Ahad, 17 Januari 2010

kalau bercadang nak kahwin.

Sebelum berkahwin semuanya indah belaka.
Tetapi apabila sudah bergelar suami isteri dan hidup bersama,
ada sahaja yang tidak kena.
Sebab itu, sebelum bergelar suami isteri,
setiap pasangan perlu mengenali diri
mereka sendiri agar lebih mudah menjalani kehidupan bersama.
Berikut disenaraikan beberapa sikap diri
yang perlu dielakkan supaya
proses komunikasi suami isteri berkesan
sekaligus mewujudkan alam rumahtangga yang harmoni.
Mempunyai andaian salah mengenai peranan suami isteri
seorang suami yang mengandaikan bahawa semua wanita suka memasak mungkin menghadapi masalah sekiranya membelikan barangan dapur untuk isterinya .
Ini kerana bukan semua wanita gemar memasak terutamanya mereka yang bekerjaya
dan tiada masa untuk melakukan kerja-kerja dapur.
Ingin pasangan mempunyai sikap dan perasaan
serupa dengan diri sendiri
Lazimnya, seseorang akan mencari pasangan yang mempunyai sikap, pemikiran dan kesukaan yang serupa dengan dirinya. Namun suami atau isteri perlu memberi ruang untuk sedikit perbezaan.
Perbezaan begini memberi peluang untuk suami isteri berkomunikasi dengan lebih kerap. Bagaimanapun, perbezaan sebegini kerap kali dijadikan rintangan dan punca perselisihan. Cara yang berkesan menangani perbezaan ini ialah menerima pasangan sebagaimana seadanya. Sekiranya terdapat sedikit kelemahan dari segi perangai pasangan, bersabar sambil berusaha untuk mengatasinya.Adakalanya perbezaan yang wujud memberikan lebih warna di dalam hubungan suami isteri. Jadi tidaklah kehidupan anda dan pasangan terlalu bosan kerana sentiasa melakukan perkara yang sama.
Suka mencari kelemahan pasangan
Komunikasi dan seterusnya perhubungan antara suami isteri juga boleh terhalang sekiranya salah seorang atau kedua-dua suka mencari kelemahan atau kesalahan orang lain. Sikap sebegini perlu dikikis supaya tidak terbawa-bawa di dalam perhubungan suami isteri.
Terlalu cemburu
Ada orang yang berpendapat sikap cemburu menunjukkan pasangan anda menyayangi anda.
Tapi kalau sikap cemburunya sangat keterlaluan, siapa agaknya yang mampu bertahan?
Pasangan yang tidak saling mempercayai antara satu dengan lain tidak akan dapat menyatakan perasaan mereka secara jujur. Mereka akan berkelakuan buruk sangka dan tidak dapat meneruskan perhubungan dalam suasana yang baik.
Kesannya rumahtangga tidak pernah aman dan anak-anak selalu menjadi mangsa.
Ingin menguasai pasangan
Suami atau isteri yang pentingkan diri sendiri biasanya ingin berkuasa ke atas pasangannya sehingga hanya wujud komunikasi sehala di antara mereka. Suami atau isteri yang terlalu dominan, juga memaparkan sifat suka merendah-rendahkan pasangannya. Akibatnya perhubungan menjadi kaku dan tidak mesra.Bagi pasangan yang tidak mampu bertahan, mereka mungkin akan mengambil keputusan untuk pergi daripada terus dibelenggu oleh sikap pasangan yang terlalu mengawal. Oleh itu untuk mendapatkan kebahagiaan, sebagai suami atau isteri, kena selalu bertolak ansur dan jangan sekali-kali mengabaikan perasaan pasangan masing-masing.
DARI JINGGO
kisah perhubungan sosial
ini merupakan kisah yang ini mungkin sudah.
sudah menjadi fitrah manusia yang senang berurusan dengan orang yang sama nilai.
BAGAIMANA
rasanya tidak mudah.
DARI BUKU SENI BUAL.
kenapa orang lain senang dengan kita.
DIRI SENDIRI
melibatkan
penampilan fizikal + sosial
hemofili iaitu kemampuan yang menyamaratakan nilai melalui komunikasi
kekerapan dikaitkan dengan cinta itu lahir dari perkataan CARE.
ISI BAHASA
GAYA BAHASA.
kemampuan kita menguasai ketiga2 faktor ini menjadikan kita pasangan yang mampu memberi keuntungan emosi kepada pasangan masing.

9 ulasan:

insan pendidik berkata...

salam jinggo,

benar ape yg dikata
kerukunan rumah tangga
berprinsip atas dasar saling
memahami antara satu sama lain
dan ikatan suci ni perlulah
sentiasa diupdate dengan
nilai kasih sayang sepanjang masa...

Tirana berkata...

Saya akan link kan entri ini ke kelab ibubapa cemerlang..mohon izin ye..

ONE ZABA berkata...

sudah berkahwin....

setakat ni tiada lagi bercadang nak berkahwin lagi...belum kena angin kus kusss!!!

generasi clan berkata...

hahaha sy nak kawin pun lama lagi...
but i thing kawin nie mcm bnda yg enyusahkan lah... tangung jawap besar.. takut x dpt jaga je..

Tanpa Nama berkata...

saya sayang

dia takut disayangi

takut terikat dan sesak dalam kasih sayang

sayang bukan?... masa semakin mendekatkan diri ke liang.. tapi gagal menerima kasih sayang...

beritma :)

Maiyah berkata...

perkongsian yg baik dan kalo diteliti satu persatu akan buatkan kita berfikir

zaijb berkata...

terima kasih berkongsi...
bolehlah berkongsi entry nie dgn orang tersayang..he...

MaizaC'Joe berkata...

Salam Jinggo

perkongsian menarik terutama yg belum kahwin atau dah bercadang nak berkahwin dengan pilihan di hati tak lama lg. manusia tak sempurna.. terima seadanya.. InsyaAllah...

~Insan Biasa~ berkata...

semuanya ketentuan tuhan. dan kita diberi pilihan. terima kasih berkongsi.

Eco Kid Adventure on Facebook