Jumaat, 8 Januari 2010

kan kita pernah berkawan....

Pertengkaran
cara terbaik untuk menang dalam satu2 pertengkaran
adalah dengan cara mengelakkannya
JIKA KITA MENANG : KITA KALAH
JIKA KITA KALAH : KITA MENANG
pertengkaran adalah akibat dari ego yg tidak dapat dibendung.
pertengkaran adalah ibarat kita berlawan dalam peperangan
yang sudah pasti akan ada kekalahan.
peperangan emosi meninggalkan sisa2 keperitan walaupun kita memenanginya
dalam pertengkaran masing2 nak menang
pertengkaran tidak lebih dari satu peperangan ego dan hanya menjadikan orang terjerit2.
dari jinggo
lagi banyak pertengkaran dimenangi
lagi banyak kita akan kehilangan kawan
bagaimana kalau kita berhadapan dengan situasi pertengkaran.
nyatakan pendirian dan mulakan pertengkaran
dapatkan fakta dan pastikan kenyataanya salah
elakkan pertengkaran
berbincang bukannya bertengkar.
LAGI
ini satu lagi persoalan karektor yang kita ada
orang2 sekitar ada.
apa yang boleh kita buat berdasarkan buku U Can Win.
mendengar dengan sabar
jangan bergaduh dengannya @ membalas.
jangan mengharapkan kemaafan darinya
jangan timbulkan isu dari perkara yang kecil.
MAKA SETERUSNYA BERBINCANG
BUKAN BERTENGKAR.

28 ulasan:

zai berkata...

salam jinggo..

Sebagai manusia biasa pastinya setiap dari kita akan kerap melakukan kesilapan yg berterusan samada secara disedari ataupun tidak.

kadang2 bila dah emosional..nafsu amarah mula menguasai diri..pada masa tersebut ramai pasangan yg bertengkar lebih beremosional dari rasional..kesannya..PERTENGKARAN yg berakhir dengan TRAGEDI...

yang penting ketika bertengkar...masing2 harus sentiasa beringat agar tidak melampaui batas..ketika terlalu marah kenangkanlah semula jasa dan kebaikan pasangan kita terhadap kita selama ini..mudah2an akan berkuranglah perasaan marah..

CITY® berkata...

salam jinggo..

yup, kita memang masih berkawan
kawan blogger
kawan sepejabat
kawan sepermainan
kawan bersukan
kawan serumah
kawan sekolah
kawan bersuka2

yup, kita mmg kawan sahaja bukan lawan

heeeeeeee

Che' Pit berkata...

jangan sampai tarik menarik rambut sudah ler..

MaizaC'Joe berkata...

Salam Jinggo

mungkin maiza sedikit berbeza dengan yang berbeza. maiza tak suka bertengkar apatah lagi nak bermasam muka. kalau ada marah atau kecil hati lebih suka diamkan aja.. bila semuanya dah cool.. semuanya akan ok.. pelan-pelan, jng gopoh nak settlekan masalah. Biasalah manusia, tak lari dari melakukan kesalahan. karektor macam2 ada.. Pada maiza, dlm perhubungan salah seorang kena juga beralah, bukan kalah.. kalau asyik dua2 nak menang, nak betul susah juga. Biar settle masalah dng damai.. barulah menang2.. malas nak fikir yg masalah2 tue.. pening kepala.. tapi, hidup nie biasalah, kalau tak ada semua tue.. tak meriah pulak.. so.. happy, ceria ja.. Alhamdulillah....

ZaridaIshak berkata...

salam,
"alangkah susah mencari kawan
kawan sejati di zaman ini"
apakah jenis kawan andainya kebaikan kita disorokkan, kejahatan kita dicanang merata-rata

ONE ZABA berkata...

sesekali bertengkar elok jugak. baru kita yang kita atau mereka bukan selalunya betul.

insan pendidik berkata...

bertengkar tu senario biase
tapi biarlah bertengkar ade asasnye
jangan keluar dari skop pertengkaran
atau memang menegakkan benang yg sudah basah
tapi alangkah baiknya pertengkaran itu
ditamatkan di meja rundingan

Ruby berkata...

salam cgu...

