Selasa, 26 Januari 2010

ada akai ke............


Bersabdalah Rasullah SAW :
Aku diperintah menyeru manusia atas
kadar kemampuan akalnya.
Berdasarkan kajian yang dijalankan menyatakan manusia ,
akal kita mempunyai empat peringkat.
Pertama
kita akan dapati pemiliknya menentang setiap cadangan yang diberikan. Akal jenis ini hanya membenarkan cadangan yang datang dari diri sendiri sahaja. Ini dinamakan Akal Tertutup. Mendekati orang jenis harus zahirkan kepentingan mereka. Jadikan orang dalam kelompok ini penting.
Kedua
Pemiliknya akan mendengar cadangan yang diberikan , tetapi tidak akan menerima selain disertakan dengan bukti & fakta. Akal jenis ini menerima cadangan hanya berdasarkan kepada fakta ( sahih ). Bersama kelompok ini pastikan gunakan kebijaksaan untuk berhujah berdasarkan fakta sebab kita pastikan benar2 tahu mengenai cadangan yg ingin di kongsikan.
Ketiga
Pemiliknya akan mendengar setiap cadangan dan mereka bersedia mematuhi setiap cadangan tersebut dengan bukti dan fakta tanpa mempersoalkan.
Keempat
Pemiliknya akan menerima segala cadangan2 tanpa bantahan dan keraguan & tanpa meminta bukti selama mereka mempercayai pemberi cadangan.
SELAGI MEREKA MEMPERCAYAI.....
DARI JINGGO
Bila berhadapan dengan keinginan untuk memberi
cadangan itulah zahirnya.
Sebagaimana fitrah manusia akan menentang
setiap perubahan berlaku.
Sebuah ahli sufi pernah dikatakan
Bahawa haiwan manusia ini adalah kelompok yang malas.
Nak kenyang tanpa makan.
Nak kaya ( cepat ) tanpa bekerja.
Nak berjaya tanpa berusaha. .Nak berseronok tanpa kahwin ( ada macam tu )
Kita dikata kelompok kejadian yang tidak suka menerima
cadangan dan tidak suka menerima tanggungjawab.
Untuk itu mari kita sama2 fikir .
Dimana duduknya akal kita.
Orang2 sekitar kita. Semuga kita diberkatiNya.

Dipetik dari Buku Personaliti di Kagumi

8 ulasan:

MaizaC'Joe berkata...

Salam Jinggo

maiza menulis atau komen apa yg terbuku di minda.. tapi, rasanya tak lari dari tajuk kot.. membaca, menganalisis satu persatu tiap cadangan.. ada yg bersetuju.. yg penting kebijaksanaan menerima tiap perkongsian dan juga jika perlu tak payah nak mempersoalkan..

Ruby berkata...

Salam cgu...

sekadar satu pandangan...

kekuatan akal kita melebihi daripada apa yang boleh kita fikirkan dan gambarkan...

gunakan sebaiknya dan semaksimum mungkin...

kerana akal boleh memandu hati dan nafsu dalam diri kita...

ONE ZABA berkata...

kalau dulu-dulu alat letrik jenama AKAI ni cukup baguih..... sekarang ni dah tak ada kut.


tokeh dia dah mati akai....

ONE ZABA berkata...

bab nak bagi cadangan "saya cadangkan cadangan ditutup' cukup ramai kalau dalam meting PIBG...

Unknown berkata...

maiza
keinginan untuk menerima teguran @ nasihat bukan datang dengan mudah...
ada yang dipermudahkan
ada yang tidak.

Unknown berkata...

cgu ruby
terima kasih kerana pandangan yang praktikal

Unknown berkata...

cgu one
memang dulu ada jenama akai....saya ada radio cop akai...ha...

Tanpa Nama berkata...

konsep akal yang saya belajar sepanjang bekerja di kedah,

"akai sekupang"

;)

Eco Kid Adventure on Facebook