Ahad, 27 Disember 2009

nikmat sakit............


Kadang ada menariknya hidup ini
KITA LIHAT BEGINI
kenapa kita disakitkan
kita dibencanakan
kita dimeranakan
KITA TERASA DUNIA DAN HIDUP
SEAKAN TIDAK ADIL
kenapa kita
DIPILIH.
kita lihat dari sudut lain.
KITA MEMANG DIPILIH
untuk mendekatkan diri sejarak demi sejarak dengan Allah
hidup ini tidak apa yang boleh lari dari ketentuanNya.
DAN TIDAK AKAN BERLAKU SESUATU
TANPA ADA MAKNA
tidak berlaku sesuatu dengan makna yang sia2.
dari jinggo
tanya kepada penduduk di Acheh.
apakah erti kesakitan
dan tanya juga kepada jinggo
apa erti kesakitan.
TANYALAH KEPADA SEORANG YANG DIPILIH.
alangkah malang dan jahilnya manusia ini
kalau di ' sakit ' kan.
dan tidak timbul sedikit pun kesedaran.
DAN KITA PERCAYALAH
tidak berlaku sesuatu dengan sia2.
dan kepada rakan2 yang disakitkan.
mari kita menikmati kesakitan yang tentunya
KITA DIPILIH UNTUK MERASAKAN.
jangan salahkan sesiapa
menurut seorang pujangga menyatakan
HIDUP INI ADALAH PROSES YANG BERANSUR2.

14 ulasan:

ZOOL@TOD berkata...

Banyak pengajaran yang saya erolehi semenjak "sakit' tempohari. Sesuatu yang tidak mungkin saya perolehi tanpa melalui kesakitan itu.

Alhamdulillah, Allah permudahkan segala urusan.

zaijb berkata...

"Tidak ada suatu apa pun yang menimpa seorang mukmin, walau duri sekalipun kecuali Allah menuliskannya sebagai kebaikan atau dihapusnya kesalahan."(HR. Bukhari dan Muslim)

sakit itu sebenarnya ada bagus nyee...
kekadang itu adalah signal mengatakan bahawa badan kita perlu berehat dan di jaga...

Zuraini bt Kamarudin berkata...

Kita diplih kerana Allah tahu kita mampu hadapinya...
supaya kita dekat dng Yang Maha Pencipta...
kebanyakan kita bila sakit baru ingat Allah...
kalau tak kita lupa pdNya...
semua yg berlaku ade hikmahnya...
jinggo..smuga cpt sembuh...

Unknown berkata...

yang menjadi masalahnya....
time sihat tak mo beramal...beribadat...
bila da sakit baru rasa nak insaf...baru pk nak tobat..
alih..alih...bila diberi kesihatan balik... entah kemana dah tobat masa sakit tu...kembali perangai asai..

MaizaC'Joe berkata...

Salam Jinggo

Tiapnya ada sesuatu untuk sama-sama kita fikir. Kerna apa? selalu di pilih, sayangnya pada kita, peringatan untuk kita agar tak terleka. Dia sentiasa memilih dan menduga pada sesiapa saja. Tapi setakat yang mampu di tempuhinya. Perlunya kekuatan untuk melawan. Sakit apa pun.. itu nikmat dan prosesnya dapat kita rasai.. kita semua pernah merasa sakit dan moga juga kita tahu nak melawannya.. InsyaAllah.. mudah-mudahan...

rehatkan lah...... diri perlu berehat...

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah sekiranya di uji dengan sakit, maknanya, masih ada ruang untuk menarik kita kembali padaNya.

Bukahkah manis hidup bila kita sering di perhati oleh orang yang kita tersangat sayang?

Ujian demi ujian di buat, kadang kadang merajuk, kadang kadang sampai menangis. Ini yang mengikat kasih sayang.

Bagai besi magnet, di harapkan ujian semakin mendekatkan kita kepada besi utama.

Yang paling penting, berterima kasih padaNya. Harus bimbang jika tidak pernah diujiNYa. Mungkin juga Dia tak pernah mahu dengar rintihan kita. Sekaligus, menolak masa masa bercinta padaNya.

Catwoman berkata...

Salam Cikgu....

Sy setuju dgn Cikgu...

Thanks 4 sharing this info....

;)

Unknown berkata...

enzool
itu nimmatnya kepada kita dan yang lain - mungkin satu perkongsian.
sakit - mendekatkan kita kepada matinya kita...
pada saya itulah jawapannya...

semuga Allah permudahkan kita.

Unknown berkata...

zaijb
badan perlu direhatkan
itu yg sebaiknya.
hari ini saya nak rehat............

Unknown berkata...

kak zu
terima kasih saya yakin : kadang2 ada yang sememang menantikan bila -aku akan disakitkan - kerana sakit bermaksud kita dipilih.........

Unknown berkata...

brocj
selalu gitulah adat manusia - yang tidak menjadikan : kesakitaran bermakna kita semakin dekat denganNYa.....

Unknown berkata...

maiza
macam motor gamaknya
kalau selalu digunakan...
sesekali kena masuk bengkel agaknya...
dan sesekali motor pun minta di rehatkan

Unknown berkata...

syadaih
hari ini kembali menikmati sisa kesakitan dan kembali menikmati nikmati sihat...
tapi.
minta peringatkan selalu....
nikmat kesakitan

Unknown berkata...

zyma semua kita dipermudahkanNya dalam semua urusanNya

Eco Kid Adventure on Facebook