Khamis, 17 Disember 2009

jangan jadi monyet

dikisahkan begini
satu pemerhatian dibuat keatas empat ekor monyet yang
diletakkan dalam satu sangkar.
sebiji buah pisang digantung ditengah2 sangkar tersebut.
melihat pisang tersebut.
semua monyet datang untuk mengambil pisang tersebut.
NAMUN
setiap kali monyet tersebut mahu menghampiri pisang
si pemerhati akan memancutkan air dengan
deras kearah monyet tersebut.
HAL INI BERTERUSAN HINGGA SEMUA
MONYET ITU TAHU AKAN BAHAYA
UNTUK MENDAPAT KAN PISANG TERSEBUT.
seekor monyet di keluarkan
dan dimasukkan monyet baru
dan melihat ada pisang tergantung
monyet baru cuba menghampiri
DAN MONYET LAIN AKAN BERTERIAK
bahaya.
AKHIRNYA.
seekor demi seekor monyet dikeluarkan
dan dimasukkan yang baru yg jumlahnya empat ekor.
BILA
air sudah tidak disemburkan.
monyet2 itu tetap tidak berani menghampiri pisang tersebut.
PENGAJARAN PADA KITA.
kadang2 dalam kehidupan seharian.
ramai diantara kita melakukan sesuatu tanpa tahu mengapa
perkara itu dilakukan dan mengapa ada pula yang dilarang
TERUTAMANYA DALAM KONTEKS MENDIDIK.
ibubapa memberi larangan tanpa sebab.
dan anak2 akan mencari jawapan diluar.

13 ulasan:

Tirana berkata...

Persekitaran negatif sedikit sebanyak menyebabkan kita menjadi negatif, hilang keyakinan terhadap kemampuan diri sendiri. Kadang-kadang kita kena jadi pekak terhadap suara-suara negatif yang tidak ingin melihat kita maju dan berjaya.

insan pendidik berkata...

salam jinggo,

dalam situasi di sekolah
sebarang hukuman yang akan/telah dijatuhi
perlu diterangkan sebab musabab sebaiknya
agar memberi kesedaran dan pengajaran
yang mendalam

ONE ZABA berkata...

serik...bahaya...ada ke istilah serik dan bahaya tu dalam minda dan perasaan remaja sekarang ni. kalau tak caya tunggu dekat-dekat nak raya nanti. ramai le yang hilang jari. itu belum cerita bab rempit ngan pergaulan bebas.

MaizaC'Joe berkata...

Salam Jinggo

apa bila di larang tanpa sebab, Semangat tidak dapat ditingkatkan dengan kebiasaan yang positif dan konstruktif. Jika di fikir semuanya negetif, maka tiada keyakinan semangat dalam diri. Kemampuan diri untuk lebih berjaya terbatas. Tapi, dalam konteks pergaulan sosial melibatkan remaja kalau terlalu dilarang, di halang susah juga sbb itu akan membataskan pergaulan mereka. Beri mereka peluang. Tapi, jangan pula terlalu membuka peluang.. bebas pergaulan sebab ada di antaranya tak memikir dahulu sebelum membuat sesuatu..

-maiza-

Brahim Nyior berkata...

Salam Bro Jinggo.

Monyet tak sama dengan manusia.

Dalam teori Behaviourisme, kebanyakan penyandangnya, sama ada Piaget, Maslow dan lain-lain, mereka menggunakan medium haiwan untuk mengkaji sifat manusia.

Sedangkan "manusia adalah sebaik-baik kejadian.." (At-Tin)

Cuma, apa yang kita boleh persetujui, tindakan menghalang anak-anak sekarang dengan pantang larang dan petua, nampaknya tidak begitu sesuai. Ini hakikat, kerana anak-anak dewasa ini menerima maklumat drp sumber yg pelbagai.

Jika salah cara, mereka dapat maklumat yang salah dan akhirnya merugikan diri sendiri.

hazlin berkata...

Salam,
Semoga hadirnya sinar baru 1431 Hijrah, menghijrahkan kita ke arah yang lebih baik...

- jinggo - berkata...

puan tirana
terima kasih kerana selalu mengembangkan idea dan pandangan untuk dikongsikan..

- jinggo - berkata...

cgu IP
rasanya sistem pendidikan kita amat sempurna
tapi sistem persekitaran kita amat2 rapuh.tidak selari....

- jinggo - berkata...

cgu one
rasanya macamana tu.
tak ke sapa2 yang nak bagi tau budak2 tu..
main meriam tu - bahaya
kenapa bahaya.
jawab.................

- jinggo - berkata...

maiza
teringat zaman kecik2.
kalau nak jengok makpak sembang - selalu depa suruh pi main jauh2.
kenapa.
dan mengapa.
ha...itulah persoalannya

- jinggo - berkata...

yop brahim
terima kasih kerana pandangan dan perkongsian.
kita ambil itu sekadar cerita untuk dijadikan cerita...ha...

- jinggo - berkata...

cgu hazlin..

terima kasih
selamat tahun baru

日月神教-任我行 berkata...

AV,無碼,a片免費看,自拍貼圖,伊莉,微風論壇,成人聊天室,成人電影,成人文學,成人貼圖區,成人網站,一葉情貼圖片區,色情漫畫,言情小說,情色論壇,臺灣情色網,色情影片,色情,成人影城,080視訊聊天室,a片,A漫,h漫,麗的色遊戲,同志色教館,AV女優,SEX,咆哮小老鼠,85cc免費影片,正妹牆,ut聊天室,豆豆聊天室,聊天室,情色小說,aio,成人,微風成人,做愛,成人貼圖,18成人,嘟嘟成人網,aio交友愛情館,情色文學,色情小說,色情網站,情色,A片下載,嘟嘟情人色網,成人影片,成人圖片,成人文章,成人小說,成人漫畫,視訊聊天室,a片,線上遊戲,色情遊戲,日本a片,性愛

Eco Kid Adventure on Facebook