Rabu, 11 November 2009

mari kita mengumpat...sebanyak mungkin !

ingat orang yang mengumpat bersama kita hari ini
mungkin akan mengumpat kita didepan orang lain..
mengumpat dan penipu saling berhubung kait
umpatan tersebar dengan pantas dan selalu dibualkan.
KAKI MENGUMPAT TIDAK PERNAH MENCERITA
MENGENAI DIRI SENDIRI
mengumpat lebih menekankan kepada apa yg
DIDENGAR
oleh mereka bukannya apa yang mereka
DENGAR
pujangga ilmu menyatakan
rata2 orang mengatakan tentang orang lain
orang yg sederhana memperkatakan
tentang perkara harian
orang hebat memperkatakan mengenai pendapat
pengumpat tidak menhormati keadilan
KITA BERTANYALAH PADA DIRI.
jika kita terlibat + terdengar
adakah ianya benar
adakah ianya baik
adakah ianya perlu
adakah saya menyebar khabar angin
adakan saya seronok menyebarkan khabar angin
adakah berbualan saya bermula
JANGAN BERITAHU ORANG LAIN
dari jinggo
dunia hari semua orang mahu jadi pemenang
dunia sosial semasa
dunia politik semasa
dunia politik maya.
proses untuk jadi pemenang kadang2 kita tersasar.
orang2 hebat mengatakan tentang pendapat.
diolah dari buku U Can Win - Shin Kera

20 ulasan:

zaijb berkata...

salam cikgu,

setiap org ada hak utk berkata2... tapi bila mereka membuat spekulasi tentang sesuatu yg mereka tidak tahu itu adalah sesuatu yg tidak elok... kita boleh melihat sendiri di sekitar kita atau di dlm blog sekalipun... mereka asyik bercerita tentang sesuatu yg mereka anggap menyeronokkan dan menghentam seseorg yg mereka sendiri tidak tahu ceritanya...
itupun di panggil mengumpat juga... adakah mereka ini tidak sedar... mereka telah menguriskan hati seseorg.
jikalau kita boleh control kita perlu mengawal nye... jgn menyakiti hati org lain.

ape2 pun manusia memang seronok utk bercerita hal org lain... patut kita mengelak dr terlibat sama.

Unknown berkata...

zai.
itu adalah karektor.
karektor ini kajian sudah terlalu banyak dijalankan.......
dan banyak juga penghakiman untuk mengenal karektor...

sebab tu - jalan mudah untuk tgk 'true color ' orang - cuit emosinya.

ada yang terus mendadak membalas dan mencari ruang untuk ' lawan ' balik.macam diblog - ruang terlalu terbuka.

saya mudah - memilih kawan yang seirama - rasanya kalau ada dimana2karektor yg boleh ' menjatuhkan ' -jauhkan.......dalam konteks hubungan sosial tidak banyak membantu.

moralnya : kita hormat orang lain sebagaimana kita mahu diri kita dihormati.....

MaizaC'Joe berkata...

Salam Jinggo

kadang tak sedar mengumpat ka atau sedang bercerita.. bila dah lama berbual panjang mulalah terkeluar bab tak sepatutnya.. tak ada semuanya sempurna.. mesti ada juga kesalahan pernah di lakukan (mengumpat)jadi bila tersedar terlajak mengumpat cepat2 beredar.. elakkan.. dalam konteks hubungan sosial... saya lebih suka bergaul dng org yg tak ada ciri2 mngumpat @pun caripasal, tapi lebih kpd saling bercerita perihal masing2 dan usik mengusik.. (yg membina)istilahnya "1 kepala" malas nak berckp nak komen bab2 org lain..... nak org hormat kita... hormat org lain... elak sakitkan hati org...

-maiza-

hans berkata...

masa mengumpat best giler tapi bila jadi bahan umpatan memang sakit hati
haha

Marzalina berkata...

kat sini tiap2 hari ada orang mengumpat..mancari cela dan iab orang lain..sampai bila saya pun tak tahulah cikgu. apa yg saya tahu, mengumpat saudara kita samalah seperti memakan daging sauadara kita...ia dah jadi kebiasaan pula saya tgk. apa yg saya tahu, ramai perempuan akan masuk neraka kerana mengumpat..nauzubillah, minta Allah lindungi kita semua.

Abd Razak berkata...

Salam...

Kena ingat...Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: "Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat" (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad)

Mak Su berkata...

iya ler, bergaul lite-lite aje ler... ek

Unknown berkata...

maiza
percayalah
apa yg kita beri dan kita akan terima..
budaya menyampah2 ini biasa - akan dikemaskini untuk lebih memburukkan keadaan....
baru seronok nak mengumpat...

ONE ZABA berkata...

mengumpat dan diumpat dah jadi macam ulam-ulaman.

Unknown berkata...

hans

masa menyumpat - kepada yang memang kaki - seronok : tambahan lagi kalau ada penyokong...he...

Unknown berkata...

intan.
hang nak jadi orang hebat.....
jauhkan karektor ni
di lapangan sosial
dimana2 pun..
impaknya besar...

Unknown berkata...

enrazak
terima kasih kerana info yg amat menarik.
saya menjadi amat2 takut dengan perubahan persekitaran..
budaya fitnah dan umpat dah jadi - budaya semasa.
dimana2 pun.

Unknown berkata...

mak su
yang pasti kita dan sukusakat kita jauhkan dari budaya ini...

Unknown berkata...

cgu one
sesekali pi jengok kat bilik guru -macam2 cerita ada....

Dearie Pearls berkata...

Salam Bro..
Kadang cerita punya cerita, tak sedar termengumpat tapi kwn kata ini bukan mengumpat, ini realiti..
Bukan kutuk2..
Hehe..

Unknown berkata...

Lol

mengumpat dan bercerita : keadaan nya hampir sama...
cuma kadang kita - kena membuat pertimbangan.
semuga perkongsian kita memberi sedikit tips

ASYIQ berkata...

Mengumpat....habis semua pahala kita sedekahkan pd org yg kita umpat. Sila jangan sanggupkan diri...hihi.

Pn Kartini berkata...

Salam mr jinggo..
Kdg2 bila kata2nya,..
"jangan beritahu org"...
Yang tu jgkkkk lee org nak canang...!!

Unknown berkata...

cgu asyik

tapi itulah yang suka2 sangat..
terutamnya dalam arena politik negara...
yang tak ada pun diadakn

Unknown berkata...

cgu tini
jangan bagi tau orang ok....
..............
he....
he...

Eco Kid Adventure on Facebook