Selasa, 5 Januari 2010

jangan berhenti..............

bila sesuatu kesilapan berlaku
seperti selalunya
bila jalan yang kita ikuti kelihatan sukar
bila tabungan rendah dan hutan tinggi
bila kita tersenyum
tetapi kita masih mengeluh
bila kerunsingan menekan kita sedikit kebawah
BEREHAT SEKIRANYA PERLU
tapi jangan berhenti
KEJAYAAN ADALAH KEGAGALAN
YANG DITERBALIKKAN
dari jinggo
adakah kita semua mempunyai kualiti untuk berjaya
setengah dari kita merasakan mereka tidak mempunyainya.
mereka terus bersederhana dan gagal
kita semua memiliki semua kualiti ini.
ianya mungkin tidak berkembang ke tahap yang kita mahukan.
INI SEPERTI
kita seperti kita mempunyai RM sejuta yang ditanam di kawasan belakang rumah kita dan kita tidak mengetahui mengenainya.kita tidak mungkin dapat menggunakannya.
apabila kita kita tidak mengetahui.
SAMA DENGAN KITA
kita semua mempunyai harta karun yang tersembunyi.
apa yg perlu kita lakukan
membawanya ke permukaan dan gunakan.

19 ulasan:

Madam Norfiza berkata...

Kegagalan tidak berpanjangan jika usaha berterusan..kejayaan dikecapi tidak kekal, jika lalai dan leka, alpa..istiqamah..zakat..hidup ini mudah jika selalu minta dipermudahkan...

ONE ZABA berkata...

selalu terpijak harta karun si kucing tatkala jemur kain...hampehh betul kucing tu.

Ruby berkata...

perjalanan kita tidak akan berhenti sehingga kita diberhentikan... perjuangan juga tidak akan selesai selagi nyawa dikandung badan... cuma perlu tahu di mana dan ke mana ...

I'm Seri berkata...

Salams.

Ya cikgu.

Jadikan kegagalan sebagai titik tolak dalam menemukan kekuatan diri yang jauh tersembunyi dalam sebatang nyawa.

~Lagu bukan main lagi.

IRIS

Unknown berkata...

feeza - gadis misteri...
satu lagi pandangan yang praktikal.....

Unknown berkata...

ha - cgu one
saya pulak - nama jinggo bermula dari terpihak taik anjing ' dinggo '..........

Unknown berkata...

asmie
kita yang menjadikan hidup kita bagaimana kan....

Unknown berkata...

iris
pasal lagu kita layan...
untuk iris juga...
kita layan

Tirana berkata...

Harta karun yang paling bernilai terletak dalam diri sendiri...Gali dan cari serta guna pada tempat yang betul.

zaijb berkata...

kekuatan diri adalah harta tak ternilai....
kerana dlm hidup ini kita terpaksa mengharungi byk masalah dan rintangan... namun jika kita gagal dlm memgawal perasaan...
habis rosaklah jiwa dan minda kita...

Sasha berkata...

kegagalan adalah pengalaman yg mengajar manusia supaya menjadi lebih baik jika mahu belajar darinya.

Unknown berkata...

Kak Zai sendiri tak pernah menyangka kak zai akan terjun kedalam bisnes makanan macam sekarang..selama ni cuma menjadi saksi kejayaan oranglain tapi kini mulai merasai kenikmatan kebenaran firman Allah bahawa 9/10 punca rezeki adalah dari dunia perniagaan..akan terus melangkah tanpa menoleh kebelakang lagi..

~Insan Biasa~ berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
~Insan Biasa~ berkata...

jangan berhenti. sesekali berhenti seketika.berehat dan menganalisis semula apa yang dah berlalu sebelum meneruskan semula perjuangan.

Unknown berkata...

puan tirana
nak menggali harta karun diri sendiri..
kita kena tahu dimana harta karun tu kan.....

Unknown berkata...

zaijb
satu pandangan yg berbeza....
mungkin dari sudut pandangan sorang ' nurse ' menarik untuk difikirkan ..

Unknown berkata...

shasa
alangkah celakannya kita : kalau pengalaman tidak mengajar kita apa2....

Unknown berkata...

shafarina
kadang2 apa yg berlaku dalam hidup - hitam dan putih adalah gift.....

Unknown berkata...

wak..
yang penting jangan berhenti - berharap...

Eco Kid Adventure on Facebook