Khamis, 10 Disember 2009

egonya ' mamat ' ni....

halangan terbesar di dalam membina
hubungan sosial yang sempurna
ialah EGO
Ego memabukkan diri
Ego adalah harga diri yang negetif hasil dari keangguhan
EGO
pada seseorang yang penuh dengan keegoan
dunia bermula
berakhir
dan berputar
sekelilingnya.
Orang Ego nampak lucu jika
mereka melakukan kesilapan.
DARI JINGGO
sekadar perkongsian.
cerita ego adalah cerita kita dan kawan2 kita.
dunia semua berputar disekelilingnya.
dimana2 akulah segalanya.
diakhirnya : dia tidak ada kawan.tapi mahu berkawan.
kehebatan orang lain ada musuh utamanya
bagusnya orang lain adalah kecelakaan utamanya.
SAYA PERCAYA KEPADA KEFAHAMAN INI.
kita berkawan umpama kita main saham.
kita melabur - dan tentunya dihujung keuntungan adalah nilaian kita.
bagaimana kalau kita melabur dan kita rugi.
KEUNTUNGAN EMOSI.
kalau kita rugi - motivasi untuk meneruskan perhubungan akan tercalar.
untuk itu hari ini mari kita sesama belajar.
SEMUA ORANG BETUL DAN PENTING
ATAS KAPASITI NYA.

14 ulasan:

ZaridaIshak berkata...

ego dan emosi tidak boleh bersatu... kerana kelak mampu membinasakan diri pemiliknya.
namun ego perlu ada untuk ke arah yang lebih positif..

2_one berkata...

ye sy stuju hubungn sosial ibarat melabur saham..kdg2 kita tdk sdar kita ego snbrnya..snbrnya hidup ini kita saling memerlukan..org disekeliling kita ada nilainya pd kita..tp ego yg paling bahaya.bila seseorg itu EGO DGN PENCIPTANYA..smoga kita semua dijauhkan dari sikap itu..

Unknown berkata...

yang baik..
emosi dan ego...
suka dengan pandangan ni...
emosi dikaitkan dengan persoalan qalbu.
ego juga persoalan qalbu.
didikan qalbu akan menyempurnakan persoalan ego dan emosi...

Unknown berkata...

2 one
ego adalah persoalan karektor.
karektor bermula dari didikan persekitaran yang tentunya bermula dari didikan awal.....
percayalah : ego adalah persoalan karektor

CITY® berkata...

salam cikgu,

bagi saya ego mesti ada pada semua org
cuma tahap rendah or tinggi saja
bagi saya,
setinggi mana pun ego, ianya akan ilang bila berkaitan dgn org yg kita benar sayang dan cinta

hmmmmmmmm
pendapat saya sahaja
heeeeeeee

Unknown berkata...

bluecity
terima kasih
kerana pandangan yang praktikal.
ego dan kita
itu fitrah manusia.
cuma bila dikaitkan dengan hubungan sosial..
kita kena fikirkan bagaimana ego dizahirkan

Maiyah berkata...

tak bwk kemana ngan ego ni, memndang org lain tak kena bg mrk pntingkan diri

tapi dimana duduk kita sekalipun takde yg sempurna.. bagus tang sini buruk tang sana, buruk tang sini tapi ada gak bagus tang sana

apapun jgnlah memperkecilkan org lain krn egoan tu

Pn Kartini berkata...

Mungkin kelemahan diri utk elak dr rasa tidak senang ats keegoan orglain...
Walaupun di mata semmgnya tidak kena..namun keegoan yg tinggi membuat seseorg jadi hilang nilai diri..
Moga dijauhi sifat ego lampau ini...

Unknown berkata...

puan maiyah..
satu faktor dalam kegagalan hubungan sosial adalah sikap begitu..
ego dikaitkan dengan bangga diri.
tidak melihat kelebihan orang lain selain diri sendiri..........

Unknown berkata...

cgu kartini
minta dijauhkan kita dari sikap2 yg merugikan begini....

addyaholix berkata...

saya tengah ego. bergaduh dengan kawan baik. dan sampai sekarang saya tunggu dia minta maaf. macam budak-budak kan? haha!

Unknown berkata...

ha..orang muda.
jangan macam tu..
ada ruang untuk kita berkongsi dan permudahkan...

Unknown berkata...

Salam sdr. Jinggo

Benar kata-kata sdr.

Bagi yang ego diakhirnya : dia tidak ada kawan.tapi mahu berkawan.
kehebatan orang lain ada musuh utamanya.
bagusnya orang lain adalah kecelakaan utamanya.

Hidup manusia ini akan sentiasa diselubungi kebimbangan dan dikejar bayang!

Unknown berkata...

tuan
sehari dua ni
kita dihidangkan terlalu banysl cerita manusia ego ni dalam media....
satu kata ya
satu kata tidak....

Eco Kid Adventure on Facebook