Ahad, 15 November 2009

terima kasih....

Aku minta kepada Allah setangkai bunga segar
Ia beri kaktus berduri
Aku minta kupu2
Diberi ulat berbulu
AKU SEDIH DAN KECEWA
Namun kemudian kaktus berbunga
Indah sekali
Dan ulat itu pun menjadi kupu2 yang indah..
ITULAH JALAN TUHAN
INDAH PADA MASANYA
Tuhan tidak memberi apa yang kita harapkan
Tetapi Dia memberi apa yang kita kita perlukan
Kadang2 kita sedih dan kecewa , terluka.
Tetapi jauh diatas segala Dia telah mengaturkan yang terbaik untuk kita.
terima kasih sis izzati melalui SMS.
pelatih maktab perguruan dungun.

22 ulasan:

Abd Razak berkata...

assalamualaikum...

apa khabar masa ni? Moga dah sihat semula & dpt kembali melaksanakan amanah

zai berkata...

wow..cantik betul..kata2 kat atas tu..mmg benar Allah lebih tahu apa yang terbaik utk kita tapi kita manusia ni pula yg sering benar mengeluh bila mendapat ujian tapi kurang pula bersyukur kpd NYA setelah berjaya..satu N3 yg sangat baik utk jadi renungan.

Unknown berkata...

enrazak
semua macam belum ok.
hari ini - kejap lagi ke darulsifa....
jumpa harun din @ pembantu..
nak lihat dari sudut lain pulak....

Unknown berkata...

kak zai.
saya pun beranggapan yang sama.
bahan yg dihantar cukup menarik.......
untuk dijadikan renungan.

addyaholix berkata...

moga lekas sembuh bang. rehat dan rehat. itu yang kamu betul-betul perlu.

kadang-kadang tuhan tak beri apa yang kita mahu, tapi tuhan beri apa yang kita perlu.

CITY® berkata...

salam jinggo

terima kasih tuhan diatas pemberianmu,

juga terima kasih kawan, kerana jadi temanku

heeeeeeeeeeee

MaizaC'Joe berkata...

Salam Jinggo

tuhan itu maha pengasih penyayang. Tiap apa yang di duga pasti ada hikamahnya...
kata2 yg cantik untuk kita semua..
semoga sentiasa dlm LindunganNya..

-maiza-

Unknown berkata...

addy
ayat yang hujung tu power betul..
tuhan memberi apa yg kita perlu........

Unknown berkata...

blue
dan terima kasih......
saya nak ke bangi kejap lagi...
darulshifa.

Unknown berkata...

maiza..
ingat
tuhan memberi apa yg kita perlu
bukan
apa yg kita mahu

ONE ZABA berkata...

kat atas ni kektus 7 sepuluh hinggit.

dah sihat ke tu !!!

Unknown berkata...

.....
cgu one
saya ni penyakit yg tak ada ubat
ubat dari apa yg saya fikirkan aja......
he...
he...
nak fikir yang baik2 aja sekarang.
tak mahu lagi fikir pasal...
anwar ibrahim ke
stonecold ke...
virus blog
...........
ha.....

insan pendidik berkata...

salam jinggo,

sabar la menghadapi dugaan dan cabaran itu. Semuanya datang drp keizinanNya.Itu ujian buat mu. Tubuh badan kite pun ada limitnya. Berehat tu penting. Minda pun kene rehat juga.IP doakan jinggo pulih seperti sedia kala.

Tanpa Nama berkata...

Saya suka kata2 ni,,,

dari Izzati ke tadi.??

TQ sharin...

Kdg2 Allah datangkan petir dan hujan tuk hadiahkan kita pelangi...

Be good...

zaijb berkata...

salam,

indah ayat nie...
memang benar ape yg berlaku atas kita mungkin ada rahmat yg kita tak ketahui...
sebagai hamba Nya hendaklah kita sentiasa bersyukur dan bertawakal ape yg berlaku....semoga Allah sentiasa mempermudahkan urusan kita.

Izzah berkata...

salam cikgu,

Allah maha mengetahui yang terbaik untuk hamba-hambaNya..
bila Allah hadirkan ujian buat kita, Dia melatih kita untuk lebih kuat sebenarnya..

ZOOL@TOD berkata...

Kenapa Allah tidak tunaikan permintaan/ doa kita? Mungkin belum masanya.

Cepat atau lambat sesuatu doa itu dimakbulkan (diterima) bergantung kepada Allah dan banyak atau sedikit dosa yang dilakukan oleh seseorang itu. Diriwayatkan Nabi Musa juga berdoa selama 30 tahun kemudian barulah Firaun dimusnahkan.

Wallahua'lam

Unknown berkata...

cgu insan biasa..

terima kasih kerana sokongan.
saya harap semuanya ok.
sebab puncanya : dari dalam diri sendiri....

Unknown berkata...

Kdg2 Allah datangkan petir dan hujan tuk hadiahkan kita pelangi...

puan aryani

saya suka ayat ni
terima kasih..

Unknown berkata...

zaijb

terima kasih kerana ingtan yg berterusan...
kita sama2 - lalui dan terima kasih

Unknown berkata...

izzah

kita belajar
dan diajar disini.....

Unknown berkata...

en zool
saya amat menhargai perkongsian ni.....terima kasih.

Eco Kid Adventure on Facebook