Selasa, 17 November 2009

kita untuk kita...

salah satu asas untuk melakukan sebarang perubahan
anda harus memenuhi keperluan diri anda sendiri terlebih dahulu.
TANGGUNGJAWAB KITA BUKAN UNTUK
MENYENANGKAN ORANG LAIN TERLEBIH DAHULU.
nampak seperti ada keangguhan disitu.
seorang ahli akademik menulis begini.
setelah kita melakukan yang terbaik untuk diri sendiri barulah terdaya kita
memberi sumbangan dan layanan yang terbaik bagi
ahli keluarga
kawan2
masyarakat
agama
negara.
dr seabury dalam buku
ART OF SELFISHNESS menyatakan.
jangan bimbang tentang keadaan dunia
jika anda bimbang
perasaan itu akan menghancurkan diri anda
fikirkan masalah satu persatu.
senangkan diri anda
lakukan sesuatu untuk anda dan orang2 lain akan menyokong anda.
MASANYA TELAH TIBA UNTUK ANDA MENYOKONG DIRI SENDIRI
dari jinggo.
BIAR DIMANA DAN BAGAIMANA
MARI KITA MENYOKONG DIRI SENDIRI.

23 ulasan:

Izzah berkata...

salam alaik,

kita perlu sihat,
untuk melihat org sekeliling kita juga sihat,
kita perlu gembira,
baru kita boleh melihat orang lain gembira...
Dalam islam pun ada menyatakan..
kita perlu berilmu dahulu...
baru boleh memberi ilmu kepada yang lain..
Great day cikgu...!
:)

ZOOL@TOD berkata...

"jangan bimbang tentang keadaan dunia
jika anda bimbang
perasaan itu akan menghancurkan diri anda"

Saya sangat suka dan setuju dengan frasa ini. Dunia ini lambat laun kita akan tinggalkan, janganlah taksub sangat dengan kemewahannya.

Dan semestinya saya menyokong diri sendiri

~Insan Biasa~ berkata...

yup....mari kita menyokong diri sendiri. lebih patut diutamakan.

terima kasih.

Mak Su berkata...

eehhh, betul! kena satisfykan diri sendiri, baru boleh tolong orang. klu diri sendiri tak hepi tapi nak dok sakap-sakap-sakap kat orang, namanya hipokrit. kan jinggo....

maksu byk jumpa orang mcm tu kat tempat cari makan ni, rimas dibuatnya

Unknown berkata...

izzah
saya setuju dengan pandangan tu..
tapi ada juga pandangan yang agak klasik...
biarku menjadi lilin....

sejauh mana betul nya...

Unknown berkata...

enzool..
saya pun suka dengan ayat tu...
kita adalah penyokong untuk diri sendiri....

Unknown berkata...

cgu anis..

apa lagi.
calun diri sendiri
sokong diri sendiri
diri sendiri yang menang...

Unknown berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Unknown berkata...

mak su

terima kash kerana pandangan..
ingat
sokong diri sendiri.
lepas tu baru org lain...

MaizaC'Joe berkata...

Salam Jinggo

betul tue... kena penting diri sendiri dulu. kalau diri tak terurus macam mana nak bantu orang lain.. Jom sokong diri..

-maiza-

CITY® berkata...

salam jinggo..

heeeeeeee
saya telah, sedang dan akan terus menyokong diri saya sendiri
tapi
tapi
saya juga ingin mencari2 seseorg
yang boleh bersama2 saya menyokong saya,
huwaaaaaaaaaaaa...
nak tolong sokong ke?
ekekekek

Tirana berkata...

Sayangi diri sendiri terlebih dahulu agar dari situ kita tahu bagaimana untuk menyayangi orang lain.

Saya kena jaga kesihatan diri sendiri dengan baik supaya dengan itu saya boleh menjaga kesihatan suami dan anak-anak..Kalau asyik sakit, macam mana nak jaga mereka kan? hehehe..

p/s lepas makan ubat dan tidur sejam dua, alhmdulillah sakit kepala dah hilang cuma batuk saja yang belum reda.

tinta kasturi berkata...

salam
catatan ini mengingatkan sy kpd suatu firman

"Wahai org2 yg beriman, perihalah dirimu dan keluargamu dari azab api neraka .......ila akhir" (66:6)

'dirimu' disebut dulu sebelum keluarga

"ubah dunia dengan mengubah diri"

Unknown berkata...

maiza..
biarku menjadi lilin sudah tidak boleh digunakan......
he....
he..
mari kita memenangkan diri sendiri kerana siapalah kita - tanpa diri kita

Unknown berkata...

blue..
nak...nak...
nak sokong macamana..
tolong kempenkan kan boleh...
mRI SOKONG BLUECITY....

apa2 pun kita perlu salinh sokong menyokong

Unknown berkata...

puan tirana

saya kena berbicara secara posotf dulu sebelum mengajak orang lain berbicara sama...
menariknya
saya diajar dari laluan yg berbeza.

Unknown berkata...

tinta kasturi

terlalu cantik ulasan berserta dengan ingatan....terima kasih

insan pendidik berkata...

salam jinggo,

Untuk melakukan perubahan yang besar itu. Perlu berbalik kepada diri sendiri. Lihat juga kemampuan diri sendiri. Muhasabah diri dulu.

Unknown berkata...

yes IP.

saya percaya kepada sebelum kita nak menuding orang lain..
tuding diri sendiri.
konsepnya sama...

ONE ZABA berkata...

ya, aku sokong. aku bangkang kalau ada bangkangan.

nak cakap lebbih-lebih tak boleh. tengah meting di kuala terengganu.

zai berkata...

Hanya kita yg mampu mengubah diri kita dari negatif ke positif bukan oranglain..jika kita tidak membantu diri sendiri siapa lagi ??? oranglain hanya mampu menasihati tapi tak mungkin dapat mengubah sifat kita tanpa kemahuan diri kita..ingat disekeliling kita banyak musuh dalam selimut dan musuh yg paling merbahaya adalah diri kita sendiri..

Unknown berkata...

he cgu one
meeting.
dan saya akan jadi penyokong kalau cgu one jadi calon kat gunung.....

Unknown berkata...

kak zai..

memang.
musuh paling besar : adalah diri sendiri.....

Eco Kid Adventure on Facebook