Ahad, 20 Disember 2009

banyaknya warna blog ni

Benarkah warna kesukaan boleh menjadi kayu ukur kepada rasa cinta seseorang? Walaupun ada pihak yang kurang bersetuju, namun adakalanya warna yang diwakili mampu menyatakan perasaan
sebenar kamu terhadap si dia.
Oleh itu, apa kata kita cuba mengukur cinta melalui warna. Apa yang penting, untuk melihat kejayaannya anda perlu mengetahui warna kesukaan anda serta pasangan.
Jangan sesekali berfikir bahawa menyukai warna yang sama, menjadikan kamu berdua sebagai pasangan yang serasi. Hakikatnya, cinta perlukan kombinasi warna yang berlainan agar cinta yang terjalin menjadi lebih ceria, harmoni dan romantis.
Merah + Biru
Si biru seorang yang suka beralah dan berjiwa lembut. Namun, jangan pula sesekali kamu mengambil kesempatan ke atas jiwanya yang lembut itu. Kebanyakan mereka yang menyukai warna biru seorang yang berjiwa seni.Si merah pula selalunya lebih agresif dan keras hati. Meraka selalunya tidak segan silu untuk melakukan langkah pertama asalkan apa yang mereka hajati terlaksana. Kalau boleh setiap apa yang mereka ingini harus diturutkan.Dalam konteks pasangan pula, kombinasi si merah dan si biru akan menjadikan hubungan yang terjalin lebih ceria. Apa yang paling penting adalah sikap saling bertolak ansur dan haruslah membina rasa persefahaman agar percintaan yang terjalin kekal untuk selamanya.
Hijau + Oren
Dua kombinasi warna yang agak kurang serasi. Ini kerana mereka yang menyukai warna ini dikatakan agak manja dan bukan seorang yang suka berdikari. Mereka juga dikatakan suka dibelai dan disayangi.Jika mereka tidak mendapat apa yang mereka mahukan dari insan tersayang, mereka mudah naik angin dan akhirnya hubungan yang terjalin putus di tengah jalan.Bagi pasangan yang mahu terus mencuba, mereka perlu selalu bersabar dan sentiasa berbincang apabila wujud sesuatu masalah yang menggugat perhubungan mereka. Dengan perbincangan dari hati ke hati, ia mampu menyelamatkan cinta yang terjalin di antara si hijau dan si oren.
Biru + Hijau
Kombinasi si biru dan si hijau dikatakan kombinasi yang paling sempurna. Tidak banyak masalah yang wujud di antara mereka kerana pasangan jenis ini saling sayang-menyayangi, bertolak ansur dan memahami antara satu sama lain.Walaupun ada sahaja cabaran di dalam hubungan cinta mereka, mereka dengan mudah mengatasinya. Sikap mereka yang matang serta tidak mudah percaya kepada khabar angin menjadikan si biru dan si hijau cukup serasi bersama.Malah percintaan yang terjalin di antara si biru dan si hijau juga selalu dicemburui oleh rakan-rakan sekeliling. Namun mereka tidak pernah merasa bangga diri kerana percaya setiap orang berhak untuk mencari kebahagiaan sendiri.
Merah + Oren
Kombinasi warna merah dan oren pula dikatakan kurang sesuai. Ini kerana personaliti mereka yang menyukai kedua-dua warna ini dikatakan sangat agresif dan lasak.Jika menjalinkan hubungan yang istimewa sekalipun, mereka jarang menyatakan rasa cinta kepada pasangan. Ini kerana mereka lebih gemar mengamalkan konsep, cinta tidak perlu dinyatakan dengan perkataan-perkataan romantis, cukup sekadar perhatian yang diberikan.Oleh sebab itu, si merah dan si oren dikatakan kurang sesuai untuk bersama. Mereka seharusnya mencari seorang yang berjiwa halus dan romantik agar jiwa mereka yang keras itu dapat dilembutkan. Rasanya si biru cukup sesuai buat mereka.
DARI JINGGO
kadang2 kita menafikan keperluan warna dalam kehidupan kita
kenapa kadang ada warna yang kita rasa
ngam dimata kita tidak ngam dimata orang lain.
INI ADA KAITAN BESAR
bagaimana pengaruh warna dalam pembentukan karektor seseorang.
dan ada kajian bagaimana pengaruh warna dalam membentuk penampilan diri.
SAYA JINGGO
merah dan jingga dikaitkan warna dengan yang ' panas '
warna untuk menyatakan semangat
kekuatan dalam yang sedang dibentuk.
DALAM BUKU KAJIAN AURA WARNA
menyatakan sifat dalam ' peminat ' warna2 panas ini berbeza.
dan begitulah juga sebaliknya.

34 ulasan:

Tirana berkata...

Saya suka warna biru...suami saya suka warna kelabu...Kombinasi biru dan kelabu..kadang-kadang seperti cuaca..ada hari cerah...ada hari mendung dan kelabu..hehehe..

