Sabtu, 26 Disember 2009

damainya...

Anda mungkin tidak mempercayainya, tapi merupakan nasihat yang baik untuk dibaca!Anda mungkin mempelajari sesuatu jika membacanya!! !
PERTAMA.
Bersedekahlah kepada orang lain lebih daripada yang mereka perlukan dan lakukanlah dengan penuh kerelaan.
KEDUA.
Kahwinilah lelaki / wanita yang gemar anda berbicara dengannya, kerana kemahiran berbicara antara satu dengan lain akan menjadi lebih penting pabila usia semakin tua..
KETIGA
Apabila kamu berkata, ‘ Aku Cinta Padamu’, maka tunaikanlah.
KELIMA
Pabila mengatakan, ‘Maaf’, tenunglah matanya.
KEENAM
Usah tertawakan impian orang lain. Manusia tanpa impian tidak memiliki apa-apa.
KETUJUH.
Cintailah seseorang dengan sepenuh hati dan penuh kasih sayang. Sungguhpun anda akan berasa seolah-olah diri anda tersiksa, tapi percayalah itulah satu-satunya untuk melengkapkan kehidupan ini.
KELAPAN
Jika berlaku perselisihan pendapat, bertengkarlah secara aman.
Usahlah menyebut nama sesiapa ketika bertengkar.
KESEMBILAN
Berbicaralah dengan tenang dan berfikirlah dengan pantas.
KESEPULUH
Ingatlah bahawa setiap cinta dan pencapaian yang besar akan
melibatkan pengorbanan dan risiko yang besar.
KESEBELAS.
Ucaplah ‘Semoga anda diberkati’ apabila mendengar seseorang bersin.
KEDUABELAS.
Apabila anda kerugian, janganlah jadi kurang ajar.
KETIGABELAS.
Berpeganglah kepada tiga
R:1. Rasa hormat pada diri sendiri;
2. Rasa hormat kepada orang lain;
3. Rasa tanggungjawab terhadap semua tindakan anda
KEEMPATBELAS
Usahlah benarkan pertikaian yang sebesar hama merosakkan sebuah persahabatan yang besar
.
KELIMABELAS
Apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan,
usahlah berlengah untuk perbetulkan kesalahan itu.
KEENAMBELAS
Tersenyumlah ketika menjawab telefon.
Pemanggil akan melihatnya daripada suara yang mereka dengar.
KETUJUHBELAS
Ada ketikanya anda perlu bersendirian
.
DARI JINGGO
softskill.
satu kemahiran hidup yang mendamaikan.
tidak mudah untuk didatangkan
kerana ini persoalan karektor
perubahan buruk dan baik datangnya dari keinginan untuk tahu.
dimana harus diubah dan dikemaskan.
SEBAB DIYAKINI
satu senjata paling besar untuk bangun dan jatuhnya manusia
adalah kemahiran
komunikasi.

18 ulasan:

ONE ZABA berkata...

cuti-cuti ni tak damai dah duk atas ni. sesak. nak keluar beli kicap sebotol pun makan setengah jam Q.

Unknown berkata...

ha...
hari ini rasanya damai memandu - orang pakai tgk TV kat rumah......

2_one berkata...

perkongsian menarik..sy nk copy nk letak dlm diari sy..sbg panduan sy nanti..thnx..

MaizaC'Joe berkata...

Salam Jinggo

terima kasih perkongsian menarik.. kemahiran komunikasi dalam perhubungan sosial.. hormati diri, orang lain serta bertanggungjawab atas semua tindakan. sebagai panduan, maiza cuba amalkan tips yang di beri. Kemaskini untuk karektor diri.. mudah-mudahan..

Habshah berkata...

Assalammualaikum

Saya hanya hendak beritahu anda termiss nombor empat. Nasihat-nasihat itu semua sangat bagus. Saya amat suka yang kedua sebab saya dah tua.

Unknown berkata...

2one
itu yang lemahnya kita hari ini - kemahiran komunikasi - sebab seni suasana komunikasinya jarang mahu diambil kira....

MONOKROM berkata...

BERARTI SEGALA SESUATU YANG BAIK MEMANG HARUS DIMULAI DARI DIRI SENDIRI, DENGAN KEMAUAN DAN TEKAD YANG KUAT.
(KOMUNIKASI MERUPAKAN KUNCI UTAMA DALAM MEMBINA HUBUNGAN DAN UNTUK BEKAL HARI TUA KETIKA HANYA TINGGAL BERDUA DENGAN PASANGAN) PETUAH INI PERLU SAYA CATAT.
TERIMAKASIH ATAS PEMBELAJARANNYA.

Catwoman berkata...

Salam Cikgu.....

Sy suka yg nombor 6 tu.
Ttg IMPIAN....

;)

Unknown berkata...

maiza
skill memberi 85% bagusnya manusia hari ini.
kesilapan dan ketidakmahuan untuk tahu menjadi diri kita jauh kebelakang....

Unknown berkata...

cgu habshah
terima kasih - kerana bagi tahu.....ada yang tertinggal.

Unknown berkata...

zyma
yang penting sejauh mana kita mampu bertindak....

Unknown berkata...

pelangi..
saya yakin kepada pembinaan kemahiran dalam menjadikan hari ini lebih baik dari semalam...

Guru berkata...

assalammualaikum jinggo

ke17 tu sangatlah bersetujunya saya

Tanpa Nama berkata...

Saya suka no 14...

dan, saya masih tercari2 no 4..mana yek??

p/s pada One...lain kali smpn stok kicap bebanyak...hehe

zaijb berkata...

memang menarik entry nie...
lebih tertarik no 19... he..

Unknown berkata...

cgu KL
yng no 17 kita selalu inginkan....
kepada ibu2 cuti2 boleh dapat ke......

Unknown berkata...

ha.aryani
no 4 - saya simpan untuk diri sendiri.....
apa2 pun mana2 yg menarik kita jadikan tindakan

Unknown berkata...

zai.
no 19..
kalau bercinta jangan tunggu lama2 kut.................

Eco Kid Adventure on Facebook