Jumaat, 4 Disember 2009

bodoh.baik.bijak.

CERITA BARU
gambar lama
masih sama dari segi keinginan dan mungkin tidak keterlaluan perjuangan
untuk menyebarkan informasi kepada ' generasi hari esok ' dalam skop
dan ruang yang berbeza.
RUANG DAN PELUANG
ada dikalangan kita
MENCARI
ruang dan peluang
MENDAPAT
ruang dan peluang
mencari + mendapat 2 keadaan yang mungkin berbeza.
dan tentunya hasil perlaksanaan juga berbeza
dalam sebuah buku dikongsikan begini
3 kelompok manusia bila dikaitkan dengan ruang dan peluang
BODOH
peluang datang.buat tak kisah dan tak mahu ambil tahu.
BAIK
peluang datang.diambil sekadar perlunya.
BIJAK
peluang datang.ruang disediakan.mencari penambahbaikkan dalam proses tersebut.
bertanya.membaca.buat kajian.komitmen.
DARI SKOP DUNIA PENDIDIKAN
kita lihat hasil tangan 3 kelompok manusia ini.
sebagai pelajar
sebagai pendidik
sebagai mahasiswa
sebagai mak dan ayah
sebagai jinggo seterusnya
KITA DIMANA.
kesimpulan terakhir
saya yakin : Allah akan memberi apa yang kita inginkan berdasarkan komitmen.

11 ulasan:

Che' Pit berkata...

tinggi komitmen, lumayan hasil..
komitmen rendah, hasil x seberapa..

bg sikit, nak banyak? hmmm mimpi leh lah, atau mungkin sbb nasib..

~Insan Biasa~ berkata...

setiap usaha pasti ade hasilnya.
setiap perbuatan pasti ade balasannya.
yang penting, kita usaha yang terbaik untuk dapat yang terbaik.

- jinggo - berkata...

ngeh....
tinggi falsafah tu.
kita bertuah kerana diberikan
peluang dan ruang...
bila agaknya masa untuk kita berkongsi sama2...........

- jinggo - berkata...

wak anis
sebaiknya
peluang datang - jangan dipermudahkan.
sebab kita dipilih...
wak anis dipilih sebagai pendidik...
jangan persiakan.

ZOOL@TOD berkata...

Allah akan memberi apa yang kita inginkan berdasarkan komitmen.

Benar, kerana itu sebagai orang Islam kita mesti berusaha, doa dan diakhiri dengan tawakkal. Semua itu komitmen.

MaizaC'Joe berkata...

Salam Jinggo

Ruang dan peluang
sebaiknya ruang yang ada di manafaatkan. Bukan mudah nak dapat peluang. Jika ada komitmen berterusan pasti dapat rasa nikmat dan hasilnya.. mudah-mudahan..

-maiza-

azlanlin berkata...

Kekadang, kita alpa dengan insan yang:

1. Buat2 bodoh:
- seolah2 tidak mengambil peluang, itulah ruang yang diterokai utk melihat ruang dan peluang.

2. Buat2 jahat:
- menjarakkan dirinya dgn org sekeliling kerana org sekeliling gemarkan istilah 'label'. Ruang ini membolehkannya bergerak sendiri untuk memperoleh peluang tanpa gangguan.

3. Sememangnya bijak:
- bijak yang tidak ditonjolkan agar dirinya tidak dipedulikan. Ruang ini membolehkan ianya terus menggunakan kebijaksanaannya dlm memperoleh peluang.

:: Kita mungkin terlupa dengan insan SEBEGINI.. kerana kita mudah KABUR dengan apa yang ditonjolkannya...

::MEMPEROLEH PELUANG - ada pendekatan dengan MENJUAL DIRI dan MENYOROK DIRI. Mungkinkah kita tertipu dengan apa yang kita LIHAT?

Wallahualam...

- jinggo - berkata...

enzool
terima kasih kerana kita berkongsi pandangan..
saya yakin pada perkongsian tu

- jinggo - berkata...

maiza
selagi itu ada peluang dan ruang gunakan - sebaik mungkin - kerana kadang2 semua datang dalam bentuk satu pusingan saja

zaijb berkata...

salam,

dengan usaha yg gigih pasti akan berjaya.... yg penting jgn cepat mengalah...

dan jgn lupa sentiasa bersama dgn mereka yg sentiasa memberi sokongan...he

2_one berkata...

cikgu...saya belajar lagi dari "cerita jinggo"...=)

Eco Kid Adventure on Facebook