Ahad, 6 Disember 2009

kita ni memberi ke menerima

KENAPA MASAKAN MAK
sentiasa yang terbaik.
kerana mak memberi ( memasak ) dengan kasih sayang.
KITA MEMBERI DAHULU
KEMUDIAN KITA AKAN MENERIMA
MANA MUNGKIN KITA MENERIMA
TANPA MEMBERI.
kita mulakan begini.
berdasarkan satu pembacaan dinyatakankan begini
kita akan menerima lebih banyak dengan cara memberi.
YANG PENTING
kita kena beri dengan kasihsayang.
dari buku La Tahzan - aid al - aqrni menyatakan
orang yang pertama mendapat manafaat daripada
suatu kebaikan ialah orang
yang melakukan.
DAN HARI INI.
usah kita pertikaikan apa yang kita akan dapat
kerana sudah dijanjikan
WHAT U GIVE , U GET BACK.
apa yang mahu kita kongsikan
BERIKAN DENGAN KASIHSAYANG.
sebagai makayah
sebagai guru
sebagai kawan
sebagai jinggo tentu.
DAN HARI INI MARI KITA MEMBERI
sebagai seorang jinggo
sumbangan untuk gembirakan anak dihujung tahun
bercuti.baju sekolah baru.beg baru.kasut baru.semua baru.
WALAUPUN YANG LAMA MASIH OK.

21 ulasan:

ONE ZABA berkata...

esok berjalan lagi...

isnin - khamis duk di KL international hotel. makan nasik hotel je la.

Unknown berkata...

cgu one
kita semakin dekat
petang kalau ada masa saya call
pekena sop kambing kat chow kit.

ZOOL@TOD berkata...

nanti saya sms (beri) no akaun bank, kemudian CJinggo akan masukkkan RM (terima). Beri dulu baru terima.

Contoh yang lebih jelas.

Tirana berkata...

Saya menggembirakan hati suami dan anak-anak dengan memasak makanan yang menjadi kegemaran mereka...hehehe

Unknown berkata...

ha..enzool
he..kesimpulan ; kita akan mendapat banyak dari apa yg kita terima....

Unknown berkata...

puan
masak dengan kasihsayang
aura kasihsayang akan masuk dalam masakan tu dan masuk dalam perut......
betul tak.

Tirana berkata...

Tapi kadang-kadang bila letih, rasa 'terpaksa' memasak..hehehe.. Itu yang membuatkan masakan jadi tak sedap.

zaijb berkata...

salam,

kita akan rasa bahagia jika kita mengembirakan orang yg kita sayang...
walaupun kecil ia sgt bermakna...

menunjukkan kasih sayang tak semestinya pemberian barangan... tp perbuatan dan perkataan... pun dapat melahirkannya... betul tak...

MaizaC'Joe berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Tanpa Nama berkata...

Cikgu Jinggo,
Betul betul betul.. memberi dengan penuh kasih sayang.. saya setuju.. :)

MaizaC'Joe berkata...

Salam Jinggo

memberi dengan penuh keikhlasan, kasih sayang yang berpanjangan... gembira melihat orang lain bahagia, ceria bila melihat orang ketawa.. penuh bermakna..

-maiza-

Zuraini bt Kamarudin berkata...

bak kata pepatah ...org memberi kita merasa....
yg merasa tu pandai2lah ucapkan terimakasih....tahu menghargai...
yg memberi selalunya di iring dgn kasihsayang...barulah ada kemanisannya...

insan pendidik berkata...

salam jinggo,

Dah hujung tahun. Sememangnya saat ni ibu bapa sedang mencongak bajet untuk buka sekolah. Segala macam benda perlu disediakan. Demi kasih sayang kat anak2. Tapi IP rasa biar lah berpada dalam belanja. Apatah lagi dalam keadaan ekonomi yang belum pulih sepenuhnya.

Unknown berkata...

puan kalau memasak dalam keadaan terpaksa..
comfirm.
ada yang tak kena dimana2.....
he....

Unknown berkata...

dan zaijb
nurse adalah individu yang bekerja dalam keompok yang memberi...
berikan dengan kasihsayang.....

Unknown berkata...

catzana
untuk dapat keterangan seterusnya : dapatkan Majalah Solusi terbaru.....

Unknown berkata...

maiza
menarik komen ni
lebih menarik kalau kita sesama dapt praktikkan...
menulis dengan kasihsayang

Unknown berkata...

kak zu..
selepas ni jangan berat tangan untuk memberi...
sebab kita mendapat banyak dari orang yg menerima....

Unknown berkata...

cgu IP
dah jadi macam satu hukum anak2 ni
tahun baru
semua mesti baru...
gaji makayah yg tak ada skim baru......he....

Tanpa Nama berkata...

Cikgu Jinggo,
Bila serba serbinya dengan kasih sayang, dunia ini akan lebih aman..

Naffz berkata...

Jangan lupa juga..kita sebagai anak, setelah sekian lama menerima (sejak kecil hingga lah besar) ibubapa asyik memberi saja...(contoh kasih sayang...kemudahan wang, persekolahan, kebahagiaan..)
...apa salahnya,setelah kita besar.. kita sebagai anak pula yang memberi dan ibubapa pula sebagai penerima..

Eco Kid Adventure on Facebook