Selasa, 19 Januari 2010

kita dimana kalau begini..

T.C Hamlett bercerita mengenai kisah dua ekor katak
yang jatuh ke dalam satu tempayan susu lembu segar.
Dinding tempayan itu licin dan curam ,
manakala susu lembu di dalamnya begitu sejuk
‘ alamak macamana ni ?
Kata katak pertama.
‘ Ini takdir , tiada ada orang yang akan menolong kita.
Selamat tinggal sahabatku.
Selamat tinggal dunia yang menyedihkan ‘ .
Katanya lagi sambil menangis dan akhirnya dia pun tenggelam.
Tetapi , katak yang kedua it terus mengayuh
kakinya dan mula berenang.
Sesekali dia berhenti bagi menyapu mukanya dan menyeringkan matanya yang penuh dengan susu.
‘ Biarlah aku berenang sekejap. Tidak ada gunanya sekiranya seekor lagi katak mati ‘
Jadi si katak pun terus berenang.
Selama beberapa jam dia menendang dan berenang itu , tidak sekali pun menyeluh.
Kayuhan kaki katak yang tidak berhenti2 itu akhirnya
susu lembu di dalam tempayan it terus menjadi keras.
Selepas susu berubah menjadi mentega ,
katak itu pun melompat keluar daripada tempayan dan berjaya menyelamatkan diri.
DARI JINGGO
Satu perkara yang membezakan antara kedua katak tadi adalah :
cara mereka melihat dunia di sekeliling mereka dan bagaimana mereka bertindakan terhadap dugaan dan cabaran yang di hadapi.
BAGAIMANA KITA MELIHAT MASALAH @
CABARAN ITU YANG MEMBEZAKAN KITA.
Apa yang membentuk pemikiran kita untuk menafsirkan cabaran tersebut :
persekitaran yang datang daripada SIKAP kita
yang terbentuk daripada
persekitaran
pengalaman
pendidikan
( sebab itu dikatakan – untuk melihat siapa kita 5 tahun akan datang lihat buku apa yang dia baca hari ini ).
Menurut Stephen Covey
‘ sekiranya kita melihat sesuatu masalah dan dugaan itu berpunca daripada diri kita ,
maka sebenarnya diri kita sendirilah yang sedang bermasalah
Pepatah Cina ada berkata
daripada menyalahkan kegelapan ,
lebih baik ambil sebatang lilin dan menyalakan

12 ulasan:

Ruby berkata...

salam cgu...

apa yang berlaku dalam perjalanan hidup kita memang sudah tertulis dari luh mahfuz lagi tapi kita sedia maklum Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum itu hingga mereka mengubah nasib mereka sendiri...

pesanan agung ini satu titik tolak di mana kita perlu bijak dalam menangani setiap masalah dan cabaran yang datang...

persekitaran, pengalaman dan pendidikan memang elemen utama dalam membentuk kematangan dan keupayaan seseorang individu itu dalam membuat sebarang keputusan, pilihan dan tindakan...

semoga kita sentiasa diberi petunjuk dan hidayah dalam membuat sebarang keputusan dalam setiap tindak tanduk kita...

Tanpa Nama berkata...

dalam masa yang singkat.. terkadang.. ada orang yang suka merahsiakan apa yg telah dikutip melalui pengalaman.. apa yang penting membuat sesuatu yang betul yang dapat membahagiakan...

MaizaC'Joe berkata...

Salam Jinggo

masalah + bermasalah + dugaan..
berfikir teruskan bertindak sebaiknya... biasanya sikap diri susah nak mentafsir masalah dugaan yg datang menimpa.. mula2 begitulah.. cuma itulah.. tenangkan diri.. berfikir sejenak.. moga atasi dng terbaik.. InsyaAllah...

~Insan Biasa~ berkata...

orang yang cerdik akan berusaha mengubah kerugian menjadi keuntungan. Manakala orang yang bodoh akan membuat satu kerugian menjadi kemuflisan.

sebagai ingatan untuk diri sendiri dan semua. sekali lagi kita membuat pilihan.

Unknown berkata...

rfuby

dalam banyak hal : kita mulakan dengan posotif mind - kerana semuanya bermula dari sini....
sebab tidak berlaku sesuatu tanpa tujuan....

Unknown berkata...

syaidah
buat sesuatu yang betul untuk
bagaimana kalau betul pada kita tak betul pada orang lain...
bahgia pada kita
derita pada orang lain.....

Unknown berkata...

syaidah
buat sesuatu yang betul untuk
bagaimana kalau betul pada kita tak betul pada orang lain...
bahgia pada kita
derita pada orang lain.....

Unknown berkata...

syaidah
buat sesuatu yang betul untuk
bagaimana kalau betul pada kita tak betul pada orang lain...
bahgia pada kita
derita pada orang lain.....

Unknown berkata...

m aiza
macam cerita keldai...
ada jalnakan keluar dari seua pemasalahan
apa yg penting kita posityf...nasihat untuk jinggo

Unknown berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
ONE ZABA berkata...

baru nak cari lilin...

alamak....

lilin dah habis pulak. duduk la jugak dalam kegelapan tu. tunggu je la TNB datang bela.

Tanpa Nama berkata...

Katak tu mengayuh sampai keras susu tu..sebab kaki dia kuat..

kalo kaki tak kuat..memang payah nak sampai ke tahap tu kan..

Eco Kid Adventure on Facebook