Rabu, 20 Januari 2010

jangan marah

Ada orang menyimpan kemarahan seperti ukiran pada batu karang yang keras.
Orang seperti ini menyimpan kemarahan di dalam hatinya dalam waktu yang lama.
Ada juga yang menyimpan kemarahan seperti tulisan pada pasir, bedanya adalah kemarahan di dalam hatinya cepat berlalu.
Orang yang lain menyimpan kemarahan seperti tulisan air,
kemarahan hanya singgah sejenak di dalam hatinya.
Orang yang terakhir menyimpan kemarahan seperti tulisan angin,
mereka tidak membiarkan dirinya terpengaruh dengan kemarahan.
Supaya kita dapat menjadi orang yang terakhir, maka resepinya adalah kendalikan fikiran,
tindakan dan kata- kata supaya kita tidak terpengaruh oleh kemarahan.
Resepi lain yang lebih praktis untuk mengendalikan kemarahan adalah metode mengulur waktu yang diperkenalkan oleh Thomas Jefferson
"Jika marah hitung sampai sepuluh sebelum melepaskan kata- kata.
Jika sangat marah hitunglah sampai seratus."
Metode ini berguna untuk menahan kita melepaskan amarah.
Menurut Jerry L, Deffenbacher Ph. D, pakar psikologi di Colorado State University di Fort Collin,
"Itu memberi Anda kesempatan untuk menenangkan diri, mempelajari segala sesuatunya, dan bereaksi secara lebih rasional. Dan Anda akan merasa mampu mengendalikan diri
dengan menghentikan konfrontasi langsung."
Mengendalikan rasa marah dengan baik dapat menentukan kesihatan anda lebih baik.

10 ulasan:

Pn Kartini berkata...

Salam Mr Jinggo:)
"Kemarahan manusia bermacam-macam.
Sesetengahnya lekas marah, lekas tenang dan lekas hilang.

Sesetengahnya lambat marah, lambat pula redanya.

Sesetengahnya lambat akan marahnya dan lekas pula hilangnya.

Yang akhir inilah yg terpuji."
-- Imam Ghazali --

ONE ZABA berkata...

tak dan nak kira sampai 3 pun... berhamburan dah kemarahan tu.

MaizaC'Joe berkata...

Salam Jinggo

fitrah manusia ada perasaan marah tapi.. ada macam2 juga bila nak marah atau terlepas marah... senang nak ckp diri sendirilah.. kalau maiza.. susah nak marah, memang tahan marah.. tapi.. jangan sampai tahap kesabaran tercabut.. kalau dah marah susah.. Tapi, cepat plak hilang rasa marah.. lagi senang bila nak marah atau di marah diam ja........ malas nak marah.. he..

~Insan Biasa~ berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
~Insan Biasa~ berkata...

pada si A diukir pada batu
pada si B diukir pada pasir
pada si C ditulis dengan air
pada si D diulis atas angin

tgk jugak nak marah nie....x semua kemarahan itu seperti yang diukir pada A,B,C atau D!

dalam marah tu geram je yang lebih kot.....

Unknown berkata...

pn kartini

kerana marah juga sebahagian dari kita.maka berhati2lah kita mengatur fitrah yang tentunya tidak mendamaikan ni...

Unknown berkata...

cguone
he...
saya kira tapak kaki..
gostan belakang.....

Unknown berkata...

maiza apa yg penting
..........
sapa yang suka kena marah
untuk itu : mari kita belajar untuk mengawal.....

Unknown berkata...

wak anis

tingginya falsafah...

Tanpa Nama berkata...

Kena belajar kawal marah walau pun susah.

Eco Kid Adventure on Facebook