Rabu, 9 Disember 2009

kita berkongsi lagi

Kita mendengar
setiap hari bahawa pengetahuan itu adalah
KUASA
tidak sebenarnya
pengetahuan adalah maklumat.
ia adalah kuasa yang berpotensi dan ia menjadi berkuasa hanya untuk yang
BERTINDAK.
apakah bezanya diantara individu yang tidak boleh membaca dengan
individu yang boleh membaca tetapi tidak
MEMBACA
tidak banyak bezanya.
belajar adalah seperti kita makan.
ia bukanlah berapa banyak kita makan tetapi yang penting
BERAPA BANYAK YG KITA HADAMKAN
pengetahuan ialah kuasa yg berpotensi
kebijaksanaan adalah kuasa sebenar.
DARI JINGGO
bagusnya manusia bukan berdasarkan
CAKAP2
tapi sejauhmana cakap2 menjadi
TINDAKAN.
untuk memulakan tindakan harus digerakkan
LANGKAH 1.
mari kita sama2 mulakan

9 ulasan:

Tirana berkata...

Yang dicari ialah pengetahuan..yang diguna ialah kebijaksanaan. Pengetahuan yang ada tapi tidak digunakan ibarat pokok yang menghijau tapi tak ada buah.

Mak Su berkata...

Jinggo, saya rasa ler....

klu setakat baca manual, lepas tu hidup selesa bersandarkan kerusi empuk...tak kemana perginya orang macam tu. Fikiran tak berkembang, pergaulan tak meluas, sekat hidup sendiri bagai 'mengkatakkan diri sendiri dengan selesa di bawah tempurung', saya harap saya tak perlu berurusan apa-apa dengan orang macam tu, makan hati...

eh! relevan tak ni?

;D

blueCITY berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
- jinggo - berkata...

dan puan
terima kasih kerana pandangan.
sebab saya yakin kepada
TINDAKAN
yang paling susah untuk kita semua mulakan.
saya sendiri pun nak diingat2kan selalu............

- jinggo - berkata...

mak su
diantara komen2 yang dtg dari ' nada ' serius mak su
praktikal
amat praktikal..
he....

- jinggo - berkata...

bluecity
komen lain semua boleh pakai..
yang hujung tu...he..
apa2 pun bagusnya manusia pada tindakan..
bukan pada cakap2......

MaizaC'Joe berkata...

Salam Jinggo

selagi hidup.. sentiasa mahukan ilmu. belum cukup ilmu di dada.. masih nak tau semua..

- jinggo - berkata...

maiza
kena sama2 ingat...
BAKAT + ILMU + PENGALAMAN.....dan diakhirkan dgn tindakan...
jadilah kita sebaiknya

maiyah berkata...

ilmu bukan takat dlm buku tapi keseluruhan.. sekeliling adalah ilmu

Eco Kid Adventure on Facebook