Sabtu, 19 Disember 2009

kita fikirkan sesama.

COPENHAGEN 18 Dis. – Negara-negara maju merupakan penyumbang terbesar kepada pelepasan karbon yang mengakibatkan pemanasan global dan mereka harus bersedia menebus kembali hutang itu dengan menyediakan dana mencukupi untuk menangani krisis perubahan iklim.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, dari segi prinsipnya adalah adil dan wajar negara-negara maju membayar balik hutang kepada dunia sekarang kerana merekalah penyebab utama kepada pemanasan global.
INI MUNGKIN SATU LAGI KOMITMEN
kita ketepikan persoalan cakap2 politik
saya lama berada dalam industri yang mungkin selama ini
menjadi sebahagian
cerita kecil dari cerita2 besar yang lain.
mengajak masyarakat setempat melihat dunia dari sudut lain.
KITA ABAIKAN KEBAJIKAN BUMI INI BERTAHUN
4.6 billion tahun bumi dizahirkan untuk kita nikmati.
atas apa yang kita namakan ketamadunan satu persatu prinsip
KEDAMAIAN BERSAMA ALAM
kita gadaikan.
langit yang biru kita hitamkan
sungai mengalir umpama longkang2 besar
hujan menhijau bertukar warna.
KITA DIAZABKAN
pemanasan global yang kesannya bukan sedikit.
ketipisan lapisan ozon yang tidak mungkin kita ' sembuh ' dalam
tempuh yang cepat.
dan satu persatu.
KITA ABAIKAN
isu2 yang dikaitkan dengan persoalan ini - diletakkan jauh dari komitmen
yang mahu dianggap berterusan.
KOMITMEN BERMUSIM.
sedang percayalah rakan2.
PENCEMARAN TIDAK BERSEMPADAN
AMARAH ALAM JUGA TIDAK BERSEMPADAN.
dari jinggo
saya lama dalam industri yang dikaitkan dengan usaha DAHWAH dalam bidang ini.dari pra- sekolah ke maktab perguruan.kami diantara agensi yang dibayar untuk menyebarkan info demi info yang dikaitkan dengan pendidikan dan kesedaran alam sekitar.
hasilnya.
kami selesaikan tangungjawab semasa.
tangungjawab seterusnya.
KITA BERADA DIDALAM SEBUAH NEGARA YANG
MELETAKKAN POLITIK DIATAS SEGALA
' polical will ' + keinginan politik.
itu adalah jawapan kepada soalan demi soalan
kenapa persoalan ini tidak pernah selesai.

6 ulasan:

2_one berkata...

jinggo..thnx ats perjuangan anda..smoga segalnya dipermudahkan..

Syd berkata...

Dunia teknologi terlalu pantas berlari, membuat kita lupa, udara yang kita sedut, setiap saat, bukan dari tabung tetapi dari alam semulajadi. Moga tidak sampai waktu, di mana semua manusia perlu mengheret tong gas untuk memastikan terus bernafas.

p.s syd (0rang angka) menulis kembali :) sudi sudikan di "alkisah"

Pn Kartini berkata...

Salam Mr jIGGO :)

begitu lah manusia..umpamakan konsep "ada aku kisah!!"..yang difikir hanya keuntungan ..tidak kisah menggadai harta alam anugerahNya..Padahnya di depan mata..tiada lagi keseimbangannya..maka bencanalah kejadiannya...

- jinggo - berkata...

2one
kerana kamu salah seorang dari anak murid jinggo...
bukan mudahkan
untuk menubuh kelab pencinta alam dimaktab.
beza dengan nak tubuhkan kelab IMalaysia...
ha.....

- jinggo - berkata...

syd
jangan lupa kat jepun dah dijual udara bersih dalam tin
dan di PJ pun dah ada agennya.....
nak udara - bayar...........

- jinggo - berkata...

pnkartini
dalam biologi sudah terang dan jelas keperluan pelajar kita untuk tahu..
kita mengajar untuk exam
maka begitulh seterusnya....
membaca untuk exam

Eco Kid Adventure on Facebook