Sabtu, 23 Januari 2010

macam tu ke....




sengaja majlis ini menemukan
SEMUA WATAK PENTING
dalam menentukan kecemerlangan sekolah
semua datang dengan pakej
anak murid yang baik datang dari
guru yang baik datang dari
' arahan ' seorang guru besar @ pengetua yang baik
pengetua yang baik
DATANG DARI SISTEM PERSEKITARAN YANG BAIK.
hari ini satu lagi pengalaman baru
pengalaman baru
MENYATUKAN
murid dan makayah dan guru dalam
satu pertemuan yang asing.
DARI GURU BESAR
begini en.
kami guru besar ni memang ada tekanan kami sendiri
JABATAN AKAN SENTIASA
mempersoalkan berapa A kami dapat.
kami di wilayah ni berada dalam kelompok 35 buah sekolah yang ' istemewa '
dan seluruh Msia ada 7000 sekolah yang masuk dalam ' list '.
sekolah kami duduk di tangga 4000.
MACAMANA DENGAN SEKOLAH
YANG TIDAK TERSENARAI DIANTARA 7000.
kami guru besar ni ada ' denda ' kami sendiri.
itulah sebab nya.
DARI JINGGO
berdasarkan pengalaman dalam bidang latihan ini.
semuanya datang dengan pakej.
APA YANG PENTING.
art @ seni perubahan ini harus kita
sama2 ambil peranan.
kejayaan pelajar dalam bidang akademik budak 100 %
dibahu sekolah @ guru besar.
ini diantara sekolah yang memberi ruang kepada
kami berkhidmat menaikkan tarafkan bilangan A.

14 ulasan:

zaijb berkata...

Salam cgu jinggo....

Bila tengok gambar tue rasa gembira melihat ibubapa ada bersama dlm ceramah tue....
memang benar jangan mengharap guru sahaja di sekolah... ibubapa sepatutnya memainkan peranan yg sama juga didlm mendidik anak2...

Ruby berkata...

salam cgu...

sesebuah kejayaan itu memang bukan atas usaha individu itu sendiri... pasti ada yang main peranan disebalik tabir...

kejayaan seorang anak.. ibu bapa di belakangnya...

kejayaan seorang murid.. guru dibelakangnya...

kejayaan seorang guru... pentadbir di belakangnya...

kejayaan sebuah sekolah... kerjasama semua pihak yang berkaitan...

tanpa kerjasama... tiada kejayaan..
tapi kejayaan yang macam mana kita nak capai? banyak A atau ilmu yang boleh dimanfaatkan bila keluar dari sekolah?

ONE ZABA berkata...

macam tu la nasib guru di sekolah...

tekanan untuk cemerlang datangnya dari segenap pelosok. tapi bantuan dan kerjasama payah sikitla nak dapat. kecuali yang ada kepentingan je.

tapi bukannya payah sangat nak capai cemerlang. hanya perlu seorang pentadbir yang komited pada tugas serta tadbirannya dan guru-guru yang mendidik dengan penuh dedikasi.

apabila kedua-dua itu ada...pasti ibu bapa dan masyarakat akan tidak segan silu menghulurkan bantuan dan sokongan.

murid hanya menerima....

Unknown berkata...

zaijb
itu dunia pendidikan...
saya semakin tahu
benda2 lain yang selama ni tak tau....
art @ seni perubahan.

Unknown berkata...

kejayaan seorang anak.. ibu bapa di belakangnya...

kejayaan seorang murid.. guru dibelakangnya...

kejayaan seorang guru... pentadbir di belakangnya...

kejayaan sebuah sekolah... kerjasama semua pihak yang berkaitan...

ruby saya suka ayat ni...

Unknown berkata...

cguone
dintara komen serius cguone...
macam terkena batang hidung aja.......

MaizaC'Joe berkata...

Salam Jinggo

bila tengok program mcm tue teringat kenangan zaman sekolah dulu.. nak dekat exam.. program begitu akan di jalankan.. bukan saja cikgu kena berusaha.. perlu juga ibu bapa.. yang paling penting diri sendiri (pelajar) kalau orang lain yg bersaha buat program mcm2 tp diri tiada tindakan.. apa pun tak akan menjadi... apa2 pun kerjasama antara guru2.. ibubapa juga masyarakat sangat2 penting..
ingat lagi progarm begitu juga lbh kurang.. di suruh.. pejam mata bayangkan mak ayah... lepas tue.. buka2 mata semua nangis...

Tahniah pada tuan motivator.. kerana berjaya buat pelajar2 menangis hee.. menangis kerna sedar mungkin... Insyaallah moga semua berjaya...

~Insan Biasa~ berkata...

semogaa kesedaran yang diterima berkekalan...kita sama2 berusaha..tawakkal dan seterusnya pada diri masing2 untuk berubah kepada yang lebih baik pastinya,,,

Tanpa Nama berkata...

salam cikgu harun,

saya agak tidak faham dunia sekarang ini, terlalu berkejar untuk memperlihatkan siapa yang mempunyai A yang paling hebat paling besar paling bagus..

ada anak anak yang bijak dalam ilmu pertukangan tangan, seni, dan aliran lain yang bukan "main stream" kerap kali terperangkap dalam kitaran yang melemaskan ini

anak anak ini anak anak kita, salahkah mereka berkembang dalam bidang yang bukan "main stream" dan yang penting, adanya sistem yang memupuk aliran ini dari awal.

masih ingat, anak anak di jepun, yang seusai makan, di suruh mengelap lantai, dia mungkin tidak akan membesar sebagai ahli matematik.. tapi mungkin akan menjadi pemilik industri pembersihan yang terkemuka kelak..

...hmmm masa masih panjang lagi..

Unknown berkata...

maiza

usaha
usaha
usaha
ini satu pendekatan.
kebekesanannya boleh dipersoalkan.
tapi usaha

Unknown berkata...

wak anis

begitulah hati seorang guru.
luarannya kita boleh lakukan..dalamamannya bagaimana.

Unknown berkata...

syd

praktikalnya pandangan ni
saya suka.dan suka baca...........

zai berkata...

pernah menghadiri kem spt ini suatu waktu dulu...mmg sewaktu menghadiri kem terasa begitu insaf..tetapi kesedaran itu datang dan pergi macam angin lalu..selepas itu dah lupa apa yg berlaku..

terima kasih krn mengingatkan kak zai tentang kenangan lalu..zaman persekolahan yg sangat indah utk dikenang..dan guru2 yg hebat yang berada didalamnya..apa yg pasti tidak dapat tidak terpaksa diakui..jasa guru2 mmg tidak terbalas...

Rohani M.U berkata...

Assalammualaikum wbt.
Kecemerlangan sesebuah sekolah terletak di bahu semua pihak. Jika semua pihak main peranan kejayaan pasti dalam genggaman Jika anak itu berjaya mereka kata "anak saya memang pandai". Jika anak itu kurang bernasib baik, mereka kan kata "cikgu tu tak pandai ajar". Kecemerlangan hasil usahasama semua pihak terutama guru besar yang bertanggungjawab menaikkan motivasi bukan murid sahaja bahkan guru juga jangan dipandang sebelah mata. Guru juga perlu motivasi kerjaya agar tidak patah semangat di tengah jalan.

Eco Kid Adventure on Facebook