Khamis, 31 Disember 2009

kisahnya....


seorang Prof di disebuah universiti membuat kajian mengenai
ekosistem sungai menumpang sebuah sampan.
pendayung sampai itu seorang tua yang begitu pendiam.
AKHIRNYA
hari dah nak hujan
kata pendayung sampan sambil mendongak ke langit.
ok mari kita balik ke darat
kata Prof tersebut.
MAKA MEREKA MULA BERBUAL
kamu dah berapa lama kerja mendayung sampah
hampir seumur hidup.
kamu tahu geografi
tidak.
kalau begitu kamu kehilangan 25 % usia kamu
kamu tahu biologi
tidak
kalau begitu kamu kehilangan 50 % usia kamu.
kamu tahu fizik
tidak
kalau begitu kamu kehilangan 75 % usia kamu.
malang sungguh nasib kamu.
TIBA2 HUJAN TURUN DENGAN LEBAT.
DAN SAMPAN HAMPIR KARAM.
kamu tahu berenang
TANYA PENDAYUNG KEPADA PROF
tidak
kalau macam tu kamu kehilangan 100 % hidup kamu.
DARI JINGGO
dihujung tahun
diawal tahun
cerita kita sama.
sebagai diri sendiri
sebagai guru
sebagai makayah.
SATU DARIPADA KEINGINAN KITA UNTUK BERJAYA
BERDASARKAN APA YANG ORANG AKAN ZAHIRKAN
KITA BIJAK.
percayalah.
kita sudah terlalu lama terperangkap dalam sistem yang meletakkan A itu diatas segala kebagusan.sedangkan kajian besar menyatakan.
15 % bagusnya hidup berasaskan kecapaian akademik
85 % bagusnya hidup berdasarkan kemahiran hidup.
MULA TAHUN BARU.
azam baru.
cari ruang untuk meningkatkan kualiti kemahiran diri.
mari kita fikirkan dimana nak mulakan.

14 ulasan:

blueCITY berkata...

jom
raikan bersama azam baru
heeeeeeeeeeee...

Abd Razak berkata...

Salam...

Meletak makna hidup ini untuk apa dan berakhir di mana...jika kebaikan yang dipilih maka baiklah akhirnya.

ZOOL@TOD berkata...

Pengajaran paling utama dari kisah tersebut, jangan sombong dengan ilmu yang kita miliki dan hormati orang lain.

- jinggo - berkata...

blue
mari kita raikan bersama2...
mungkin jalan sahaja yg berbeza..tapi jalan tetap kehadapankan..

- jinggo - berkata...

en razak
saya percaya kepada makna hidup.
terima kasih kerana ingatan...

MaizaC'Joe berkata...

Salam Jinggo

Maiza nak mula raikan azam baru impian baru yang macam-macam.. moga terlaksana mudah-mudahan.. moga kehidupan lebih bermakna.. semoga impian keazaman kita semua di makbulkan InsyaAllah.. Tinggalkan yg lama, ungkapkan yg baru. Apa-apa pun diri ini tak sempurna..

ONE ZABA berkata...

kita mulakan dengan baju seragam , beg, kasut sekolah yang baru.

ari berkata...

Kita mulakan dengan tiada lagi yg free.... heheheheh

- jinggo - berkata...

maiza
dihujung semua keinginan
adalah tindakan.
mari kita bertindak atas matlamat yg dirancang

- jinggo - berkata...

cgu one
saya mulakan dengan berbaris di ATM - KELUARKAN duit untuk sekolah yg nak macam2.....

Tirana berkata...

Setiap manusia ada kebijaksanaan dan keistimewaan masing-masing.. Tak payah kita nak bermegah-megah dengan kepandaian kita..mungkin kita pandai dari satu segi aje..dari segi lain kita tak mahir..Yang eloknya kita belajar sesama sendiri. Walaupun orang itu pangkatnya lebih rendah dari kita, dia tetap ada sesuatu yang boleh kita pelajari darinya.

Selamat tahun baru...semoga tahun ini lebih membawa keceriaan pada Jinggo dan semoga azam nak jumpa saya akan terlaksana..hehehe

cj'alhafiz berkata...

betol cikgu!!!
akademik tampa kemahiran untuk terus hidop tak kan bawa kita ke mana2. kadang-kadang kita hapal buku semata-mata. bila keadaan dah lain skit dr buku yang kita baca...aishhh!!! habesss...tak tahu nak buat apa...akhirnya kita yang rugi...

Zyma Saad berkata...

Salam Cikgu Jinggo....

Selamat Tahun Baru 2010!!!

;)

日月神教-任我行 berkata...

AV,無碼,a片免費看,自拍貼圖,伊莉,微風論壇,成人聊天室,成人電影,成人文學,成人貼圖區,成人網站,一葉情貼圖片區,色情漫畫,言情小說,情色論壇,臺灣情色網,色情影片,色情,成人影城,080視訊聊天室,a片,A漫,h漫,麗的色遊戲,同志色教館,AV女優,SEX,咆哮小老鼠,85cc免費影片,正妹牆,ut聊天室,豆豆聊天室,聊天室,情色小說,aio,成人,微風成人,做愛,成人貼圖,18成人,嘟嘟成人網,aio交友愛情館,情色文學,色情小說,色情網站,情色,A片下載,嘟嘟情人色網,成人影片,成人圖片,成人文章,成人小說,成人漫畫,視訊聊天室,a片,線上遊戲,色情遊戲,日本a片,性愛

Eco Kid Adventure on Facebook