Jumaat, 11 Disember 2009

kita belajar lagi...

JIKA berlaku sebarang masalah dalam perhubungan seperti kehadiran orang ketiga, kesalahan sering diletakkan di atas bahu pasangan
kerana sanggup menduakan anda.
Sedangkan, anda sudah memberikan yang terbaik dalam perhubungan.
Ungkapan seperti 'apa salah saya', 'tidak cukupkah selama ini' dan 'apa yang kau mahu lagi,' sering dilontarkan ketika berlaku perbalahan dalam perhubungan
suami isteri atau pasangan kekasih.
Namun, sedarkah anda bahawa sebahagian punca berlakunya kecurangan
itu datang daripada diri anda sendiri.
Kebiasaannya, pasangan pula tidak mampu untuk berterus-terang.
Hakikatnya, apabila timbul masalah seperti pasangan curang, anda tidak perlu memberontak. Sebaliknya, cuba atasi perasaan dan selesaikannya dengan cara terbaik.
Tindakan mencaci dan memaki pasangan akan
menambahkan lagi kekusutan perhubungan.
Terima dengan tenang
Apabila mengetahui si dia curang, anda pasti akan berasa sedih dan mungkin melakukan perbuatan di luar kawalan. Sebaiknya, cuba selidik sama ada ia benar-benar berlaku atau hanya anda yang terlebih cemburu.
Cuba berbincang
Jika ia benar, cuba ajak pasangan berbincang dan tanya kenapa dia bertindak sedemikian. Jangan pula menjadi terlalu emosi sehingga memaki pasangan.
Tarik nafas dalam-dalam apabila anda berasa terlalu marah.
Bermuhasabah diri
Anda perlu ingat musibah yang berlaku diturunkan oleh Tuhan.
Ia adalah sebagai dugaan kita di muka bumi.
Mungkin ia sebagai balasan terhadap sesuatu yang pernah anda lakukan dahulu
atau sebagai satu cara Tuhan menguji kita.
Dekatkan diri kepada Tuhan
Tidak kira apa jua kepercayaan anda, dekatkan diri dengan Tuhan.
Ia mampu memberikan ketenangan yang sejati.
Berdoalah supaya musibah yang melanda berakhir seperti yang anda ingini.
Cari teman untuk berkongsi masalah
Masalah perlu dikongsi dan jangan dipendam kerana ia hanya memburukkan keadaan.
Anda juga akan menjadi lebih muram serta tidak mampu melakukan tugasan harian jika terus menyembunyikan masalah yang sedang dihadapi.
Kenali kekurangan diri
Percaya atau tidak, anda merupakan sebahagian daripada punca kecurangan. Mungkin anda seorang yang perengus, kuat membebel, tidak hormat kepada pasangan, tidak suka memasak, pemalas atau pengotor. Kenang kembali saat pertama anda bertemu pasangan dan mengapa dia tertarik kepada anda. Mungkin tarikan itu telah hilang.
Cuba lihat pada diri sendiri dan cari apa yang disukai oleh pasangan.
Cuba perbaiki diri
Ubah segala kekurangan diri. Jangan terlalu memaksa dan cuba buktikan bahawa anda layak untuk disayangi. Tidak salah anda berubah demi kebahagiaan keluarga
sumber kosmo.
DARI JINGGO
ini mungkin hanya satu dari cerita2 kehidupan
dari cerita2 lain.
jangan jadikan cerita2 begini menguasai cerita2 lain yang lebih penting.
MUNGKIN
ini ada kaitan dengan
qalbu dan emosi.
hanya didikan qalbu sahaja yang mampu menjadi kita
mampu berdiri gagah
dan terima kasih kepada kegagalan ni.

16 ulasan:

MaizaC'Joe berkata...

