Isnin, 9 November 2009

hidup mesti begini...

Dr David M. Burns menyatakan
individu yang ' sempurna ' cenderung memiliki ' standard ' yang tinggi dalam segala hal terutamanya berhubung dengan dirinya.
dikatakan biasanya ' standard ' tersebut telah di program sejak kecil lagi.
DIKATAKAN
dalam kadar tertentu - sifat ' kesempurnaan ' boleh menguntungkan
kerana keinginan untuk melahir kesempurnaan.
tetapi ada juga yang terdorong kearah negetif.
INDIVIDU JENIS INI BIASANYA HOBINYA
ADALAH MENKRITIK DIRI SENDIRI.
dan sering beranggapan setiap kerja yang dilakukan ada sahaja yang tak kena.
bagaimanapun sifat ini biasanya cenderung berakhir dengan kekecewaan.
MENGEJAR KESEMPURNAAN UMPAMA
BERUSAHA UNTUK MENANGKAP ANGIN.
kesan dari karektor ini
sering tertekan
dengan standard yang ditetapkan kadang2 menjadi kelompok sentiasa berada dalam tekanan.
sakit hanya disebab mencari kesempurnaan
sukar berkerjasama
kerana standard tidak sama dengan orang lain.
dan ketidakupayaan untuk menyamaratakan standard menjadikan
kelompok ini terlalu sukar untuk bersosial.
dikatakan juga sikap tidak mudah berkompromi dengan standard menjadikan
beban dalam hubungan sosial
kalah sebelum bertanding
berdasar satu bacaaan menyatakan : orang begini biasa beranggap
jangan berani mencuba andai kita merasa akan gagal
akhirnya tidak ada perkara baru dalam hidup.
kegembiraan tersekat
dalam hidup kelompok ini tidak pernah berhenti berfikir
mana tidaknya - setiap apa sahaja yang dilakukan perlu dibuat kajian walaupun isu yang remeh temeh.kesannya kelompoknya tidak akan merasa gembira kerana sering dihambat dengan perasaan berdebar2 dan takut apa yang dilakukan berhadapan dengan kegagalan.
DARI JINGGO
saya kerap berurusan dalam hubungan sosial dan urusan2 perniagaan.
kesan ketara dari pengalaman
RATA2 KELOMPOK INI
memilih untuk hidup bujang @ tidak berpasangan.
mungkin berfaktor kepada kesukaran untuk menyamaratakan ' matlamat ' dikala bersosial.
dan saya yakin
HIDUP INI TIDAK PERLU TERLALU IDEAL
SEMUANYA PRAKTIKAL
lawan kepada kelompok ini adalah
KELOMPOK CINCAI.
macamana kalau semua diambilmudah.
janji siap.
lagi susah.
Rujukan hasil tulisan Dr David dalam Majalah Remaja.

33 ulasan:

Che' Pit berkata...

hmm Melancholics atau Perfectionist.. sy sebenarnya tergolong dlm kumpulan ni, melancholics cholerics.. yang mementingkan kesempurnaan..

Tak salah cuma biarlah berpada, bertempat.. jangan sampai menjadikan kita org yg cerewet teramat sudah ler.. sampai nak menyusahkan org, apa citer kan..

waa ayat RATA2 KELOMPOK INI
memilih untuk hidup bujang @ tidak berpasangan, hmm tu bukan diriku.. bkn sbb tu maih bujang.. nak tahu? tgk entry teman tapi mesra vs seiring sejalan kat "rumah" sy tu, ngeh ngeh ngeh

Unknown berkata...

ngeh..
kesempurnaan penting : amat penting dalam pengurusan kerjaya dan matlamat.
sebab ada baiknya
sebab lawan kepada kelompok sempurna adalah kelompok yang
CINCAI.....
janji jalan.....
macamana tu.....

Che' Pit berkata...

base pada kata2 penceramah masa sy kursus tahun 2007 tu, kebanyakan CEO di dunia tergolong dalam kumpulan Melancholics Cholerics ni - kesempurnaan.. ngeh ngeh ngeh, sy pun termasuk dlm kumpulan ni.. base pada ujian yg dijalankan..

So mmg betul kata cgu jinggo ni, kesempurnaan penting dlm pengurusan kerjaya dan matlamat..

Tanpa Nama berkata...

Hidup..adalah apa yg kita pikir dan lakukan..bukan pikir..tapi tak buat apa2..