pertengkaran satu situasi yang banyak memberikan kesan yang negatif...

dari pengalaman, kerana pertengkaran kita kehilangan sesuatu yang kita sayangi... dan tidak akan kembali lagi... namun kesannya masih terasa...

sebelum memulakan sebuah pertengkaran.. fikir-fikirkanlah.. natijah dan kesan selepasnya... perlukah sebuah pertengkaran? bukankah lebih baik diam... diam bukan bermaksud beralah tapi berhikmah... kerana pertengkaran biasanya ditemani dengan kemarahan, kemarahan dikuasai oleh nafsu di mana akal berada di belakang...

belajar dari kesilapan..

~Insan Biasa~ berkata...

tindakan tidaklah semudah teori yang diperkata....apapun kita manusia biasa perlu sentiasa berusaha dan tawakkal...semoga apa yg sepatutnya kita elak dapat di elak...

dan...saya juga bersependapat dengan cgu one...sesekali bertengkar ada gak baiknya...

Unknown berkata...

kak zai
kerana itulah hari ini - keperluan kita untuk tahu..
bagaimana untuk marah
bagaimana untuk menkritik
sebab fitrah manusia itu - sentiasa betul.....

Unknown berkata...

dan blue
kita memang berkawan.
dan akan terus berkawan kan...

Unknown berkata...

che pit
memang ada kut yg macam tu kut
kalau mulut..
memang fizikal mana tau...

Unknown berkata...

maiza
hang bagus kalau macam tu..
orang yg nak menang ni dikaitkan dengan sifat agresif..
ego dan nafsu menguasai diri..habis.semua ayat keluar..
yang penting
menang - menang.

Unknown berkata...

sis yg baik
kerana begitu
marilah kita kembali kepada fitrah..hukum Allah sudah meletakkan syarat - nak menegur orang begini caranya

Unknown berkata...

cgu one
sekarang - saya mengelak nak berurusan dengan org macam tu....

Unknown berkata...

cgu IP
itu SEBAIK nya
pertengkaran sebab nak cari jawapan...
nak cari jawapan semesti ada formulanya kan....

Unknown berkata...

cgu asmie
saya setuju dan terkedu dgn catatan pengalaman.....

Unknown berkata...

cgu anis...
pada saya : dengan faktor persekitaran hari ini - saya elakkan dari awal........

Tirana berkata...

Tadi rasa2 dah bagi komen kat sini.. Komen saya tak masuk kot..

Kena belajar seni dan skill bergadoh sebab kadang-kadang kita kena bergadoh juga..hehehe

zaijb berkata...

saya tidak suka bergaduh... pendekatan yg terbaik adalah berbincang dan berbincang....
tetapi hairan kenapa di salah erti... berbincang di katakan seperti sdg bergaduh... sedangkan ia tidak....

yang penting kenali hati seseorang dan fahami sifatnya... baru keserasian akan terlihat....

Unknown berkata...

puan tirana
rasa macam tak lengkap kalau puan tak komen blog jinggo
kita senada dalam beberapa hal - terumanya pandangan ilmiah....

Unknown berkata...

berbincang di katakan seperti sdg bergaduh... sedangkan ia tidak....

zaijb

esok saya akan buat N3 mengenainya.....

Tanpa Nama berkata...

Saya takut kehilangan kawan terutama kawan yang telah lama kita kenal dan dah tahu hati budinya.

Jadi saya rela mengalah seandaikan perselisihan faham itu boleh merenggngkan perhubungan.

zan xray berkata...

salam kunjugan,
bagus la kalau semua berfikiran begitu. tapi ada juga yang enggan berbincang (berbincang mungkin ada dipringkat awal)masing masing menyatakan dia betul.

setiakasih berkata...

salam.. En Jinggo.. saya setuju atas saranan anda!

Unknown berkata...

kak hanim..
dalam bab2 begini saya yakin pada EQ +ESQ...ada ilmu lain yg kita kena isikan...

Unknown berkata...

brozan
berbincang - dihujungnya mesti ada jawapan.
nak dpt jawab tidak elakkan ada soalan lain...ha...

Unknown berkata...

setia kasih
terima kasih ada gambar....

Eco Kid Adventure on Facebook