang yang berjaya akan membantu kawannya untuk turut berjaya tapi seseorang yang gagal akan ketawa gembira bila melihat kawannya gagal..hehehe..sekadar menyambung

ONE ZABA berkata...

aku mesti balik ke atas gunung hari ni kerana telah berjaya menghabiskan meting. tapi aku gagal nak berjalan-jalan sekitar KL. jadual penuh.

- jinggo - berkata...

2one
itu bezanya.
nak @ tak nak.
kalau nak
ada caranya
kalau tak nak
ada caranya...

- jinggo - berkata...

kak hanim
saya percaya kepada PILIHAN
kalau kita memilih untuk buat2 sesautu kerja - prestasinya berbeza
dibandingkan kalau kita tidak MEMILIH.....
begitu juga dalam situasi lain
kita kena memilih...

- jinggo - berkata...

asraff
nak berjaya.
cari mentor.
itulah formulanya
kepada jinggo...
memang ada seseorang yg di ' mentor' kan....

- jinggo - berkata...

dan puan tirana
nak menyambung lagi...
kita tidak boleh ' naik ' keatas sorang......
percayalah kita perlukan orang2.......

- jinggo - berkata...

dan cgu one
saya pun gagal nak call cgu - sebab asyik tukar handphone - no save kat phone....hilang.

Eco Kid Adventure on Facebook