ZaridaIshak berkata...

adat dan warna satu kehidupan... warna putih dan hitam juga ... kombinasi menarik

Perempuan Kecewa berkata...

cgu,
saya dah baca dah buku tu... best jugak.. kita boleh tahu warna kita apa..

saya dapat warna merah.. hehe

Mak Su berkata...

sy, merah + biru = favorite

Tanpa Nama berkata...

Salam

Keuntungan menjadi wanita Muslimah adalah, kita boleh dilapisi dengan pelbagai warna.

Ada warna yang kelihatan dan ada yang tidak. :)

Menyerap semua aura, letak kan yang warna penting dekat didiri sendiri dan yang luarannya warna warna selamat.

Sedondon warnanya. :)

2_one berkata...

alamak sy xpasti sy suka warna apa...oren ,merah,purple, ...xtau..

Unknown berkata...

puan tirana
saya suka warna oren setelah beberapa perkara berlaku....
dulu rasa janggal warna ni..
hari ini.
dari baju ke blog.
oren.

Unknown berkata...

puan yang baik
kadang2 ilmu mengenai warna ni kita abaikan.
pada saya ada SENI yang kita kena sama2 kongsikan...
ada cerita lain rupanya

Unknown berkata...

yani
warna merah
semangat dan kekuatan dalam yg kuat...
dan dari buku tu.
orang yg suka warna ni - memang sensitf betul ke....

Unknown berkata...

mak su.
saya ingatkan hitam dan putih...he...

CITY® berkata...

biru suka merah
tapi biru sokong hijau
hakhakhak

Unknown berkata...

syaidah
warna ada tarikan kepada satu dan lain..
sebab berdasarkan pembacaan - ada warna yg digalakkan dan tidak kepada wanita islam..
dari konteks fitnah..
betul tak.

Unknown berkata...

2one
saya satu warna apa one minat
warna pelangikan..
hidup yg masih mencari warna......

Unknown berkata...

biru..
biru + merah + oren.
jadi apa tu agaknya....

2_one berkata...

yup betul..pelangi sinonim dgn hidup sy..warna warni...warna oren n merah kot...kwn2 lambangkan sy dgn warna oren..

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr berkata...

suka warna biru...

=)

mmg lembut hati pn...

huhu...

CITY® berkata...

oren?

mayb biru sorg yag hot!!
ekekkek

insan pendidik berkata...

warna dpt mewarnai hidup kita
supaya nanti hidup kita tak menjadi
hitam putih sahaja.

Unknown berkata...

2One
kalau oren tu warna jinggo
warna yg dikaitkan dengan semangat dan dikatakan juga - aura dan degupan jantung dipemakai warna ni berbeza..
cerita selanjutnya dapatkan buku tu

Unknown berkata...

warna biru..
menarik warna tu.
mendamaikan
warna laut...
saujana mata memandang.

Unknown berkata...

blue
beli buku yang saya baca tu - kita kongsikan..
orang yg suka warna biru ni
memang hot dalamanannya...

Unknown berkata...

cgu IP
hidup macam pelangikan
ada macam2 warna
tapi setiap warna ada cerita2nya....

ONE ZABA berkata...

hantam je semua warna. kena pulak kalau dari jauh org dah kenal.

Tanpa Nama berkata...

dalam banyak banyak warna.. kenapa lelaki yang suka warna merah jambu, di anggap lembut?

anak buah lelaki saya, yg tua, suka sangat warna ini, sangat sensitif orangnya, setiap kali bersalaman, pasti mencium pipi saya...kasut crocnya.. ber"button" bunga..(habislah saya kalau dia baca ini..hehe)

lembutkah lelaki pink?

Guru berkata...

assalammualaikum jinggo

mmm tak pasti suka warna apa...
jadi, adakah cinta yang tak pasti??

Pn Kartini berkata...

Suspen jek tgk tajuk Mr Jinggo..!
sbb blog org sini mmg byk colour2nyaa..aduhai..:):)

MaizaC'Joe berkata...

Salam Jinggo

maiza.... suka semua colour.. tengok pada blog maiza pun rasanya dah confius.. mayb paling suka.. biru, oren, purple, pink....

cm berkata...

CM suka pink, tetapi kalau buka almari yang banyak adalah hijau dan kuning!
Celaru!!

zan xray berkata...

Benarkah warna yang diminati ada pengaruhnya dan ada perwatakan yang dibawanya Jinggo?
walaubagaimanapun tetap minat merah hitam dan putih

Marzalina berkata...

saya suka kaler purple..hehehehe...tapi belum ada pasangan lagi..so tak tau kombinasi warna apa yg sesuai...hehhehe

DUN Behrang 2020 berkata...

Kebetulan saya suka ijo...pasangan saya suka biru...mungkin secara kebetulan...dan mmg setuju sgt2 bhw setiap orang berhak mencari kebahagiaan sendiri...bahagia itu indah!

Abd Razak berkata...

Salam...

Suka warna apa erk? Lahir disambut dgn putih dan kembali ke pangkuanNYA pun dlm warna putih

ZOOL@TOD berkata...

Saya suka hijau dan biru.

Catwoman berkata...

Sy suka warna merah & hitam...
Sy seorg yg berani tampil ke hadapan dan semangat.

Hihihihi.....

;)

Eco Kid Adventure on Facebook