Isnin, 2 November 2009

perempuan kena tahu....

sapa kata lelaki tidak sensitif.
LELAKI JUGA MANUSIA
ada beberapa situasi lelaki menjadi sensitif dan
tersinggung dari perempuan
ini dikatakan faktor besarnya
apabila kehendaknya tidak dituruti
membangkang.mengkritik pandanganya
menyatakan sesuatu yang tidak baik mengenai keluarga dan orang kesayangannya
tidak menghargai pengorbanannya
mencabar keupayaannya
DIKATAKAN PERASAAN SENSITIF BERMULA DARI
pola asuhan
semulajadi
keturunan
TANDA2 LELAKI SENSITIF
berdasarkan kajian lelaki kalau sensitif @ merajuk lebih teruk dari perempuan.
lelaki akan tonjolkan pada fizikalnya
diam seribu bahasa
walaupun sebelum ini dia paling kepoh.
tandanya diam - kalau bercakap pun dengan mengiakan dan anggukan sahaja
buat tak tahu
sebelum dia rajin.kesan dari rajukan jadi malas.
semuanya buat acuh tak acuh.
dah dia akan buat tak dengar.
menolak makan bersama
ini yang dielakkan - kerana tidak mahu face to face
masam muka
macam mana tu
baca suratkhabar / majalah
inilah cara orang merajuk nak habiskan masa.sampai iklan2 kecil tu di tatapnya.
keluar rumah tanpa beritahu
ha.selalunya kemana agaknya
matikan handphone
alasan bateri habis - padahal tidak mahu diganggu.
balas dendam
ini yang paling teruk bergantung kepada jenis rajukkannya
DARI JINGGO
sensitif dikatakan milik perempuan.
dan dikatakan amat2 tidak molek lelaki sensitif.
berdasarkan pembacaan menyatakan begitu
lelaki akan zahirkan kesan perasaan sensitifnya pada fizikal
sementara perempuan lebih banyak menyimpan.
MUNGKIN
sebab apa daya kita mampu mengelak
berhadapan dengan hukum biologi ni.
bahan ini saya kutip dari buku
jadi cool + positif
( psikologi suka- suka )

25 ulasan:

Maiyah berkata...

lelaki pun ada sensitif gak, dah bleh nampak skrg kat mna2 lelaki cuma cara mrk mungkin lain kit :)

ONE ZABA berkata...

kat sini aku ni sesitif sangat ngan kucing. ke mana pergi ada je hasil buangan kucing tu. atas kereta penuh dengan cap tapak kaki. tayar kereta jadi tempat memancut. longgokan sampat jadi taburan sampah. kenapa jadi gitu... kerana ada jiran yang tak sensitif dengan kesejahteraan orang lain. walau sudah beberapa kali ditegur, namun masih jadi pekak badak.... hampehhhh!!!

Zuraini bt Kamarudin berkata...

penngalaman bersama lelaki sensitif cukup menguji kesabaran yg ada pd diri ini..insyallah...boleh pertahan smpi kini....

Tea Cha Hai berkata...

merajuk tu merajuklah...tapi kalau dah selalu merajuk tu...buruk rupanya... he he he.... tak kuasa den nak pujuk....Plzssslah!

Guru berkata...

assalammualaikum

lelaki merajuk memang susah nak pujuk ya..

Unknown berkata...

puan maiyah
dalam soal ni cukup menarik bacaan saya..
lelaki memang teruk kalau merajuk.....ha.

Unknown berkata...

cgu one

saya sensitif dengan kawan2...
pinjam kereta tak reti nak isi minyak..
kalau isi pun 5 RM......
hampeh.

Unknown berkata...

kak zu..
bersuamikan lelaki yg sensitif...
kita bertimpal balik ajalah kut...

Unknown berkata...

alamak cgu ari.
kalau perempuan merajuk nak lelaki pujuk
kenapa tidak sebaliknya
nak pujuk lelaki macamana agaknya.