Unknown berkata...

dan saya.
mungkin dalam kelompok itu..
kesempurnaan.
sebab itu mengambil keputusan untuk berkerja sendiri.....
yang penting.
saya melihat dunia dari sudut praktikal....
sebab konsep ini terlalu besar kalau mahu di bincangkan....

berdasarkan catatan penuh dr david : ada skala2 tertentu yang boleh dijadikan rujukan...

kalau dah lebih dari 6 ke atas tabah kesempurnaannya - maka bersediakan ' duduk sorang2 ' ....ha....ha.....

Unknown berkata...

puan aryani

sebab saya rasa semua orang hebat diatas muka bumi ini adalah orang yg mencari kelainan dalam rutin harian.
yang membezakan...
sejauhmana ' keinginan ' untuk sempurna sehingga terlalu payah.........

ZOOL@TOD berkata...

Saya mempunyai seorang rakan yang amat mementingkan kesempurnaan. Akibatnya banyak kertas kerja dan kajian tertangguh dan tidak siap (kerana pada pandangan matanya tidak sempurna).

Pada saya kesempurnaan itu penting tapi mesti ada ruang untuk "adjustment". Jangan terlalu "rigid" kelak menyusahkan.

Orang yang hidup membujang bukan kerana kesempurnaan tapi takut kepada ketidak sempurnaan pasangannya dan tidak memahami konsep perkahwinan.

Unknown berkata...

Pada saya kesempurnaan itu penting tapi mesti ada ruang untuk "adjustment". Jangan terlalu "rigid" kelak menyusahkan.

enzoll

saya mencari ayat begini.
untuk menyempurnakan kefahaman dalam N3 ni.
adjustment
rigid....

farnaz berkata...

saya bukanlah golongan perfectinaist dan juga bukan golongan cincai. sepanjang blajar di cni, saya dh bekerjasama dengan pelbagai golongan tuk siapkn xsignment. saya agak cepat meradang bila bekerjasama dengan golongan yang mementingkn kesempurnaan ni. sbbnye sentiasa nak wat discussion tp progress keje berjalan amatlah perlahan. cadangan dan perancangn pun sering ditukar menyebabkan kerja bertambah2. kesempurnaan mmg penting tp jgnlah sampai menyusahkan orang lain.

Unknown berkata...

farnaz

orang yg mementingkan kesempurnaan dikaitkan juga dengan
menang - kalah
orang2 yg memegang hidup pada prinsip....
hitam katanya hitam lah sudahnya.
yang mudah.
ruang untuk menerima penambahbaikan dari orang lain...

MaizaC'Joe berkata...

Salam Jinggo

saya bkn dari golongan trlalu ideal, tapi kesmpurnaan itu penting.. saya lebih suka mencuba dahulu.. jika tak mencuba tak akan merasa nikmatnya.. apa saja keputusan tak kira melibatkan kehidupan @pun lainnya mengikut keadaan sebelum buat apa2 keputusan akan di fikir panjang.. sebabnya tak mahu berada di kelompok cincai..

-maiza-

Unknown berkata...

maiza

terima kasih kerana pandangan.
begitulah seadanya yang sepatunya.
jangan terlalu ideal.
nak kahwin..
lelaki mesti macam datok K
kalau tidak..
membujang lagi baik...
.....

MaizaC'Joe berkata...

Salam Jinggo

nak kawen mesti macam Dato k??
haha!! susah tue... 'tiada yg istimewa lbh baik yg brsederhana' klu dapat mcm Dato' K.. bagus jg itu bonus aja.. hee.. buat lawak.. klu tak membujang lebih baik? ee.. fikir panjang.. hidup harus di teruskan.. itu lebih baik..

-maiza-

Tirana berkata...

orang yang 'Idealistik and perfectionist'susah nak belajar sesuatu sebab dia tidak benarkan dirinya melakukan kesilapan padahal kita banyak belajar dari kesilapan.

Unknown berkata...

puan tirana

saya suka ayat
tidak membenarkan dirinya melakukan kesilapan....
kalau takut buat silap bermakna kita tak buat apa2

Unknown berkata...

maiza

orang yg tak mahu kahwin ini ada kajian lain menyatakan...
memilih
betul ke...
saya yakin.
kita orang melayu yang terlalu mudah memilih...
kita cepat bersangkabaik dengan orang.....