Salam Jinggo

memang perit di uji begini. Penyelesaian perlu di segera jika masih ada sayang dan cinta pada pasangan. Mungkin juga antara masalah bercinta ( yg belum berkahwin ) sedikit berbeza sudah berkahwin.. apa-apa pun dalam perhubungan T.R.A.C itu yang penting... perlunya kekuatan untuk melawan.. Jika penghujung sudah di tetapkan samada baik atau sebaliknya, redhakan saja.. walaupun perit..

-maiza-

setiakasih berkata...

salam..
moga aku tidak mengalaminya dengan teruk. berselilih maemang ada namun tidak pernah perlu berteriak.
keanak2an.

yangbaik berkata...

hmmm... dah adat (mungkin) dalam perhubungan... sedangkan lidah lagi tergigit

apa pun perbalahan.. ambil lah dari sudut +ve, pasti kita akan tersenyum sendirian...

insan pendidik berkata...

salam jinggo,

Benar la sebelum menuding kesalahan orang lain. Cermin dulu diri sendiri. Penting juga hubungan rumahtangga tu sentiasa di upgrade. Buat la penambahbaikan dari semasa ke semasa. Selebihnya terpulang kpd diri memasing.

- jinggo - berkata...

maiza
belum kahwin
sudah kahwin
asasnya sama - perhubungan.
kita kena cari titik dimana kita boleh menjadikan : kita terus seronok untuk hidup bersama....

kalau dah tak seronok
macamana...
mungkin ada cerita lain.

- jinggo - berkata...

setiakasih
begitulah sepatutnya
berselisih ada kalanya perlukan......
kalau tak disebab Selangor bising pasal BTN..
tak mungkin ada isu perubahan modul BTN..
asas perselisih.

- jinggo - berkata...

sister yang baik..
begitulah sepatutnya
diantara IQ dan EQ.
diantara EQ ada ESQ....
kita sama mendalami bahawa apa jua yg berlaku ada tujuan....

- jinggo - berkata...

cgu IP.
maka begitulah sepatutnya.
dimana2 ada ' sengalnya '....
tapi kalau sesuatu berlaku.
tahulah kita - satu cari pada orang lain lain - 4 ke arah kita..

2_one berkata...

sy dlm perjalanan..perjalanan yg masih jauh..di perjalanan sy membaca dan belajar dari orang2 yang berpengalaman.sy baca semua komen diatas..sy belajar lagi disini..

- jinggo - berkata...

2one
teruskan membaca dan yang penting : bertanya...
semuga izzati akan menjadi seorang guru yg terbaik....

ONE ZABA berkata...

lega dapat balik ke rumah bertemu pasangan dan anak-anak setelah hampir 5 minggu keluar kawasan.

Kunang-Kunang berkata...

"Dekatkan diri kepada Tuhan

Tidak kira apa jua kepercayaan anda, dekatkan diri dengan Tuhan.
Ia mampu memberikan ketenangan yang sejati.
Berdoalah supaya musibah yang melanda berakhir seperti yang anda ingini."

Inilah cara terbaik. Memohon Allah melapaskan kita dari belenggu ini atau kalau itu tersurat dalam hidup kita, mohonlah padaNYA agar ujian ini dapat diterima dengan hati yang tenang dan redha.

Bersedih tidak akan membawa kita kemana. Kita perlu terus hidup.

izakhairi berkata...

moga kita sentiasa muhasabah diri...sentiasa bertanya pada diri sendiri "adakah aku sudah cukup sempurna untuk mencari salah orang lain" kemudian aku tersedar yang aku adalah insan biasa yang serba kekurangan...

- jinggo - berkata...

cguone..
tahniah kerana selamat balik bertemu pasangan...
mesti bestkan...he...

- jinggo - berkata...

kak hamin
biarkan apa yg berlaku..
ini bukan kerja kita.
setiap apa yg berlaku mesti bertujuan kan....

- jinggo - berkata...

iza..
saya amat hargai pandangan tu..
semuga kita dipermudahkanNya...

Eco Kid Adventure on Facebook