Unknown berkata...

cgu Kl..

macamana agaknya kalau lelaki merajuk : ada tapi tak banyak kut....

zaijb berkata...

kalau lelaki merajuk... tak comel lerr..hehe
tapi macam mana kalau dua2 merajuk... saper nak pujuk macam nie...hu..

tinta kasturi berkata...

sensitif satu anugerah yg baik jika diuruskan dengan bagus..

zai berkata...

merajuk lelaki sukar difahami kadang2 lebih banyak mendiamkan diri seribu bahasa dan mengulang baca paper yang sama berkali-kali..hahaha ini sering terjadi kat kak zai dan suami..tapi alhamdulillah sekarang kak zai akan pastikan pegang prinsip yang sama seperti suami "mengalah" tapi....tak bererti kalah.. alhamdulillah itu lebih baik sebenarnya..

MaizaC'Joe berkata...

Salam Jinggo

merajuk..

perempuan klu merajuk lbh suka brdiam.. tapi ada jg yg suka buat bising (buruk betul lbh baik diam).. lelaki merajuk kesan pd fizikal. nak merajuk tak slh ada masanya perlu jg merajuk tp jng keterlaluan buruk pl rupa.. sy dpt mengesan lelaki yg merajuk brdasarkan apa yg jinggo senaraikan tue. ada jg sy mngkaji ha.. betul.. cth 'adik lelaki merajuk' buruk betul.. tp sy kakak & kawan yg tak akn bosan memujuk.. pujuk & terus pujuk sampai sejuk hati. tue pun klu mkn pujuk.. klu tak diam aja la..

-maiza-

Tirana berkata...

Diam membisu seribu bahasa ialah bahasa rajukan lelaki yang paling membuatkan saya kelam kabut. Saya suka lelaki yang kalau dia terasa, dia akan berterus terang dengan saya dengan baik.

Abd Razak berkata...

Salam...

Saya pun sensitif namun jarang ditunjuk dan tidak berpanjangan...:)

Yang penting sensitif kita terhadap diri kita iaitu sentiasa muhasabah diri kita. Orang yang selalu muhasabah ialah orang yang sensitif terhadap dirinya. Agak-agak bagaimana muhasabah itu berlaku ya?

Brahim Nyior berkata...

Lelaki pun ada perasaan.

Tapi kalau lelaki merajuk macam cerita 3 Abdul (P.Ramlee), buruk beno rupanyer..

Unknown berkata...

zaijb

lelaki juga manusia.
kalau keduanya merajuk..
sebab tu dikatakan pasangan yg baik adalah mampu bertimbalbalik...

kalau keduanya : dapur tak berasap lah

Unknown berkata...

tinta kasturi

jangan kita nak mengalahkan fitrah dan hukum biologi yang Allah sempurnakan untuk kita..
tentunya kita tahu dimana nak salurkan....

Unknown berkata...

kak zai

saya pun macam tu - baca suratkhbar dari hujung ke hujung.....sebenarnya kan.
mata aja membaca
tapi dalam kepalanya macam2

kalau begitu : diam ajalah.ini pengalaman - jangan dilayan....he....

Unknown berkata...

maiza

hang jangan persiakan informasi ni...sebab dunia lelaki bukan asing pada hidup hang.
paling teruk selain kawan adalah : suami...
macamana nak handle...
layan ajalah...he

Unknown berkata...

puan tirana

musuh utama kepada perempuan adlh lelaki diam...

Unknown berkata...

en razak

saya fikirkan
ini adalah anugerah dan nikmat Allah yang cukup menarik untuk difikirkan...

Unknown berkata...

yop brahim..

he....kalau dua2 merajuk
ana kahwin tiga...

ha....jangan cari penyakit

Tanpa Nama berkata...

Cikgu Jinggo,
Bab merajuk ni sama je. Baik lelaki atau perempuan..

Kalau lelaki asyik merajuk - den tak larat nak pujuk.. hehe..

Eco Kid Adventure on Facebook