Maiyah berkata...

adakah kita ni dah sempurna, tapi kita perlu rsa camtu utk membaikki kesempurnaan :)

2_one berkata...

bgus mngejar kesempurnaan krn mahu jd yg terbaik.bt yg sebaik mungkin n sesempurna yg mungkin tp jgn smpai myusahkan dri n org lain. btl utk mndpt kejayaan ad laluan ssh yg perlu kite lalui..tp apa2 pn trima dgn hati yg lapang.barulah org selesa berkerja n bersama dgn kite..terima buruk dan baik org lain dgn hati yg lapang n terbuka..pd mse yg sama ad usaha untuk menambahbaikan..kalo mngejar kesempurnaan sehingga dri tertekan n org lain xselesa dgn kite,itu bkn namanye kesempurnaan.nk bt sesuatu kite kena fikir.cnth,kalo bt mcmni apa yg berlaku n kalo bt mcmtu apa plak yg berlaku.kena pk jgk sbb n akibat..

Unknown berkata...

puan maiyah

ada kita sudah sempurna.
sampai kesudah jawapan yg dijadi tidak akan ditemui........

Unknown berkata...

Pada saya kesempurnaan itu penting tapi mesti ada ruang untuk "adjustment". Jangan terlalu "rigid" kelak menyusahkan.

Izzati

saya kembali dengan komen enzoll - tidak salah kita mencari kesempurnaan tetapi ada ruang untuk kita mendengar pandangan lain....

2_one berkata...

ye sy setuju..pd masa yg sama bljr utk menerima,menilai n mnganalisis pandangan,kritikan org lain

Unknown berkata...

2 one

semuga dihujung nya kamu akan menjadi seorang guru yang terbaik....
belajar dari guru2 yang lain.....

Unknown berkata...

"hang ni seorang yg mementingkan kesempurnaan... bla...bla..." Kata2 seorg teman (lelaki yg baru 2,3 kali berbicara dgn saya) menilai saya,10 tahun yg lalu! sekadar berkongsi 'hukuman' org yg tak pernah saya lupa...

biasalaaa... menghukum org!
'Judge a book by its cover'

eh,kita bersederhana je laa... bagi saya, sempurna itu tidak wujud!

yang wujud...
~kesempurnaan bersama kelebihan dan kekurangan~

kdg2,ceq pun cincai gak... ekekekk... diriku hanya insan biasa...

Dearie Pearls berkata...

Salam Bro,
even merancang utk malangkah jauh tetapi dek fikiran negative selalu menghalang maka apa yg dirancang hanya tinggal rancangan semata.

Happy Monday :)

ONE ZABA berkata...

bersiaran dari highway pantai timur menuju ke Kuantan... udah begini tugas dan kehidupannya.

Rashid berkata...

Saya selalu fikir, buat keputusan dan laksanakan. Sempurna atau tak.. tolak tepi jika keputusan dah dibuat. Bagi saya, kesempurnaan memang penting tapi usahanya dan prosesnya untuk menghasilkan kesempurnaan itu adalah lebih penting..

Guru berkata...

assalammualaikum jinggo

sempurna? atau yang terbaik?
saya tengok keadaan...jika kerja rutin, ia terjadi biasa saja..
tetapi jika ia istimewa, luar biasa, seboleh mungkin ingin dibuat sebaik mungkin...
nak buat camana... saya insan biasa juga

Unknown berkata...

pija

terima kasih
saya - separuh2.disebabkan mencari kesempurnaanlah saya bekerja sendiri kut.
dalam disebab kesempurnaanlah - saya kadang2 jadi kuli dan boss........

tapi masih ada ruang untuk berbincang.

Unknown berkata...

Lol

saya percaya orang yg mencari kesempurnaan terlalu banyak suara2 kecil2.....yang berbisik

Unknown berkata...

cgu one..
jauhnya bersiar....
dapat pulak siaran.....
he......

Unknown berkata...

cgu rasyid
saya suka ayat ' proses ' untuk sempurna.
tentunya ianya melibatkan orang2.......

Unknown berkata...

cgu KL..
rasanya ini penutup kepada komen2 orang yg hebat2...dan sempurna.
saya simpulkan begini
kita mahluk tidak sempurna.
dan tentunya ada proses yang tidak mencalarkan hati2 sesiapa menuju kepada kesempurnaan tersebut....

Abd Razak berkata...

Salam...

Allah tak minta kita untuk menjadi terbaik dan sempurna tapi hanya perlu untuk melakukan yang terbaik dan sempurna, meletakkan sandaran & keyakinan yang sepenuhnya kepadaNya, pasti DIA akan menguruskan yg selebihnya agar yg terbaik & sempurna itu menjadi milik kita.

Eco Kid Adventure on Facebook