Isnin, 11 Januari 2010

berkongsi lagi....

Sudikah engkau katakan,
jalan mana yang harus aku tempuhi dari sini ?
itu bergantung kesepakatan arah mana yang ingin engkau tempuhi ,
kata sang kucing.
Saya tidak peduli kearah mana…..kata Alice.
Kalau begitu , tempuh saja jalan yang engkau suka
jawab sang kucing.
KITA KONGSIKAN BEGINI
Seorang pendita tinggal dikawasan pergunungan
menghabiskan usianya bertafakur.
Kehebatan pendita ini dia dapat meneka apa sahaja soalan yang diberikan kepadanya.
Datang seorang pemuda yang mahu menguji kehebatan pendita ini.
Pemuda itu membawa seekor burung
lalu bertanya kepada pendita tersebut
samada burung ditangannya hidup ataupun mati.
Pendita tidak menjawab.
Pemuda ini mencabar pendita tersebut.
Akhirnya Pendita itu menjawab
kalau saya kata
burung itu hidup kamu akan meramas burung itu ( hingga mati )
sekiranya aku menyatakan burung itu mati
kamu akan melepaskan burung tersebut.
Jawapannya
di tangan kamu….
kamu yang menentu burung itu hidup @ mati.
DARI JINGGO
itu sekadar cerita
cerita kita.
kita ambil pengajaran.orang lain boleh cakap apa sahaja.
kita berhak untuk menolak dan penerima.
TAPI
alangkah malangnya kita seandainya ada manusia yang
' menyusahkan ' diri untuk melihat penambahbaikkan diri kita
SEDANGKAN KITA MASIH ANGGAP ITU SIA2.
untuk itu.
JANGAN SAMPAI ORANG LAIN ' BOSAN ' DENGAN DIRI KITA
DAN DIHUJUNGNYA.
lantaklah kamu.
kubur kita lain2.
AKHIRNYA
MARI KITA RAIKAN SAPA2 YANG MENGAJAK KITA
yang mahu mempastikan hari ini kita lebih baik dari semalam

14 ulasan:

ONE ZABA berkata...

tapi ramai dah sekarang ni berkongsi kubur . kalau tengok pada statistik kemalangan jalanraya, sekali kemalangan...sekereta habis. dan dikebumikan dalam satu liang. bermakna manusia memang saling memerlukan sepanjang hayat.

Unknown berkata...

ha..
kat bukit kiara dengan cerita orang nak bina kubur bertingkat tak lama lagi...
apa yg penting
kerjasama sampai ke dalam kubur.......

Rashid berkata...

hmm hmm kalaulah ramai manusia memegang prinsip kau kau aku aku.. habislah dunia ini. so bersyukurlah kerna masih ada yang sedia bersama kita menuju kejayaan..

~Insan Biasa~ berkata...

"aku ade ...kerana kau ade..."

ha...x gitu?

Maiyah berkata...

yelah.. skrg dah bleh brkongsi kubur

MaizaC'Joe berkata...

Salam Jinggo

kalau masing2 tak saling peduli.. boleh ka.. emm.. Syukur kerna masih ramai yg bersama-sama... Tapi, ikut pada keadaan. sampai satu peringkat rasa "Aku.. aku ja".. "kau.. kau" susahnya.....

Pn Kartini berkata...

Salam:):)
inilah variasi kerenah manusia yang terpaksa kita berhadapan...
Mungkin merasakan mereka yang terbaik..ada kuasanya..maka semua kita dirasakan kerdil dan tiada maknanya..
Memang membosankan bila berhadapan dgn situasi sebegini...aduhaiii...!

Tanpa Nama berkata...

kita tak akan berada di atas kalau tak ada orang kat bawah...

Unknown berkata...

cgu rasyid
kita masih ada
kamu kamu kamu...
aku aku aku....
dan kita masih berkawan disini....

Unknown berkata...

wak anis

sama..
aku ada kerana kau ada..

radja.

Unknown berkata...

puan maiyah
kalau boleh - tekonolgi - hari ini - dapat kubur pun boleh ada interaksi dengan orang luar...

hakikatnya tidak kan.

Unknown berkata...

maiza..
kita ada kawan
kita kawan....
terima kasih

Unknown berkata...

cgu tini
realiti nya begitukan
cgu lagikan....
dihadapan ada macam.
murid.guru2.parent....yang macam2....

Unknown berkata...

aryani
menarik pandangan tu...

Eco Kid Adventure on Facebook